
Meirul Aiman, pelakon yang namanya sedang meningkat naik ternyata sudah punya perancangan masa depan yang tersendiri.
Pada usia 27 tahun anak muda ini sudah pun memiliki hartanah sendiri bila beliau dilihat membeli kediaman di kota Warisan Sepang dalam satu video tular baru-baru ini.

Menerusi video yang dipercayai ejen hartanah yang berurusan dengan pelakon ini beliau menyatakan pandangannya terhadap pembelian hartanah tersebut.
“Salah seorang klien saya yang membeli rumah Arena Residence 2 di Kota Warisan, Sepang.
“Tahniah untuk beliau kerana memiliki rumah di usia muda.” tulis Rahim Zulkifly dalam perkongsian di akaun TikTok miliknya.
@rahimzulkifly Salah seorang client saya yang membeli rumah Arena Residence 2 di Kota Warisan, Sepang. Tahniah untuk beliau kerana miliki rumah diusia muda 😎🤩👏🏻 Thank you so much @Mierul kerana mempercayai khidmat & servis saya. Moga dipermudahkan urusan dan selamat maju jaya.. Congratulations 😊✨ #RahimZulkifli #ChefHartanah #fyp #hartanahselangor #kotawarisan #foryoupage #Selangor #ioiproperties #arenaresidences #arenaresidences2 #highcouncil #amierulaiman #fakhri #kapla ♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) – Melonest
Meirul Aiman Beli rumah untuk disewakan
Dalam pada itu jelas pelakon Project: High Counsil ini membeli kediaman ini sebagai salah satu pelaburan masa depan untuk disewakan.
“Saya suka dengan apartment berkenaan sebab ia menyediakan pelbagai kemudaan seperti kolam renang, gim, surau malah dari segi keselamatan ia terjamin.
“Pada saya rumah merupakan asset dan pelaburan yang mampu memberi pulangan yang berpatutan sekiranya bijak menguruskannya.
“Walaupun saya tidak duduk di rumah ini tetap saya dapat mencipta peluang kewangan dengan menyewanya,” kata Mierul Aiman memetik laporan Mstar.
Tambahnya dengan adanya aset hartanah ni membuatkan dia mahu bekerja lebih keras pada masa akan dating memandangkan tanggungjawabnya sudah bertambah.
Foto: IOI Properties
Baca lagi: Michael Ang Nasihat Beli Rumah Sebelum 28 Tahun, Perlu Bijak Beza Keperluan Dan Kehendak
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI