Risau tengok timun dan tomato rosak begitu sahaja walaupun masih muda. Apa yang berlaku? Rutin penyelenggaraan seperti membaja, meracun dan sebagainya telah dilakukan secara berkala. Tetapi kenapa masih ada masalah? Keadaan ini kebiasaanya disebabkan oleh dua faktor iaitu serangan bekteria Clavibacter michiganensis, virus atau fangus early blight.
Clavibacter michiganensis
Masalah ini dapat dikesan apabila melihat wujudnya permukaan seperti ulcer atau mata ikan pada permukaan buah. Penyakit ini dating dari tanah. Apabil tanah telah tercemar dengan bekteria Clavibacter michiganensis, ia akan memberi kesan pada keseluruah pokok. Cara penyelesaiannya adalah dengan memusnahkan tanaman yang di jangkiti sebelum ia merebak kepada tanaman yang lain.
IKLAN
Cara untuk memusnahkan tanaman yang dijangkiti Clavibacter michiganensis adalah melalui cara pembakaran dan buangkan abunya. Jangan di jadikan sebagai bahan kompos kera ia akan memberi kesan terhadap tanaman lain pula. Medium tanamannya pula sebaiknya tidak digunkan lagi atau dibiarkan tanpa sebarang tanaman
IKLAN
Fungus early blight
IKLAN
Jika terdapat bahagian daun muda yang mula menguning, ia menunjukkan tanaman anda diserang fangus Alternaria solani yang menyababkan masalah Early blight. Jika tanaman anda mengalami tanda-tanda ini, elak melakukan pusingan tanaman dari jenis yang sama di Kawasan yang sama
Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya. Namun kali ini LAMAN IMPIANA nak galakkan anda untuk hasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Cara pembuatan :
1. Potong semua buah-buahan
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Penggunaan:
Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Sama seperti situasi yang di alami oleh pemilik sebuah superlink house yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Outdoor living yang disediakan oleh pemaju amat terhad di sebabkan kekangan ruang ditambah pula nilai hartanah yang tinggi di kawasan tersebut. Hanya ruang anjung di bahagian hadapan dan belakang sahaja yang disediakan oleh pemaju sebagai outdoor space. Pemilik yang merupakan kenalan lama yang turut pernah mendapatkan khidmat reka bentuk dari Neoh dan Andy satu ketika, dahulu telah memberi kepercayaan penuh kepada mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini kerana pemilik mahukan kediaman yang tampak hijau dan menenangkan apabila mereka sekeluarga berada di rumah.
Pembinaan sistem Taman Vertikal
Berdasarkan eksperimen yang telah dilakukan selama dua tahun dalam membentuk sebuah struktur vertivcal garden yang bersesuaian dengan iklim Malaysia, ia tidak menjadi masalah kepada pereka untuk menyiapkannya dalam tempoh masa lebih kurang dua hari. Memandangkan binaan asal tidak mempunyai dinding solid, pereka terpaksa membina sebuah panel berukuran 5 meter x 2.5 meter yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan ringan.
Penel vertical garden tersebut turut dilengkapi dengan sistem saliran automatik untuk memudahkan penyiraman. Ini merupakan salah satu langkah yang dirancang oleh pihak pereka Eco Blance untuk memudahkan dan mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dilakukan oleh pemilik. Pereka telah memilih penggunaan pocket felt untuk menanam softscape pada panel yang telah dibina.
Pocket felt merupakan sejenis fabrik mudah regang dan tahan lasak yang diimport khas. Berbanding vertical garden yang lain, penggunaan sistem poket memberi kebebasan kepada pereka untuk meletak pelbagai jenis sofstscape tanpa mengira saiz dan jenis. Di samping itu juga, ia sesuai untuk mereka yang inginkan instant effect kerana softscape boleh ditanam secara rapat dan padat. Secara tidak langsung, ia boleh menutup keseluruhan dinding tanpa perlu menunggu waktu matang softscape yang digunakan.
Pemilihan dan susun atur softscape
Pemilihan softscape merupakan faktor utama dan paling penting dalam membentuk sebuah vertical wall. Bersesuaian dengan iklim Malaysia, pereka telah menggunakan tumbuhan tropika untuk mewarnai keseluruhan living wall yang dibina. Hampir 95% tumbuhan foliage separa teduhan dengan pelbagai tekstur dan rona telah dipilih pereka. Jenis pepakis antara tumbuhan yang mendominasi taman vertikal ini antaranya Adiantum spp., Blechnum spp, Nephrolepis spp. dan Asplenium spp.
Penggunaan Fittonia, Begonia dan beberapa spesies yang lain memberi suntikkan rona yang pelbagai kepada keseluruhan bingkai pemandangan ini. Tumbuhan berdaun lebar dan memerlukan jumlah pengamatan cahaya yang banyak disusun pada bahagian paling atas bingkai. Ia bertujuan memberi teduhan kepada tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di lapisan bawahnya terutamanya jenis pepakis yang sentiasa memerlukan teduhan. Tumbuh-tumbuhan yang dipilih disusun secara freestyle namun tetap berseni.
Ramai sekarang ni IMPIANA lihat gemar berkebun. Yang konon kata tangan panas dan tak suka berkebun pun dah mula berjinak-jinak. Antara tanaman “Must have” adalah pokok cili. Tak kiralah cili apa atau cili kulai. Tak perlu beli benih mahal-mahal, pakai buah yang terlebih ranum pun boleh biakkan banyak pokok cili.
Nak biakkan memang mudah. Tapi, pokok cili ni mudah terdedah kepada penyakit. Penyakit yang berpunca dari virus memang sukar untuk diselamatkan. Sebaiknya, dimusnahkan segera sebelum merebak ke tanaman lain. Seperti yang berlaku kepada Nor Azlina. Daun pokok cili mula kelihatan tompokkan kuning.
Menurut rakan dalam Group Biginner Tanam Pokok Dan Sayur, pokok cili tersebut diserang penyakit mozek.
Virus Mozek ini boleh merebak disebabkan beberapa faktor iaitu:
1. Faktor Biji Benih. Pemilihan atau pembelian biji benih seharusnya dibeli daripada individu/syarikat yang dipercayai serta proses pembuatan/saringan biji benih mengikut S.O.P yang diperakui sah oleh Jabatan Pertanian antarabangsa. Virus mozek tersebut mampu hidup didalam biji benih seterusnya akan menjadi punca mozek ini akan merebak diladang apabila pokok sudah membesar.
2. Faktor Serangga Perosak. Virus mozek juga boleh merebak melalui serangga perosak yang menjadi agen penyebaran virus tersebut. Serangga perosak akan menyerang dengan mengunyah atau menghisap cairan semua bahagian daun, bunga dan buah. Virus tersebut yang sudah sedia ada berada di mulut serangga perosak akan memudahkan lagi penyebaran apabila serangga tersebut menghisap dan memakan tanaman.
Antara serangga yang menjadi agen penyebaran virus ini seperti:
– Kutu Daun/Aphid
– Lalat Putih
– Kutu Thrips
– Hama
– Ulat Ratus dan lain²
3. Faktor Manusia.
Manusia juga boleh menjadi penyebab virus tersebut merebak tetapi tidak menghisap seperti serangga perosak. Antara penyebab virus ini boleh merebak melalui manusia kerana:
A). Mengabaikan penjagaan semasa menyemai dan anak benih. Ada segelintir pekebun/penjual anak benih mengabaikan penjagaan anak benih yang tidak mengikut Standard yang sepatutnya seperti kawalan serangga sambil lewa atau meletak anak benih tempat yang mudah terdedah pada serangan serangga perosak. Sebolehnya anak benih diletakkan didalam rumah hijau dan dilindungi dengan jaring serangga serta membuat kawalan penyakit & perosak secara berkala.
B) Penyebaran virus ini jugak boleh merebak melalui kaedah memetik menggunakan gunting dan memotong tangkai menggunakkan kuku. Mata gunting dan kuku yg digunakkan pada pokok sudah dijangkiti virus melekat dan apabila pokok sihat ini terluka, virus² yg melekat pada mata gunting dan kuku akan tertinggal pada bahagian luka tangkai tersebut.
Ini yang perlu di lakukan jika tanaman anda mempnyai gejala seperti dalam gamabar:
Ketika pokok berbuah: Jika berlaku kepada pokok yang sedang berbuah, semburkan racun serangga dan suppliment tambahan yang dikhaskan untuk cili
Pokok masih kecil: Jika pokok masih belum matang, sebaiknya dicabut dan dibakar terus jauh dari sumber supaya tidak merebak kepada tanaman yang lain
Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik...