Tidak dinafikan kebanyakan daripada kita lebih gemar membeli secara online kerana bukan hanya memudahkan, malah ia jauh lebih jimat kerana ditawar dengan harga lebih murah.
Baru-baru ini viral satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000 menerusi laporan Sinar Harian.
jual rumah teres
Menariknya lagi apabila pemilik rumah berkenaan turut membenarkan penggunaan SPayLater yang mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian dengan beberapa kaedah.
Ads
Difahamkan menerusi SPayLater pelanggan boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut kadar kemampuan pengguna yang berminat.
Perkongsian tersebut sudah semestinya menjadi berita gembira buat bakal pemilik rumah pertama yang bertuah memiliki rumah terlebih dahulu dan membayar di kemudian hari.
Ads
IMPIANA : Menariknya boleh beli rumah bayar kemudian ni…hehe
Cantik Villa Konsep Farmhouse Pinggir Kampung, Target Dijadikan Rumah Pencen. IMPIANA tertarik dengan dekorasi rumah berkonsep Farmhouse ini. Villa 5 bilik ini dibina di atas tanah seluas suku ekar di pinggir kampung, namun lengkap serba serbi siap mempunyai kolam renang.
Menurut pemilik Yuslan Ibrahim, villa ini telah berusia 5 tahun dan dibina ketika waktu PKP yang lepas. Menariknya meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyiapkan rumah ini namun segalanya dapat disiapkan juga dan kini ia dijadikan sebagai rumah rehat hujung minggu dan rumah sewaan homestay.
“Genap 5 tahun usia rumah yang saya namakan Farmhouse PD. Punyalah berliku nak bina rumah ni, namun hari ini saya mampu tersenyum puas. Bayangkan masa PKP pulak tu, hampir nak bagitau kontraktor stop dulu projek!!!!” kata Yuslan.
Menariknya, segala kerja-kerja mencantikkan landskap dan dekorasi rumah yang dinamakan The Farmhouse PD ini dilakukan oleh pemilik sendiri. Memang cantik dekorasi konsep kediaman bersesuaian dengan pemilihan perabot, pemilihan rona rumah dan sebagainya.
“Semua kerja landskap dan deko buat sendiri dan DIY, hikmah musim PKP duduk rumah jer. Overall saya ambil masa 2 tahun untuk kerja-kerja landskap dan diy ni, sambil spent masa dengan anak-anak. Jadikan rumah hujung minggu, hinggalah penghujung 2022 barulah decide jadikan homestay. Sayang weh rumah dah buat cantik-cantik😅,” jelas Yuslan.
Malah mengikut perancangan pemilik yang kini bertugas sebagai guru, rumah ini sekarang dijadikan sebagai ‘homestay’ dan akan didiami sebagai ‘rumah pencen’ selepas bersara kelak.
“Rumah ini sesuai dengan konsep Farmhouse atau Rumah Ladang, ianya dibina di pinggir kampung, tanah berkeluasan suku ekar. Elemen warna asas putih,hitam dan coklat sahaja.Target untuk rumah pencen nanti, sekarang sewaan homestay hujung minggu di Kg Sawah Sunggala Port Dickson,” kata Yuslan.
Nama Pemilik: Yuslan Ibrahim Usia Kediaman: 5 Tahun Konsep Kediaman: Farmhouse Lokasi: Kg Sawah Sunggala Port Dickson Keluasan Kediaman: 1380 Kps Jenis Kediaman: Villa Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM140K-RM160K
Spesifikasi Ruang Kediaman:
5 Bilik tidur, 3 Bilik Air, Ruang Tamu, Dapur, Kolam Renang, Patio (Tempat BBQ Outdoor)
IMPIANA: Tahniah buat pemilik kediaman sekeluarga. Memang cantik konsep rumah Farmhouse yang dibina ini. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain.
Hujan lebat sejak awal pagi semalam mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati. Susulan tragedi tersebut, penghuni yang mendiami 20 buah kediaman berhampiran kawasan tanah runtuh di lereng bukit Taman Melawati tersebut, diarahkan untuk berpindah sementara.
Tindakan ini diambil kerana kemungkinan masih berlakunya pergerakan tanah yang berisiko mengancam keselamatan penduduk.
Namun demikian, Penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengambil sikap kekal tenang biarpun berdepan dengan insiden tanah runtuh berhampiran rumahnya.
Ujar Yusof, 70, beliau tidak merancang untuk meninggalkan mahligai enam tingkat di lereng bukit Taman Melawati itu biarpun berlaku kejadian tanah runtuh kira-kira 400 meter dari kediamannya.
“Saya bukannya terlalu yakin tetapi saya serah kepada ALLAH SWT. Sejak menetap di sini 30 tahun lalu, saya tidak pernah berpindah sementara bila ada kejadian tanah runtuh.
“Lagipun ini bukan kejadian pertama yang berlaku berhampiran rumah saya dan saya sendiri mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi kalau berlaku juga, itu kuasa ALLAH SWT,” katanya.
Tambah Yusof, kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran rumahnya itu sudah boleh dijangka kerana sudah berlaku beberapa hakisan sebelum ini.
Justeru beliau berharap pihak berwajib mengambil tindakan yang lebih serius bagi memastikan runtuhan sama tidak berulang.
“Saya sering juga melalui kawasan itu dan sebelum ini sudah nampak beberapa hakisan dan runtuhan kecil sejak beberapa bulan lepas.
“Memang nampak tanah ini akan runtuh bila hujan lebat sekiranya tidak berbuat berbuat sesuatu kerana air longkang mengalir di tepi itu dan menyebabkan hakisan.
“Harapnya ada tindakan sewajarnya supaya runtuhan itu tidak bertambah buruk selepas ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan di sekitar kawasan rumahnya, figura yang terkenal menerusi karya Gerak Khas itu sudah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang masalah hakisan tanah.
Malah Yusof sendiri tidak berkira untuk mengeluar duit poket sendiri bagi membaiki masalah longkang pecah atau tersumbat di sekeliling rumahnya biarpun ia di bawah tanggungjawab majlis perbandaran.
“Sebelum menetap di sini, pernah ada kejadian tanah runtuh. Jadi saya sudah ambil langkah sewajarnya dengan mengupah jurutera, memasang tembok penahan tanah.
“Kalau longkang pecah atau tersumbat pun, saya upah orang untuk baiki, saya tidak tunggu majlis perbandaran sebab saya sedar mereka juga ada banyak kawasan lain yang boleh dipantau.
“Saya sendiri setiap minggu akan turun pantau kawasan rumah dengan pekerja saya. Memang makan perbelanjaan yang tinggi, tetapi kita perlukan utamakan aspek keselamatan dan saya jaga semua aspek itu.
“Cuma kalau berlaku juga, itu kuasa ALLAH SWT,” ujarnya.
Bagi ramai orang, memiliki rumah pertama merupakan pencapaian besar yang menjadi simbol kejayaan dan kestabilan kewangan. Namun, apabila rezeki bertambah dan peluang muncul, tidak sedikit yang mula terfikir untuk melabur dalam rumah kedua. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai aset pelaburan, membeli rumah kedua perlu dirancang dengan teliti.
Jika ada yang dalam situasi ini, saranan Azizi Ali, Mentor Wang boleh dijadikan panduan. Menurut beliau jika mahu memiliki rumah kedua jangan pilih rumah yang paling mahal atau besar tapi belilah rumah kedua terbaik yang kita mampu. Penjelasannya seperti di bawah.
Belilah rumah kedua terbaik yang anda mampu beli (tetapi tinggallah berdekatan para jutawan lain).
Di sinilah tempat yang anda patut membelanjakan wang. Dapatkan rumah yang baik di dalam kejiranan yang baik. Malah saya cadangkan anda membeli rumah kedua terbaik mengikut kemampuan anda. Mengapa?
1. Pertama sekali, rumah adalah pengkalan kehidupan dan kebahagiaan anda. Ia juga perlu memberikan keselamatan dan ketenangan untuk kehidupan anda.
2. Keduanya, ia merupakan ganjaran usaha dan penat lelah anda.
3. Ketiga, ia akan memberi anda wang yang banyak apabila anda menjualnya kelak!
Tetapi mengapa membeli rumah kedua terbaik dan bukan yang terbaik? Sebabnya ialah kerana langkah ini akan memberikan anda wang yang lebih untuk perkara lain.
Jika anda beli rumah yang paling mahal, bayaran bulanan gadaijanjinya pasti akan menjulang tinggi. Ia pasti akan membaham bahagian yang besar daripada pendapatan anda dan oleh itu, ia menghadkan pilihan anda.
Salah satu strategi kewangan yang bijak ialah untuk mempunyai aliran wang tunai yang positif setiap masa. Ini akan (1) membolehkan anda untuk mengambil peluang yang timbul, dan (2) membantu anda di masa perlu.
Ini bermaksud yang anda perlu mempunyai baki wang yang banyak selepas membayar gadaijanji rumah setiap bulan. Itulah sebabnya saya sarankan membeli rumah kedua terbaik.
Jadi, walaupun anda boleh mengubahsuai rumah untuk menjadikannya lebih besar, lebih cantik dan lebih selesa, buatlah dengan cara sederhana. Janganlah berbelanja RM50,000 atau RM500,000 untuk menjadikannya rumah terbesar di kawasan anda.
Jika anda ingin sangat membelanjakan wang, belanja untuk melengkapkan ruang dalam rumah, bukan di luar. Contohnya, belilah penghawa dingin yang terbaik untuk setiap bilik. Atau pasanglah kabinet dan kelengkapan dapur yang terbaik. Ini bukan sahaja membuat rumah anda cantik tetapi juga menggembirakan isteri anda!
Jadi apa yang perlu anda buat apabila anda mempunyai wang lebih atau mendapat durian runtuh? Pendek kata, apa yang perlu anda buat apabila anda bertambah kaya?
Jawapannya adalah berpindahlah ke kawasan kejiranan yang lebih baik. Apabila kekayaan anda bertambah, berpindahlah ke tempat yang lebih baik. Dalam erti kata lain, tinggallah bersama orang yang berpendapatan sebanyak anda.
Pada masa itu, rumah anda mungkin merupakan sebuah mahligai tetapi ia cuma salah satu daripada puluhan lagi mahligai yang ada di kawasan tersebut.
Kemungkinan pencuri dan perompak menjadikan rumah, err, mahligai anda sebagai sasaran akan menjadi lebih rendah. Salah satu kebaikan sampingan yang anda akan dapat ialah jiran-jiran yang lebih berkualiti!
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.