
Oh! ini lah rahsia orang Thailand hasilkan sayuran daun oversize. Ingat GMO atau baja kimia yang digunakan, rupanya MOL batang pisang je. Daripada pokok pisang yang ditebang untuk diambil buah dilupuskan begitu sahaja, ada baiknya diproses untuk hasilkan MOL untuk mengalakkan pertumbuhan tanaman.
Ada yang kata bukan sekadar pertumbuhan tanaman lebih sihat dan gemuk, malah buahnya adalah gred “A”. Nak buat MOL pula tidak memerlukan bahan yang banyak dan modal yang tinggi. Jom cuba!
Bahan-bahan:
1 batang pisang
Gula merah
Cara-cara:
1. Racik atau cincang untuk memudahkan proses perapan
2. Sediakan satu bahagian yang telah dicincang dan 1 bahagian gula merah. Dalam kes ni, En Rahman gunakan 1.5 kg batang pisang dan 1.5 kg gula merah
3. Gaulkan kedua-dua bahan dan masukkan ke dalam bekas perapan. Tutup ketat bekas perapan dan di simpan selama seminggu
4. Setelah di perap seminggu, tapiskan dan asingkan sisa dari air
6. Untuk kegunaan, campurkan 50ml MOL batang pisang bersama 20 liter air dan sesuai dijadikan sebagai siraman seminggu sekali. Atau spray pada daun setiap hari diwaktu pagi untuk penghasilan buah yang optimum
KLIK DI SINI untuk pembelian baja premium
Artikel Berkaitan: Baja Dari Kulit Nanas Rahsia Lebat Dan Cantikkan Buah
Kelebihan Dari Segi Perubatan
Mengatur Tekanan Darah
Bagi orang yang menderita tekanan darah tinggi, minum jusnya yang membantu mengurangi dan mengatur tekanan darah.
Menyembuhkan Anemia
Jusnya kaya akan zat besi dan vitamin B6 yang berguna meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah. Kandungan itu membuat jus batang pisang jadi penting sebagai makanan untuk penderita anemia.
Cara Atasi Penyakit Yang Kerap Mengancam Pokok Limau Kasturi

Limau atau nama botani Citrus adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk kegunaan sebagai air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.
Tanaman limau sesuai ditanam pada iklim panas dan lembap. Manakala ia sesuai ditanam pada tanah jenis lom berpasir. Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal. Jarak tanaman yang dilakukan ialah 6m x 6m diladang.
Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30- 40kg/pokok setahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok setahun selepas pokok-pokok mula berbuah. Cantasan perlu dilakukan bagi membuang tunas air dan menggalakkan pengudaraan yang baik.
Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.
Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara 20-25 kg/pokok setahun boleh diperolehi. Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.
Masalah tanaman limau purut
Serangan serangga oleh:
• Aphids (serang tunas baru dan pucuk muda akan menjadi cacat dan berkerinting dan menyebabkan pertumbuhan terbantut)
• Thrips(menghisap cecair daun, pucuk dan bunga menyebabkan tunas daun hitam, kering dan gugur lalu pertumbuhan terbantut)
• Hamama (menghisap cecair dari tangkai, daun dan buah lalu menjadi tompok kuning)
• Lalat Buah(Bactocera spp)
• Psylids (Diaphorina citri) merupakan vektor penyakit greening limau
Kawalan:
1. Kutip serangga perosak jika dijumpai pada pokok yang ditanam dan musnahkannya.
2. Semburan racun perosak jenis sistemik bagi sesetengah serangan perosak digalakkan dengan penggunaan dan cara yang betul.
Serangan penyakit:
• Citrus Greening Disease(CDG) (Liberobacter asiaticum) menghisap cecair daun terutama daun muda
• Penyakit Keruping (Elsinoe fawcetti)
• Virus Tristeza
• Phythopthora (Phyrthopthora spp)
Kawalan:
• Kawalan kultura seperti pengudaraan yang sempurna dan pengairan yang baik
• Cantas ranting yang menunjukkan tanda penyakit dan rawat bahagian yang dicantas dengan racun kulat yang sesuai
Sumber: http://myagri.com.my
5 Langkah Mudah Untuk Pangkas Pokok Muda

Jangan takut untuk mencantas atau memangkas pokok dan tumbuhan renek di laman rumah anda. Hanya beberapa minit sahaja perlu diperuntukkan untuk memangkas softscape yang terdapat di halaman rumah supaya ia sentiasa berdaun lebat, berbunga dan sihat. Namun, kita sering mengabaikan dan tidak melakukan proses pemangkasan dengan betul dan secara berjadual. Ini disebabkan kita kurang terdedah kepada pengetahuan dan beranggapan kerja-kerja pemangkasan memerlukan peruntukan masa yang lama. Ada pula yang khuatir, jika pemangkasan dilakukan ia akan menyebabkan pokok tidak cantik dan mati. Hakikatnya, jika ia dilakukan secara berjadual dengan teknik yang betul, ia dapat membantu anda untuk memastikan laman rumah sentiasa rapi dan indah. Oleh itu, ikuti langkah-langkah dan tip yang telah disediakan untuk memastikan anda menguasai teknik pemangkasan yang betul.
Sebab untuk melakukan pemangkasan pokok muda
- Membaiki atau meningkatkan kekuatan struktur pokok. Dengan membuang dahan atau ranting pokok yang telah rosak yang terdapat pada pokok, ia melatih pokok untuk menghasilkan dahan yang lebih baik dan bentuk yang menarik. Struktur pokok yang kukuh mampu mengurangkan potensi pokok tersebut dari diancam pelbagai penyakit dan serangga.
- Mengurangkan kadar penyelenggaraan. Jika pokok muda telah dilatih untuk menghasilkan struktur pokok yang kukuh, ia dapat membantu mengurangkan kadar penyelenggaraan apabila sampai usia matang. Pokok yang telah dipangkas dari usia muda hanya mempunyai jumlah dahan atau ranting yang terhad, justeru akan menjadikan tugas-tugas penyelenggaraan dilakukan pada tahap minimum. Secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk melakukan penyelenggaraan di bahagian dalam pokok dengan peruntukkan masa yang singkat.
- Menambah jangka hayat pokok. Pokok muda yang telah dilatih menjadikan ia lebih kukuh apabila sampai usia matang. Di samping itu, ia juga mempunyai potensi lebih rendah untuk terdedah kepada kegagalan struktur akibat serangan penyakit mahupun serangga perosak. Secara tidak langsung ia mampu menambah jangka hayat pokok.
5 langkah untuk memangkas pokok muda
1. Buang bahagian yang telah rosak, mati atau hampir mati, kering dan berpenyakit. Pastikan silara pokok diperiksa rapi untuk mengenal pasti dahan atau ranting yang berpotensi menjadi ancaman kepada pokok.
2. Pilih leader (batang pokok utama) yang paling stabil dan kukuh. Untuk mendapatkan pokok yang cantik dan berkualiti, hanya sebatang leader yang diperlukan untuk menyokong keseluruhan struktur pokok. Jika terdapat lebih leader, pemangkasan leader yang tidak kukuh perlu dilakukan segera. Kenal pasti terlebih dahulu leader yang paling tegak dan kuat untuk dijadikan penyokong struktur pokok.
3. Pilih dahan rendah (lowest permanent branch) yang paling kukuh dan sesuai untuk membentuk kanopi pokok. Kenal pasti dahan pokok yang paling bawah yang mempunyai sambungan yang paling baik dan cantik dengan Ia seharusnya dijadikan sebagai dahan pokok pertama dan buangkan dahan lain berhampiran dengannya untuk memberi ruang kepada ranting dari dahan tersebut bergerak bebas. Diameter ideal untuk dahan pertama haruslah separuh dari ukuran leader tempat dahan tersebut bersambung.
4. Pilih dahan kedua (scaffold branch). Scaffold branch ialah dahan yang tumbuh selepas lowest permanent branch. Ia berfungsi membentuk keseluruhan kanopi pokok. Pastikan scaffold branch yang dipilih mempunyai sambungan baik dan ukuran diameternya tidak lebih dari setengah ukuran Jarak antara scaffold branch perlulah seragam sama ada secara vertikal atau kedudukan jejarinya di sekeliling leader. Jarak vertikal antara dahan haruslah 18 inci untuk pokok besar manakala 12 inci untuk pokok kecil. Jarak jejari setiap scaffold branch haruslah seimbang antara satu sama lain mengelilingi leader.
5. Pilih temporary branch di bahagian bawah lowest permanent branch. Sebahagian atau hampir semua ranting atau dahan kecil yang terdapat di bahagian lowest permanent branch boleh dikekalkan sebagai temporary branch. Ia merupakan dahan yang berdiameter tidak lebih 2 inci dan bersambung terus dengan Temporary branch amat penting di awal pertumbuhan pokok muda kerana ia membantu membentuk batang pokok yang kuat ketika proses fotosintesis berlaku. Apabila pokok mula matang dan meninggi, temporary branch perlu dibuang atau ia perlu dicantas apabila ukuran diameternya mencecah 2 inci.
Tak Susah Tanam Indoor Plant Ikut Saja Langkah Mudah Ini Gerenti Hidup Subur

Untuk memastikan indoor plant anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang susah, cukup sekadar memberi perhatian kepada keperluan asasnya dan memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.
Penjagaan Indoor Plant
Penggunaan indoor plant mewujudkan suasana yang menarik terhadap sesuatu persekitaran ruang itu. Tumbuhan yang kecil memberi warna dan pemandangan segar dari tepi tingkap atau di atas meja, sementara tumbuhan yang besar memberi suntikan menarik terhadap sesuatu sudut. Namun kadangkala masalah pokok mati, tidak berbunga pasti akan merisaukan anda sehingga menyebabkan ada di antara segelintir pemilik mengalami fobia akan keadaan ini. Sebenarnya, hampir kesemua masalah yang di hadapi oleh indoor plant amat mudah diselesaikan.
