Se

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Ramadhan. Mak-mak, mesti dah mula kumpul-kumpul stok makanan basah dan kering. Tak terkecuali juga, stok bahan asas siap kisar dan kupas seperti bawang, cili dan pelbagai lagi untuk memudahkan kerja.

Tapi, Persiapan mak-mak kurang lengkap kalau tak ada 5 jenis sambal berhantu ni. Kalau ada, memang mudah dan bergaya sakan bulan ramadhan mak-mak. 5 sambal berhantu ni sesuai untuk semua jenis makanan dan masakan. secara tak langsung ia menjadi pembangkit selera walaupun makan nasi putih dengan telur mata kerbau.

5 resepi sambal wajib ada stok ni telah dikongsikan oleh Cikgu Afy AL Habibi di dalam group Masak Apa Hari Ni. Jom kita lihat resepinyaas

Ada lima sambal kesemuanya.
Resepi ada dekat gambar di bawah.
1.Sambal belacan menyengat
2.Sambal kicap mabeless
3.Sambal ayam penyet mengosek
4.Air asam ketagih
5.Sambal jantan power

Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu. Cikgu sempat baca komen lepas kawan yang musykil takut sambal rosak kalau buat stok banyak begini. Usah risau. Ikut tips cikgu. Banyak kali dah cikgu buat. Kena betul cara simpan dan gunanya.
Pastikan guna sudu kering setiap kali mengambilnya sahaja.

Tapi cikgu yakin sambal tu tetap takkan bertahan lama juga. Mesti cepat habis punyalah.
Kalau dah belum makan pun dah menitik air liur, ini pula stok dah ada depan mata.
Sedar-sedar dah licin tinggal botol je.
Kan?

RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT

  1. Bahan-bahan:

– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1/4 bawang Holland
– *1 biji tomato saiz kecil
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*

3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan

RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS

1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.

IKLAN

6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*

*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan

ESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan

2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.

3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

IKLAN

6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.

Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.

Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.

*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan

RESEPI AIR ASAM KETAGIH

*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu*

Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*
Nak makan baru letak.

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

IKLAN

– 2 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

– 5 biji limau kasturi
– 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar.

4. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan

RESEPI SAMBAL JANTAN POWER

Sediakan bahan-bahan di bawah:

– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
Kuantiti rasa boleh ditambah@dikurangkan mengikut citarasa sendiri.
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*

Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.

Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan 5 Stok Sambal Power Tahan Berbulan Wajib Ada Untuk Bulan Ramadan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI