Pasang “Shera Plank” Dekat Pagar Rumah Untuk Privasi, Modal RM1,000. Shera plank ni dah mula diterima ramai. Ia kebiasaanya, digunakan sebagai kemasan untuk menyerupai susunan papan. Kebiasaanya, shera plank ni menjadi pilihan mereka yang ingin mewujudkan gaya kedesaan terhadap dekorasi atau rekabentuk kediaman.
Salah seorang pemilik akaun Facebook, Cik Puan Pae Faez berkongsi idea penggunaan shera plank sebagai penutup sempadan bagi memberi privasi kepada pengunjug homestay miliknya.
Projek gigih seminggu ni kami buat dekat homestay. Nak naik batu, modal tinggi. Jadi, kita tutup pakai shera je. Total shera plank yang digunakan adalah dalam 37 keping dengan hanya kos RM 1k. Semuanya siap dalam tempoh 5 hari sebab suami buat sorang
Cantik pun cantik. Secara tak langsung, dapatlah idea nak buat ala-ala pagar macam dekat oversea. Tambah lagi order shera plank dan terus design pagar. Secara tak langsung boleh beri privasi pada kolam juga. Walaupun homestay, tapi kami nak bagi tetamu yang menginak puas hati.
Modal Tak Sampai RM 4000 Nak Cantikkan Dekor Rumah Ni. Ramai cakap nak rumah cantik perlu kos yang tinggi. tapi, Atam Ayu buktikan hanya dengan kos tak Sampai RM 4,000 pun dia berjaya hasilakan sebuah dekorasi kediaman jenis flat cantik.
Assalamualaikum harini maktam nak share kos keseluruhan maktam masuk rumah ni dari hari dapat kunci dan install lampu kipas semua sehingga selesai deko sebuah rumah.
Ok pertama sekali rumah maktam ni apartmen 5 tingkat dan maktam berada di tingkat paling atas.
Puncak kayangan la.. kluster kayangan versi rumah mampu milik
rumah ni maktam beli dengan harga 145K menggunakan sepenuhnya loan perumahan kerajaan rumah 900 kaki persegi dilengkapi dengan 3 buah bilik dan 2 bilik air dan sebuah laundry tempat menjemur pakaian dengan saiz hanya boleh memuatkan sebuah mesin basuh, juga tanpa balkoni di ruang tamu
Standard rumah mampu milik kan…
ok berbalik pada tujuan asal..maktam and paktam tiada buat pinjaman apa-apa untuk masuk rumah ni
hebat kan bunyi nya…hahaha.. TIDAKK.. sebab kami memang taknak buat .. taknak tambah hutang loan peribadi.
tujuan utama rumah ni kami nak buat aset je. so setakat nak install lampu kipas+ grill masih berkemampuan dengan simpanan dan gaji..
so paktam yang berkemahiran dalam bidang wiring, gunakan kepakaran dia sepenuhnya install lampu kipas.. kami save pada upah wiring..
so kos pada material 19 unit point lampu + 5 unit kos kipas kami anggaran 1000.00 rasanya kurang sebab kami beli kat shopee je barang2 semua..kipas pun beli paling murah antara 130-150 seunit.
.
grill kami pasang pintu utama dan yard sahaja . semua tingkap tiada grill kos 650.. rumah tinggi kan..
jimat tang sini ( inshallah akan pasang kemudian bila anak dah start boleh memanjat atau ternampak lebih cerdik ) kikiki..setakat ni tiada perabot berhampiran tingkap yang boleh dorang akses untuk jenguk ke bawah..
so kami lengkapkan dengan langsir yang telah kami guna seusia 7 tahun yang masih di simpan rapi
so kami open sewa.. dengan PARTLY furniture.. boleh rujuk pos2 kami cari penyewa..boleh tengok kami bagi rumah macam mana .. selepas dapat 3 jenis penyewa kami decide buat masa sekarang kami tak mau dah sewakan. PENING hoiii ..sekarang penyewa lebih dari tuan umah.. macam umah dia pula. nak duk free.. kita pun bayar loan…. hahahaha.
so disini la bermula.. terima kasih pada tok din bagi moratarium.. bermula PKPB kami install barang-barang lain step by step mengguna duit tersebut
kami cari barang second hand yang masih elok– tips cari di group-group kejiranan.
lepas tu kami cari sofa 3 seater. cari prelove tak jumpa, dah jumpa takde transport. so kawan kami bagitau ada sales 399 so kami beli sofa
kaunter bar kami DIY
Penyangkut Kuali bawah table top
Langsir bawah table top
Meja makan
Hexagon wall deko
segala aksesori hiasan kami beli kat shopee, eco , MR DIY,ikea dan Kaison yang mana semua kedai kedai ni kedai yang kita inshallah mampu milik
beli barang yang ada defect sikit-sikit dan reject sikit seperti bunga-bungaan.. JIMAT banyak tang ni
ok so KOS keseluruhan termasuk lampu kipas, dan katil alhamdullilah maktam simpan resit dan perjalanan dekorasi rumah ni berjumlah
3438.50 +_ ( dah termasuk kos postage dan barang-barang runcit ikat tepi..) hahahaha
maksudnya p eco nak beli raga terbawak balik sudip..hahahaha… gitu la… janji nak belanja 50 terkeluar 60.. hahahaha.
PENAFIAN SESIAP SEBELUM KENA KECAM:-
KAMI CUMA NAK KONGSI.. KORANG MUNGKIN AKAN LEBIH SEDIKIT PERBELANJAAN ATAS FAKTOR -FAKTOR LAIN,
RUMAH KAMI 100 PERATUS KAMI BERDUA BUAT SENDIRI TIADA PERLIBATAN ORANG LUAR KECUALI PEMASANGAN GRILL , KALAU PAKTAM ADA ALAT RASANYA DIA PUN BUAT SENDIRI.. HAHAHA..
ok leh sambung pertanyaan dan tips.. kami akan share inshallah kalau nak tanya… kome jangan suh kami beli hat mahal-mahal sebab kami memang tak berduit. harap maklum..Modal Tak Sampai RM 4000 Nak Cantikkan Dekor Rumah Ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
DIY Pintu Kabinet Tak Pakai Penebuk Lubang Pun, Gam Je. Ramai lebih gemar memilih permukaan dan struktur kabinet dapur yang diperbuat daripada konkrit. Almaklumlah, gaya masakan orang Melayu memang “complecated” tak berdentam dentum, memang tak sah.
Tapi ramai juga yang hanya terhenti pembinaan kabinet dapur hanya pada bahagian struktur dan table top nya sahaja tanpa pintu. Barang kali, bajet tak cukup atau memang nak buat macam tu je.
Mula lah nampak tak kemas bila dah ada barang di bagian simpanan. Sebab tu, ada yang memilih untuk mengenakan langsir sebagai penutup. Apa kata, tiru cara Puan Ema ni. DIY pintu kabinet
DIY pintu bawah table top tanpa guna drill
Di sini saya share cara dan barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu ada yang nak cuba.
2. Saya pasang wallpaper bahagian atas. Dekat bawah table top tu dah siap pasang rail. Tak perlu drill. Guna gam saja.
3. Ini barang yang saya guna. Gam saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Gam kena tunggu satu hari baru kering dan kuat.
4. Ini rail yang saya gunakan, untuk letak roda. Rail dengan roda beli di Shopee. (klik SINI untuk link). Roda muat -muat untuk plywood tebal 5mm.
5. Papan plywood yang dah siap ditampal guna wallpaper, ini bukan wallpaper biasa tampal pada dinding tu ya. Plywood saya order kat Shopee, ukur siap-siap dan minta seller potong ikut ukuran yang diberi. Klik SINI untuk link.
6. Siap rail dan gam roller pada plywood bolehlah pasang bawah table top.
7. Letak pemegang pintu untuk mudah buka dan tutup (tampal saja). Inilah hasilnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Puan Ema
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Letak Kulit Bawang Dalam Masakan Untuk Antioksidan Dan Antikanser. Semalam, baru IMPIANA kongsikan cara tanam tomato untuk dapatkan hasil yang banyak dan cantik. Salah satunya adalah dengan menggunaakn kulit bawang sebagai baja. Sebenarnya, banyak kegunaan kulit bawang ni selain sebagai baja.
Tok nenek kita dulu pun menggunakan kulit bawang sebagai salah satu ramuan untuk masakan seperti telur pindang. Yatie Eimra berkongsi kegunaan lain kulit bawang dalam masakan yang boleh anda praktik.
Korang tau tak selain dijadikan baja & penggalak akar pokok, kulit bawang boleh dimasukkan dalam masakan gak.
Biasanya bila buat bone broth, saya memang masukkan kulit bawang ni. Selain tu boleh juga ditambah dalam masakan jenis berkuah/sup. Saya mula gunakan kulit bawang dalam broth masa Fydh kecik dulu, selepas terbaca tentang kebaikan kulit bawang dalam sebuah artikel. Tahun lepas pun Dr Suri Roowi ade share tentang kebaikan kulit bawang ni.
Bawang sememangnya banyak khasiat. Tapi bahagian paling luar kulit bawang mengandungi paling banyak bahan berkhasiat quercetin. Quercetin ni berfungsi sebagai antioksidan, bersifat antikanser & membantu tubuh melawan radikal bebas. Terdapat kajian yang mengatakan quercetin mampu mengurangkan bahaya radikal bebas dalam tubuh akibat nikotin rokok. Selain tu ia gak membantu mengurangi gejala alergi dengan bertindak sebagai antihistamin.
Sebelum masukkan kulit bawang dalam masakan, pastikan kulit bawang dicuci bersih terlebih dahulu ye. Lepas kupas bawang, sebaik²nya rendam kulit bawang dalam air & sedikit cuka selama 5 minit. Tujuannya nak bersihkan jika ada kulat² hitam pada kulit bawang. Sesetengah bawang ada kulat hitam pada lapisan kulit – sejenis fungus dari dalam tanah. Lepas bersihkan, tos kering & simpan dalam peti sejuk (bahagian freezer jika jarang guna). Ambil bila nak guna.
Kadang² bila kat luar, anak terdedah pada asap rokok secara tak sengaja (ketika melalui kaki lima kedai dsbnya), balik tu saya masukkan jugak kulit bawang dalam masakan. Atau bila resdung/alergi teruk, boleh gak rendam sikit kulit bawang dalam air panas. Boleh tambah halia/cengkih/bunga lawang & madu asli jika suka. Minum ketika suam.
Malam tadi pun saya bersin non stop akibat salah makan (alergi), lepas minum air rendaman kulit bawang ni, selesema & mata gatal pun beransur kurang.. Alhamdulillah.. Memang nampak perbezaan tambah kulit bawang ni, kesannya nampak lebih cepat dari biasa (tanpa gunakan kulit bawang).
P /S: Kalau selama ni korang buang je kulit bawang tu, lepas ni bolehlah cuba guna dalam masakan untuk kesihatan lak
Air rendaman kulit bawang untuk alergi/resdung tu boleh pilih salah 1 atau masukkan je apa yang ada.
👉🏻Halia– juga bertindak sebagai antihistamin,
👉🏻Cengkih– kurangkan resdung,
👉🏻Bunga lawang– kurangkan selesema/bersin.
Letak Kulit Bawang Dalam Masakan Untuk Antioksidan Dan Antikanser
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.