Pencahayaan
Tumbuhan amat memerlukan pencahayaan yang mencukupi mengikut jenis. Sebagai contoh tumbuhan berbunga memerlukan cahaya matahari mencukupi untuk membolehkan tumbuhan tersebut kembang mekar. Jika tumbuhan tidak mendapatkan jumlah pencahayaan mencukupi, daunnya akan mula kuning dan lama-kelamaan akan mati. Kebiasaannya, pemilik akan meletakkan pokok berhampiran dengan tingkap untuk mendapatkan pencahayaan semula jadi. Oleh itu, kenal pasti jumlah pencahayaan yang di perlukan oleh tumbuhan.
Suhu kelembapan dan penyiraman
Kebanyakan tumbuhan tumbuh sihat pada kadar suhu 60 hingga 70°F. Elakkan tumbuhan anda dari kawasan yang mempunyai kadar kepanasan dan sejuk yang tinggi seperti berhampiran dengan penghawa dingin dan peti sejuk. Bagi tumbuhan berbunga, bunganya akan berkembang mekar dalam tempoh lama jika kadar suhu persekitaran di tahap sederhana. Suhu melebihi 75°F akan menyebabkan kadar penyejatan air di dalam tanah menjadi cepat dan boleh menyebabkan tumbuhan kering kontang dah terdedah kepada penyakit serta mudah diserang penyakit.
Tanaman terarium atau bekas bertutup memberikan kadar kelembapan yang tinggi untuk tumbuhan dari jenis sukulen. Kadar penyiraman yang terlalu kurang atau berlebihan boleh menyebabkan tumbuhan bermasalah. Daun akan bertukar menjadi kekuningan dan mati secara perlahan-lahan jika kekurangan air. Mana kala jika berlebihan air, akar tumbuhan akan lemas dan boleh menyebabkan tumbuhan mula lembik dan mudah diserang penyakit. Periksa tanah di dalam pasu setiap hari untuk memastikan kadar kelembapan mencukupi.
Kebanyakan pasu untuk tumbuhan di dalam rumah tidak mempunyai lubang pasu, oleh itu jumlah air yang diperlukan untuk pokok besar adalah sebanyak 250ml dan untuk tumbuhan kecil sebanyak 50ml hingga 100ml bergantung pada saiz tumbuhan.
Kaedah lain untuk memastikan kadar kelembapan tanah adalah dengan mengangkat pasu, jika pasu ringan bermakna kadar kelembapan sudah tiada. Anda juga boleh menggunakan kaedah penyiraman dari bawah pasu. Letakkan tumbuhan yang pasunya berlubang ke dalam bekas yang telah di isi air dan biarkan tanah meresap air secara perlahan. Bila kadar kelembapan sudah mencukupi di bahagian atas tanah, keluar kan pasu dari bekas air tersebut dan biarkan lebihan air tadi keluar dan jangan biarkan pasu terendam di dalam air untuk satu jangka masa yang lama.
Tip: siram tumbuhan anda dari bahagian atas tanah sebulan sekali untuk mengelakkan wujudnya garam mineral dan siram tumbuhan anda sebelum ia menjadi layu. Jika terdapat habuk yang berwarna keputihan pada permukaan tanah di dalam pasu, itu menunjukkan tanah tersebut sudah bergaram.
Pembajaan
Pembajaan dilakukan sebulan sekali dan pada kadar yang sangat minimum. Pemilik kediaman digalakkan mengguna baja organik kerana ia kurang panas dan selepas proses pembajaan tumbuhan perlulah segera disiram. Bagi tumbuhan berbunga, pembajaan mestilah dilakukan selepas tumbuhan tersebut habis kitaran berbunga kerana dikhuatiri baja tersebut akan panas dan menyebabkan kerosakan kepada kudup bunga.
Penyediaan tanah
Untuk tumbuhan berpasu, sistem saliran tanah amat penting untuk memastikan air yang disiram boleh diserap dengan sebaiknya dan lebihannya dapat dikeluarkan. Untuk memastikan tanah di dalam pasu boleh mengalirkan air dengan baik, anda perlu campurkan sedikit pasir di dalam tanah tersebut. Pasir tersebut dapat membantu pengudaraan di dalam tanah, memperbaiki tumbesaran akar di dalam tanah dan memudahkan air mudah di resap oleh tanah.
Tips penjagan indoor plant dari Rent A Plant
- semburkan sedikit air pada dasar daun dan lap untuk membuang debu yang terlekat pada dasar daun.
- Pastikan air dan kain yang di gunakan tidak mempunyai sisa minyak dan kain tersebut mestilah lembut.
- Untuk mendapatkan tekstur daun yang berkilat. Dapatkan lilin khas untuk tumbuhan yang terdapat di pasaran
- Untuk tumbuhan memanjat, pemangkasan haruslah dilakukan sekerap mungkin supaya tumbuhan tersebut sentiasa kemas dan rapi.