Kuala Lumpur Design Festival (KLDF) 2024 kembali untuk edisi ketiganya dalam misi memartabatkan industri seni dan reka bentuk negara.KLDF X IMPIANA menemukan anda dengan rekaan terkini penuhi gaya hidup moden, pantas dan sofistikated.
Festival ini menghimpunkan beberapa produk dan idea reka bentuk tempatan dan antarabangsa yang terbaik termasuk pelbagai program seperti forum dan persidangan, pemasangan kreatif dan inovator berbakat. Acara berlangsung di lokasi berbeza antaranya – Pasar Seni, The Zhongshan Building dan Auditorium Dewan Bandaraya.
Tahun ini KLDF 2024 mengetengahkan tema “Everyday Design,” yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada semua dari profesional hingga pencinta seni serta seluruh masyarakat untuk melihat betapa pentingnya reka bentuk dan bagaimana elemennya sering ada dalam kehidupan seharian.
Selari dengan dengan festival ini,buat julung kalinya IMPIANA bertindak sebagai penganjur bersama,menganjurkan IMPIANA KL Design Fair secara eksklusif menghimpunkan koleksi unik dan inovatif daripada vendor-vendor kreatif. Dianggarkan hampir 30 vendor terdiri daripada pereka berbakat bakal mempamerkan hasil seni mereka. Antaranya Anggun, Xiapism,MTIB,Katta Kayu,Ruby Batik,LAIN by Hani, dan Urbanwave. Tentunya pencinta seni estetik,inilah masanya anda datang ke sini melihat dan sekaligus mendapatkan koleksi hebat yang diperagakan. Setiap rekaan pastinya istimewa dengan sentuhan yang tersendiri.
Ads
Ads
Pecahan produk kreatif yang dipamerkan merangkumi seni dan kraf, koleksi perabot, karya lukisan kreatif, arca seni, himpunan fesyen dan gaya hidup. Bagi setiap produk ini pengunjung akan ditawarkan diskaun istimewa sehingga 30%.Memang menarik!! Jadi rebutlah peluang hebat ini.
Pameran berlangsung di Legar Putra,WTC Kuala Lumpur ini bakal menarik perhatian umum khususnya pencinta seni dan reka bentuk. Majlis pelancaran rasmi diadakan pada 24 Oktober.
Sempena IMPIANA KL Design Fair, jangan lepas peluang mendengar Podcast dengan topik menarik pada 25 (Jumaat) dan 26 Oktober( Sabtu).
Ads
Paling best masuk adalah percuma. IMPIANA KL Design Fair berlangsung dari 24-26 Oktober dari jam 9 pagi hingga 6 petang.Inilah masanya anda peminat seni sama-sama meriahkan acara seni ini.Diharapkan dengan pendedahan seni ini dapat mendidik orang ramai tentang seni dan reka bentuk.
Tidak dinafikan kewujudan dan gangguan makhluk halus khususnya di rumah sendiri dapat memberi kesan kepada pemilik kediaman dari segi fizikal dan emosi.
Akibat pemilik kediaman tidak tahan diganggu oleh makhlus halus, sebuah rumah didakwa berhantu di Britain diiklankan untuk dijual sekali lagi pada harga £250,000 (RM1.4 juta), lapor akhbar The Sun UK kelmarin.
Bekas pemiliknya, Vanessa Mitchell berkata, ketika mula berpindah ke rumah itu pada 2005 dan menjualnya pada 2020, dia diganggu secara fizikal dan mental.
Rumah dikenali sebagai The Cage yang terletak di kampung St. Osyth, Essex itu dikatakan menjadi penjara untuk ahli sihir pada zaman pertengahan.Seorang ahli sihir terkenal ketika itu, Ursula Kemp, telah ditempatkan di situ sebelum dijatuhi hukuman mati pada tahun 1582.
Menurut Mitchell, dia pernah melihat kesan tompokan darah tiba-tiba muncul di dinding, selain pernah ditolak ketika hamil, menyebabkan wanita itu terpaksa menjual hartanah tersebut ekoran keadaan semakin buruk.
“Ia menghantui dalam cara yang membuatkan anda menjadi gila atau memaksa anda lari meninggalkan rumah itu. Gangguan tidak berhenti malah semakin teruk,” katanya ketika ditemu bual dalam dokumentari di saluran televisyen Channel 4.
Kini, The Cage dijual sekali lagi selepas menjalani kerja-kerja pengubahsuaian oleh pemilik lain.Ia mempunyai dua bilik tidur, sebuah bilik mandi dan dua tandas, ruang tamu, ruang makan serta dapur.
Hujan lebat awal pagi semalam mengakibatkan kejadian bencana tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, Ampang.
Hal ini turut dikongsikan oleh penyampai radio Sharifah Shahirah berkenaan bencana berkenaan. Malah, selebriti ini sempat memuat naik hantaran berkenaan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang.
Penyampai Sinar FM Situ berkongsi kejadian sama yang berlaku di kawasan kediamannya.
“Next to our house Taman Melawati.
“Semoga dipermudahkan urusan. Anak-anak kawan kita duduk situ. Jadi depan mata kawan anak kita tadi ni.
Pukul 9.40 pagi kita hantar anak pergi kolej lalu situ tadi,” kongsi selebriti mesra disapa Shiera itu.
Terdahulu, beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar terhalang susulan dilanda banjir kilat pada pagi Selasa.
Menerusi video yang tular, kejadian menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan. Beberapa pokok tumbang di sekitar rumah dan kenderaan penduduk akibat aliran air deras dari bukit.
Beberapa penduduk turut memuat naik video insiden itu di media sosial memaparkan kerosakan yang berlaku.
Buat pencinta seni rekaan, festival seni dan reka bentuk sememangnya dinantikan bagi melihat karya seni edisi terhad untuk dipertontonkan kepada masyarakat sejagat. Bagi meraikan luahan seni para pereka dalam seni dan reka bentuk, Kuala Lumpur Design Festival (KLDF) 2024 kembali lagi buat edisi ketiganya dalam misi memartabatkan industri seni dan reka bentuk negara.
Penganjuran bagi tahun ini memberi kelainan dengan usahasama strategik bersama Nu Ideaktiv Sdn Bhd, melalu jenama gaya hidup digital popular,Impiana. Sebagai jenama yang bermula sebagai majalah hiasan dalaman kontemporari, IMPIANA berkembang menjadi platform digital yang unggul menampilkan reka bentuk, seni bina dan dekorasi rumah. Era baharu festival ini akan membawa pendekatan yang lebih luas dan agresif dalam usaha meraikan industri seni reka bentuk negara.
Walaupun industri seni dan reka bentuk sering dianggap sebagai sektor yang kecil, kerjasama dengan IMPIANA ini bertujuan mengubah persepsi tersebut. KLDF 2024 akan mengetengahkan tema “Everyday Design,” yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada semua dari profesional hingga pencinta seni, serta seluruh masyarakat, untuk melihat betapa pentingnya reka bentuk dan bagaimana elemennya sering ada dalam kehidupan seharian.
Nu Ideaktiv dengan strategi baharunya, “Tell Your Stories, Show Your Stories, Voice Your Stories,” akan menggunakan jenama IMPIANA untuk menyampaikan kandungan menarik merentasi pelbagai platform seperti artikel, video digital dan sosial serta audio podcast. Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk meneroka pelbagai idea reka bentuk dari inovasi rumah hingga fesyen, seni bina bandar, penyelesaian pintar dan pelbagai lagi serta memberi ruang buat pemain industri untuk melontarkan buah fikiran serta idealogi mereka tentang subjek seni reka bentuk. Fokus akan tertumpu kepada perkongsian cerita komuniti yang dapat memberi info, kesedaran serta inspirasi kepada rakyat Malaysia agar mereka melihat reka bentuk sebagai sebahagian daripada aspirasi dan gaya hidup mereka.
Kerjasama antara KLDF dan IMPIANA membawa misi besar dalam industri reka bentuk tempatan. Seperti yang dinyatakan oleh Syamil Fahim Mohamad Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, “Seni dan reka bentuk sentiasa menjadi sebahagian daripada identiti budaya Malaysia, namun pengiktirafan mereka agak terhad. Negara kita mempunyai ramai individu dengan bakat luar biasa yang layak mendapat perhatian, bukan hanya di peringkat nasional, malah di peringkat global dan kami melihat IMPIANA sebagai platform yang tepat untuk menjadi perantara bagi mengangkat kehebatan itu. IMPIANA adalah tentang merealisasikan impian, sama ada dari segi gaya hidup, rumah atau ekspresi seni. Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA adalah langkah pertama dalam usaha jangka panjang untuk membawa industri reka bentuk tempatan ke tahap yang lebih tinggi.”
Tambah beliau lagi, “Kolaborasi ini juga mencerminkan misi utama Nu Ideaktiv untuk menggunakan platform kami bagi mengetengahkan perbincangan baharu yang menarik, memangkin pemain industri dan komuniti untuk berani bersuara. Melalui KLDF 2024, kami mahu menonjolkan peranan reka bentuk dalam membentuk masa depan Malaysia, bukan sahaja dari segi estetika, tetapi juga sosial, budaya, dan ekonomi.”
Sorotan Kuala Lumpur Design Festival 2024 X IMPIANA:
Bermula dari 17 hingga 27 Oktober 2024, KLDF 2024 bakal menyediakan pelbagai acara menarik untuk profesional industri dan orang ramai. Antara acara utama termasuk:
Festival ini turut mendapat sokongan pemain utama industri seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT),Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta dijangka membawa impak besar bukan sahaja kepada komuniti reka bentuk tempatan malah di peringkat serantau.
Memetik kata-kata daripada Kurator Bersama KLDF. Nizar Musa, “Mudah untuk kita terlepas pandang mengenai kepentingan seni reka bentuk dalam kehidupan seharian. Kami berharap KLDF dapat menjadi medium perbincangan yang lebih terbuka tentang apa yang membuatkan seni reka bentuk itu hebat serta menonjolkan nilai dan sumbangannya kepada cara hidup masyarakat serta ekonomi Malaysia.”
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai KLDF 2024, layari Laman Web Rasmi: https://kldesignfestival.com/
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!