Bunga Foto Via Pexels
Bunga Foto Via Pexels

Bunga-bungaan adalah simbol keindahan dan kecantikan yang sering menarik perhatian ramai. Namun, tidak semua bunga yang menawan itu selamat untuk manusia. Di sebalik kecantikannya, terdapat beberapa bunga yang sebenarnya beracun dan boleh mengancam nyawa.

Berikut adalah lima bunga cantik tetapi berbahaya yang boleh membawa maut kepada manusia jika tidak berhati-hati.

1. Angel’s trumpets (Brugmansia)

Lima Bunga Cantik Tapi Beracun, Boleh Bawa Maut Pada Manusia!

Angel’s trumpets memiliki toksin yang mampu menimbulkan gejala seperti halusinasi hingga hilang ingatan. Semua bahagian bunga ini dianggap beracun dan mengandungi alkaloid, atropin, scopolamine, dan hyoscyamine.

Walaupun aspek bunga ini memiliki manfaat dalam dunia perubatan, namun penggunaan tanpa pengawasan doktor boleh membawa maut. Berasal dari Amerika Selatan, bunga ini memiliki variasi warna seperti putih, kuning, merah jambu, oren dan merah.

Ia boleh meracuni mangsa melalui sentuhan, bauan atau dimakan.

2. Oleander (Nerium)

Lima Bunga Cantik Tapi Beracun, Boleh Bawa Maut Pada Manusia!

Ads

Oleander merupakan satu-satunya spesies yang kini diklasifikasikan dalam genus Nerium. Bunga ini memiliki variasi warna merah jambu, putih, merah, kuning dan pic. Gugusan bunga yang besar dan menarik ini memiliki keupayaan untuk bertahan dalam iklim panas dan kering.

Bagaimanapun, bunga ini mengandungi cardiac glycosides yang beracun. Dengan hanya menyentuhnya (terutamanya getah), ia boleh menyebabkan kekeliruan dan sawan.

3. Snake’s head fritillary (Fritillaria Meleagris)

Lima Bunga Cantik Tapi Beracun, Boleh Bawa Maut Pada Manusia!

Spesies tumbuhan berbunga Eurasia ini datang daripada keluarga liliaceae. Bunga ini memiliki corak kotak-kotak yang unik pada kelopak layu dan berbentuk seperti loceng. Snake’s head fritillary memiliki variasi warna ungu dan putih dan tumbuh subur dalam persekitaran tanah lembab.

Di tengah-tengah bunga itu mengandungi alkaloid beracun yang sering disamakan dengan bisa ular. Alkaloid ini boleh mengganggu fungsi sel normal dan menjejaskan keupayaan tubuh mangsa untuk mengawal isyarat saraf.

Ads

4. Star of bethlehem (Ornithogalum)

Star of bethlehem berasal dari Eropah Selatan dan Afrika Selatan. Bunga ini sering digunakan dalam aktiviti keagamaan kerana melambangkan harapan, kesucian, kejujuran dan pengampunan.

Lima Bunga Cantik Tapi Beracun, Boleh Bawa Maut Pada Manusia!

Semua bahagian bunga ini beracun kepada manusia dan haiwan. Bahan utama toksik kelihatan serupa dengan alkaloid, walaupun sehingga kini tidak dikenal pasti.

Sekiranya dimakan, ia akan menyebabkan gejala dan komplikasi yang lebih teruk.

5. Belladonna (Atropa belladonna)

Ads

Nama bunga ini berasal daripada perkataan Itali iaitu ‘belladonna’ yang bermaksud wanita cantik. Ia merujuk kepada wanita Venice, titisan belladonna yang merupakan salah satu rutin kecantikan.

Lima Bunga Cantik Tapi Beracun, Boleh Bawa Maut Pada Manusia!

Namun, ritual tersebut juga membawa kesan sampingan seperti peningkatan kadar denyutan jantung, gangguan penglihatan kekal atau buta. Semua bahagian pada bunga belladonna memiliki toksik. Dengan hanya 600 miligram sahaja, ia mampu membuatkan seseorang itu terlebih dos.

Kesan pencernaan dari mana-mana bahagian bunga ini boleh membawa maut, manakala jika terkena daun juga boleh merengsakan kulit.

IMPIANA : Hati-hati ye kalau anda berhajat menanam bunga-bunga jenis ini.

Baca Lagi Di Sini: Baja Chitosan Dari Kulit Udang Jadikan Tanaman Immun Serangan Kulat
Mesti Baca: KOMPILASI TIP Buat Sendiri BAJA ORGANIK Mudah Guna Bahan Dapur
Artikel Menarik: KULIT TELUR + CUKA Berkesan Atasi Masalah Bunga/Buah Gugur Sebelum Masanya! 

Sumber : hmetro

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI