Pokok cili ni, nak tanam memang mudah. Tapi nak menjaganya sangat rumit. Mudah terdedah kepada penyakit dan virus. Sebab tu harga cili di pasaran mahal. Nak pastikan cili berbuah lebat, sudah pasti baja menjadi peranan utama. Tapi, tak perlu guna baja yang mahal-mahal pun.

En Izham Alias ada berkongsi petua untuk tanam cili supaya berbuah lebat dan tahan penyakit di dalam group Kebun Bandar: jom tanam sendiri

Baca Juga: Baja Organik Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Cili

CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI

Bahan:

Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

IKLAN

Cara-cara:

Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara guna:

IKLAN

10 mL pati + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.

tip lain untuk cili berbuah lebat 

1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini.

IKLAN

2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.

3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman saya, penggunaan baja organik lebih melembutkan medium tanah.

4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.

5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik.

6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal mahal kan. Agak agak jela ya.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI