
Tomato antara tanaman yang ramai kata mudah nak tanam tapi suah nak dapat hasil. Kalau ada hasil pun, buahnya tak berapa cantik. Tapi Leya Aalieya ada cara mudah tanam tomato untuk dapatkan hasil banyak dan cantik macam beli dekat pasar.
Lain orang lain caranya. Cara sy tanam tomato..dari mula semai sampai pokok berbuah
1. Mula-mula sediakan medium dan biji benih ( medium ikut suka masing-masing ) cocopeat boleh,tanah hitam sawit boleh ( saya guna tanah biasa ) lepas tu tabur benih atas medium..letak tempat yang kena matahari , siram pagi petang
Kalau benih elok dlm 5 ke 7 hari mesti akan bercambah
Baca Juga: Ini Perkara WAJIB Anda Lakukan Jika Timun, Tomato Dan Terung Jadi Macam Ni
2. Bila dah tumbuh besar cm ni..baru pindah ke tapak tumbesaran
3. Pindah dalam polybeg. Tanah saya guna tanah biasa campur pasir halus dan abu ( bakaran dedaunan kering ) tuan puan nak guna tanah hitam pun boleh, tanah kompos lagi bagus, cocopeat pun boleh ikut suka masing-masing
Nak beli benih berkualiti, boleh beli dekat kedai shopee ni. Murah dan memang menjadi benih-benihnya https://invol.co/cl9dlvd
4. Dah besar macam ni boleh la letak baja ( baja apa-apa pun boleh ikut suka dan kemampuan masing-masing ( saya letak kulit bawang dan baja tinja ayam )
5. Untuk penjagaan pula tuan puan boleh sembur pencegah serangga organik/kimia
( saya sembur pencegah serangga kimia 2 minggu sekali ) kalau tak berkesan juga saya biarkan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hias Bilik Tidur Ala Dekorasi Hotel, Barulah Betah Berlama-lama Dalam Bilik

Hias bilik tidur ala dekorasi hotel, barulah betah berlama-lama dalam bilik. Ramai yang suka bersantai-santai sambil berehat di bilik tidur hotel lima bintang. Mana tidaknya, bilik tidur di hotel bukan sahaja kemas dan rapi tetapi juga wangi dengan haruman lilin yang menyegarkan.
Maka sebab itulah ramai yang mengambil peluang untuk pergi bercuti sambil berehat di bilik hotel. Penampilan dalaman hotel yang mewah serta bilik hotel yang elegan dan selesa tentunya menarik perhatian.
Anda juga boleh menjadikan bilik hotel mewah sebagai inspirasi untuk hiasan bilik tidur di rumah. Sebenarnya tidak sukar untuk menghias bilik tidur di rumah seperti bilik di hotel mewah.

Berikut perkongsian tip Ahyat Ishak yang merupakan seorang perunding hartanah. Tip yag dikongsikan oleh Ahyat Ishak ini membantu mencipta ‘feel’ bilik kita di rumah seperti bilik di hotel.
1.LAMPU TIDUR
Pencahayaan ini adalah amat penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil. Lampu di sisi katil menaikkan seri ruang tidur dan memberi kehangatan semasa kita memadamkan lampu utama.
Jika kita perasan, lampu sisi atau lampu pendakap di hotel selalu memberi rasa nyaman dan selesa. Antara tipnya adalah lampu pendakap lebih elok jika gandingankan bersama dengannya. Manakala, lampu hiasan lain lebih mudah disuai padan dengan gabungan yang berbeza.
2. CADAR DAN BANTAL
Rahsia mengapa kita tenggelam dalam pelukan cadar dan bantal di hotel kerana terletak pada kiraan benangnya. Jika mahu mencari cadar pilih kiraan benang yang tinggi sekurang-kurangnya 300. Hotel biasanya menggunakan fabrik seperti satin dan linen. Tapi untuk bilik kita pilihlah dari jenis fabrik yang kita suka dan selesa. Jika mahu kelehitan lebih suasana hotel boleh pilih putih sebagai warna cadar.
Bantal kecil di hotel bukan sekadar penghias katil. Ia sentiasa ada di tangan kita semasa menonton televisyen atau membaca buku. Tekstur pada bantal mengubah keadaan bilik yang suram. Bantal-bantal kecil pelbagai corak ini melengkapkan bantal tidur utama dan mampu menjadikan bilik kita sama seperti bilik sebuah hotel. Kita boleh cuba dapatkan sekurang-kurangnya 4 bantal untuk menghiasi katil kita supaya nampak seimbang.

3. KEPALA KATIL
Kepala katil biasanya memudahkan kita untuk bersandar sambil menonton televisyen dan membaca buku. Tapi menghiasi dinding di belakangnya juga memberi kesan kepada keseluruhan ruang. Pilih sama ada mahu pasang gambar berbingkai atau cermin di atas kepala katil untuk menyerlahkan dinding utama bilik.
Hiasan pada dinding di atas kepala katil tidak semestinya mahal. Malah, bahan murah pun boleh nampak hebat dan cantik jika kita tahu menggayakannya. Gambar tumbuh-tumbuhan yang biasa kita temui di kedai serbaneka mengingatkan kepada alam semulajadi yang damai. Cermin pula memberi kesan visual menarik lebih-lebih lagi jika dindingnya bertentangan dengan tingkap.
4. BANGKU
Bangku di hujung katil bukan sahaja menjadikan bilik kita nampak menarik tetapi ia boleh menyerlahkan katil selain datang dengan pelbagai fungsi seperti tempat duduk, meletak buku dan kasut. Bangku juga datang dalam pelbagai gaya. Bangku yang sarat dengan hiasan batu berkilat dan cermin pada kaki menghasilkan ciri-ciri glamer. Jika kita tidak mahu bangku, kita boleh je letakkan peti kayu besar pada hujung katil bagi menggantikan bangku biasa. Selain datang dengan pelbagai fungsi, ia juga unik dan memukau pandangan. Peti kayu seperti ini boleh didapati di kedai antik atau perabot.

5. BAHAN LANTAI
Bilik hotel memberikan rasa selesa pada kaki kita. Jadi, apa yang kita pasang di lantai juga penting. Tapi agak tinggi kosnya bagi kita. Untuk mengurangkan bajet kita boleh cuba dapatkan karpet atau ambal yang lembut dan selesa untuk digunakan di dalam bilik. Semakin lembut ia pada kaki kita, semakin tinggi kesesuaiannya. Ambal bersaiz kecil sangat bagus jika dibeli lebih dari sehelai. Susunkan ia pada tiga bahagian di sebelah katil. Tapi jika kita mahu memasang karpet di seluruh lantai bilik pilihlah karpet dengan warna neutral.
6. WARNA
Tenang dan canggih. Ini yang kita rasa bila masuk ke dalam hotel. Ia dihasilkan oleh pemilihan warna yang biasanya bertona monokromatik. Untuk mendapatkan suasana ini di rumah kita, pilihlah satu warna dari warna utama dan satu lagi warna selaras. Warna utama ialah kuning, biru, dan merah. Warnakan siling dengan warna yang sama seperti warna dinding. Jika mahu warna yang berlainan, kurangkan tona warna pada siling sebanyak 20 peratus.

7. AKSESORI
Aksesori juga penting walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kebanyakan orang akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati atau yang kita suka. Ada pelbagai pilihan seperti wangian, bunga segar, lilin, buku, arca dan gambar berbingkai. Ini juga menolak pendapat yang hiasan menarik hanya sesuai diletakkan di ruang tamu. Bilik tidur juga ada hak untuk mendapatkan karya seninya sendiri.
Selepas ini kita tidak perlu lagi mengeluarkan bajet yang lebih semata-mata untuk merasai suasana bilik tidur ala hotel. Di rumah sendiri pun sudah rasa macam tidur di bilik hotel! Harus diingat walaupun kita mahukan bilik tidur gaya hotel, tetapi ia perlulah praktikal kerana harus diingat ruang tidur itu di dalam rumah, bukannya hotel yang dijadikan tempat persinggahan sementara.
Sumber: Ahyat Ishak
Kredit foto(top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bukan Sekadar Kegunaan Harian, Cermin Juga Boleh Jadi Sebagai Dekorasi Rumah Anda!

Mungkin ada di kalangan anda yang beranggapan fungsi cermin hanya sebagai satu benda kegunaan harian sahaja tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Pelbagai idea dekorasi dalaman rumah yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan cermin sebagai satu pelengkap hiasan dalaman rumah anda.
Ada beberapa contoh idea dekorasi dalaman rumah menggunakan cermin yang telah disediakan oleh IMPIANA sebagai rujukan anda!
CERMIN DENGAN BINGKAI ANYAMAN
Jika anda mahu tampil dengan konsep dekorasi yang unik dan berbeza, anda boleh menggunakan cermin bingkai anyaman ini sebagai pilihan. Selain sisi kreatif akan ditonjolkan, dekorasi hiasan dalaman rumah anda akan bertambah seri dengan menggunakan cermin jenis ini.
Sekiranya anda mahu mendapatkan cermin yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN HEXAGON
Bagi anda yang lebih gemar dengan konsep moden kotemporari boleh menggunakan cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini sebagai pilihan idea dekorasi dalaman rumah anda. Bukan sahaja tampak sangat unik dan elegan, ia juga boleh mencuri tumpuan dan perhatian mata para tetamu yang hadir ke rumah anda!
Untuk cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Tetapi, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN GANTUNG PELBAGAI BENTUK
Walaupun cermin gantung ini saiznya agak kecil berbanding dengan cermin yang lain namun ia juga tetap boleh mencuri perhatian orang di sekeliling. Jangan hanya pandang sebelah mata dengan kebolehan cermin gantung ini, meski saiznya kecil ia tetap juga berkemampuan menaikkan seri hiasan dalaman rumah anda.
Cermin gantung ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Namun, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN EMPAT SEGI PELBAGAI SAIZ
Cermin potongan empat segi mungkin sudah dilihat seperti cermin biasa kegunaan harian sahaja di kalangan anda. Tetapi jika anda bijak untuk menghiasnya, cermin potongan empat segi pelbagai saiz ini juga boleh menjadikan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak hebat dan penuh gaya.
Jadi, ini beberapa konsep idea dekorasi hiasan dalaman menggunakan cermin yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada anda. Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membantu anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sumber: Ikea Malaysia Website
Baca artikel berikutnya: Jenis Rail Langsir Yang Dapat Memantapkan Mata Tetamu Anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tirai Dalam Bilik Air Yang Kotor Bertahi Lalat, Ada Cara Mudah & Berkesan Untuk Hilangkan

Bagi anda yang menggunakan ‘shower curtain’ atau tirai dalam kamar bilik mandi pasti akan berdepan dengan masalah kekotoran yang melekat pada tirai sehingga bertahi lalat selepas beberapa bulan digunakan.
Sebenarnya, ada kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan beberapa bahan pencuci. Nak tahu caranya?
Langkah pertama yang boleh anda lakukan adalah cabut tirai kamar bilik mandi anda dan rendamkan ke dalam baldi yang berisi air dicampur bersama 10 titis ‘tea tree oil’, serbuk pencuci kain dan satu senduk serbuk ‘baking soda’ lalu dibiarkan rendaman semalaman.
Setelah rendaman telah dibiarkan semalaman, gosok tirai kamar bilik mandi anda dengan menggunakan sehelai kain tuala sehingga bersih.
Bagi mengekalkan tirai dalam kamar bilik mandi anda supaya kekal bersih dan terhindar daripada kesan bertahi lalat dan berbau busuk, anda disarankan untuk mencucinya setiap minggu.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua yang inginkan kamar bilik mandi sentiasa kekal tampak bersih tanpa sebarang cela.
Sumber: Rumah.com
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tip Hilangkan Kesan Hangus Pada Permukaan Besi Seterika
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI