Tuan Rumah Kesal, Penyewa Jual Set Meja Makan Sebab Nak Tukar Konsep Minimalist. Antara cabaran sebagai pemilik kediaman dan tuan rumah yang menyewakan kediaman pada orang lain, adalah berdepan dengan pelbagai ragam penyewa, yang kadang kala tak masuk dek akal.

Adab dalam menyewa rumah orang lain, jaga kediaman yang disewa dengan sebaiknya, jangan rosakkan perkakas rumah apatah lagi menjual perabot yang disediakan oleh pemilik rumah tanpa keizinan.

Penyewa Jual Set Meja Makan Tanpa Izin

Menerusi perkongsian di Tiktok SheisAnggun, wanita ini meluahkan rasa kesal kerana penyewa menjual set meja makan sedia ada milik tuan rumah dan membeli set meja makan lain dengan alasan inginkan dekorasi rumah yang berkonsep minimalist. Malah ia dilakukan tanpa pengetahuan tuan rumah sendiri.Malah turut memberi alasan ‘terlupa’ untuk bagitahu.

Tuan Rumah Kesal, Penyewa Jual Set Meja Makan Sebab Nak Tukar Konsep Minimalist Tuan Rumah Kesal, Penyewa Jual Set Meja Makan Sebab Nak Tukar Konsep Minimalist Tuan Rumah Kesal, Penyewa Jual Set Meja Makan Sebab Nak Tukar Konsep Minimalist Tuan Rumah Kesal, Penyewa Jual Set Meja Makan Sebab Nak Tukar Konsep Minimalist

Wanita ini berasa cukup terkilan, apatah lagi set meja makan yang dibeli sebelum ini berharga lebih RM1,000++, namun penyewa menjelaskan hanya dapat menjual set meja makan tersebut pada harga RM300.

Ads

Bukan itu sahaja, penyewa juga memberi alasan, inginkan meja makan yang mempunyai kerusi untuk bersandar dan tempat untuk menggantung tuala.

Sebagai penyelesaiannya, pemilik rumah ingin menolak caj deposit penyewa sebanyak RM700 sebagai pengajaran walapun penyewa berharap dapat diskaun RM500.

Mesti Baca: Masalah Penyewa Yang Menyusahkan Pemilik Rumah & Cara Menyelesaikannya
Baca Lagi Di Sini:Penyewa 5 Bulan Tak Bayar Sewa, Pemilik Kediaman Cabut Tingkap, Pintu
Artikel Menarik:Penyewa Sanggup Bayar MAHAL, Bila Rumah Ada 4 Perkara Ini

Ads

IMPIANA: Macam-macam ragam, perangai penyewa ni. Seharusnya, ada pertimbangan yang wajar jangan sesuka hati jual perabot dan barangan milik tuan rumah sesuka hati. Lagi pula kita hanya menumpang menyewa rumah orang, bukan harta tersebut milik kita.

Sumber: SheisAnggun

Ads

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI