
Kalau dapat penyewa yang bermasalah, memang pening kepala tuan rumah dibuatnya.
Tak tahan dengan sikap penyewa yang ‘liat’ membayar sewa, pemilik sebuah rumah di utara Perancis telah menggunakan helah untuk mengusir penyewanya dengan mencabut tingkap dan pintu kediaman tersebut semasa musim sejuk, menurut laporan yang dikeluarkan oleh laman berita Oddity Central semalam.
Pada 20 Disember tahun lalu, beberapa orang pekerja telah tiba di sebuah rumah di Pas-de-Calais dan memulakan proses mencabut tingkap serta pintu rumah tersebut.
Penyewa diberitahu oleh pekerja tersebut bahawa pemilik rumah bermaksud untuk menggantikan tingkap dan pintu dengan yang baru. Namun, setelah pekerja tersebut mencabutnya, mereka meninggalkan tempat kejadian tanpa memasangnya kembali.
Penyewa tersebut menyatakan bahawa akibat tindakan ini, beliau terpaksa menggunakan kadbod untuk menutupi bahagian yang terbuka.
Tindakan ini menyebabkan keluarganya terpaksa menghadapi suhu sejuk dan juga risiko rumah tersebut dipecah masuk.
Ketika dihubungi oleh media setempat, pemilik rumah mengakui bahawa beliau mengambil langkah tersebut sebagai respons terhadap kegagalan penyewa membayar sewa selama lima bulan.
“Pada mulanya, kami telah bersetuju bahawa penyewa bertanggungjawab untuk membayar insurans rumah ini, namun mereka juga gagal memenuhi kewajiban tersebut,” jelasnya.
Persatuan Pemilik Rumah Perancis, apabila dihubungi oleh pemberita, menyatakan pemahaman terhadap motif pemilik rumah tersebut tetapi menegaskan bahawa kaedah yang digunakan itu adalah bertentangan dengan undang-undang.
Mesti Baca: Makeover Dapur Kemas Dan Cantik Guna Meja Lipat
Baca Lagi Di Sini: Untung Beli Rumah Subsale Perumahan Lama Berbanding Kediaman Baru, Ini Sebabnya
Artikel Menarik: Jika Nak Beli Rumah Atau Tanah, ELAK ‘Kategori’ Ini Kerana Ia Berisiko
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Genap Sedekad Bersama Rakyat Malaysia, Foodpanda Tetap Optimis Dengan Cabaran Yang Mendatang

Aplikasi foodpanda Malaysia kini telah meraikan satu lagi kejayaan apabila sudah genap menjangkau 10 tahun beroperasi di pasaran seluruh negara pada tanggal 12 Ogos yang lalu.
Setelah sedekad berlalu, kewujudan aplikasi foodpanda ini nyata telah memberi satu impak positif yang besar serta kegembiraan seluruh rakyat Malaysia.
Mengulas mengenai kejayaan ini, selaku Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das berkata dia amat berbangga dan berbesar hati dengan pencapaian ini.
“Kami berbangga untuk berkongsi bahawa kami adalah platform hasil usaha oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Maka saya amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat meraikan sambutan ulang tahun ke-10 ini.
“Pencapaian yang luar biasa ini pastinya tidak dapat dikecapi tanpa sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada para pelanggan, rakan penghantaran dan vendor,” katanya.
Foto sumber Berita Harian Online
Tambahnya lagi, foodpanda akan tetap kekal optimis untuk memberikan yang terbaik kepada para penghantar, peniaga dan pelanggan setianya di masa akan datang.
“Tidak dapat dinafikan industri in telah berkembang dengan pesat sejak 10 tahun lalu dan akan terus maju ke hadapan. Kami telah membina teknologi sendiri selama bertahun-tahun untuk mencipta peralatan dengan menyediakan platform yang inklusif untuk para penghantar, peniaga dan pelanggan.
“Maka, kami akan terus memainkan peranan penting dalam ruangan q-dagang, mengukuhkan perniagaan tradisional dan berusaha ke arah meningkatkan kemahiran rakan penghantaran.
“Selain itu, kami juga akan tetap optimis dengan pelbagai peluang dan cabaran yang akan datang dan menantikan 10 tahun yang akan datang,” katanya lagi.
Untuk meraikan majlis ini, foodpanda Malaysia telah menganjurkan makan malam di ibu pejabatnya sebagai penghargaan dan berterima kasih kepada semua rakan kongsi di atas sokongan berterusan mereka selama ini.
Selain itu, foodpanda Malaysia juga telah menganjurkan karnival panda paradise bermula 12 hingga 14 Ogos lalu yang berlangsung di tempat letak kereta terbuka Sunway City, Kuala Lumpur.
Sekadar informasi, foodpanda adalah peneraju platform makanan atas talian di Asia yang berazam untuk membawa pelbagai jenis makanan, barangan keperluan dan banyak lagi kepada para pengguna dengan pantas dan mudah.
Dengan kecanggihan teknologi inovasi dan operasi yang cemerlang, foodpanda telah menerajui perkembangan quick-commerce (q-commerce) di seluruh rantau ini dengan kerjasama rakan niaga, termasuk pandamart yang menyediakan perkhidmatan pembelian barangan runcit di atas talian.
Kini, foodpanda sudah beroperasi lebih daripada 300 bandar dalam 11 pasaran di Asia Pasifik antaranya Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar.
foodpanda dimiliki oleh Delivery Hero, peneraju industri penghantaran makanan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: IOI City Mall Bakal Menjadi Pusat Beli-Belah Terbesar Di Malaysia
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Terkena Renjatan Elektrik Ketika Baiki Lampu Meja

Baru-baru ini kisah seorang lelaki terkena renjatan elektrik kerana sedang membaiki lampu meja dengan tidak disangka-sangka. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau, siapa yang menyangka akan perkara sebegini bukan.
Seorang lelaki warga tempatan dipercayai terkena renjatan elektrik ketika membaiki lampu meja di rumahnya di Jalan Badik, Kampung Melayu dekat Kulai, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata mangsa berumur 39 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring kaku oleh isterinya pada 6 pagi.
Katanya pemeriksaan awal menemukan kesan lecur kehitaman di paha kiri mangsa, dipercayai akibat renjatan itu. “Menurut isteri mangsa, suaminya membaiki lampu meja berseorangan sebelum ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang tiba di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Tok, pemeriksaan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tempat kejadian mendapati renjatan elektrik itu berpunca daripada pendawaian dalaman pengguna dan tidak melibatkan pemasangan pihak TNB.
Katanya kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
— BERNAMA
Sumber: Astro Awani
RENJATAN elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh atau terdedah kepada punca elektrik.
Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).
Seseorang yang terkena petir pula boleh ditakrifkan sebagai terkena percikan elektrik berkuasa tinggi dalam masa sangat singkat.
Dari segi fiziknya, kesan percikan petir tidak boleh dibandingkan dengan tenaga elektrik yang dijanakan untuk kegunaan rumah atau industri.
Dari itu, perbincangan mengenai kedua-dua tajuk ini akan ditumpukan kepada kesan dari sudut perubatannya sahaja.
EPIDEMIOLOGY
Statistik di Malaysia:
Tiada perangakaan tepat untuk menghuraikan berapa banyak kecederaan atau kematian yang berlaku di Malaysia setiap tahun.
Banyak cerita berkenaan renjatan elektrik atau panahan petir didedahkan melalui berita-berita akhbar khasnya tentang kemalangan yang berlaku di tempat kerja atau kejadian kejadian kabel elektirk.
Di Amerika syarikat, ditaksirkan seramai 1000 kematian berlaku akibat renjatan elektrik dengan kadar kematian mencecah 3-5%.
PUNCA RENJATAN
Kebanyakan kes yang melibatkan warga dewasa belaku kerana terdedah kepada punca elektrik semasa kerja.
Kemalangan melibatkan remaja pula berlaku atas sifat ingin tahu dan aktiviti berisiko yang mendedahkan remaja ini kepada bahaya renjatan elektrik.
Bayi dan kanak-kanak kecil pula terdedah kepada sumber elektrik di rumah kerana menganggap perkakasan elektrik sebagai mainan atau bahan untuk dimakan (gigitan).
Bahaya renjatan elektrik bergantung kepada faktor berikut:
Arus elektrik (lebih tinggi maka lebih tinggi risiko kematian) Tempoh (lebih lama terkena renjatan, lebih tinggi risiko kematian) Perjalanan arah arus dalam tubuh (jika melalui jantung, risiko kematian sangat tinggi) Voltan (lebih tinggi voltan, lebih rendah rintangan dan lebih tinggi risiko kematian).
GEJALA/TANDA
Seseorang yang terkena renjatan elektrik mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda luaran atau dengan jelas mengalami gejala kecederaan akibat kesan terbakar.
Ada mangsa renjatan yang pengsan/tidak sedarkan diri akibat renjatan pada saraf ataupun jantung (cardiac arrhythmia).
Secara umumnya, kecederaan akibat elektrik terbahagi kepada:
Kecederaan Akibat Bahagian Tubuh Yang Terbakar (Electrical burns wounds)
Bahagian yang terbakar biasanya paling teruk pada tempat yang bersentuh (sumber elektrik dan pembumian).
Selain daripada kecederaan luaran, kontraksi otot boleh berlaku dan mengakibatkan kecederaan pada tengkuk, tulang belakang atau organ dalaman.
Sebarang perubahan bentuk (deformity) mungkin berlaku akibat kepatahan tulang.
Keseriusan kecederaan bahagian tubuh yang terbakar bergantung pada sumber kuasa elektrik.
Kecederaan voltan tinggi (500-1000 volts) mencederakan tubuh badan melalui proses pemanasan dalaman.
Hakikatnya lebih ramai mangsa maut akibat luka terbakar berbanding kesan arus elektrik itu semata-mata.
SERANGAN JANTUNG (Venticular Fibrillation)
Bekalan elektrik AC di rumah-rumah di Malaysia (240 volts) pada kadar 50Hz.
Jika terkena pada kawasan dada, otot-otot jantung boleh menguncup serentak dan berlaku serangan jantung (ventricular fibrillation).
Manakalah untuk arus DC pula, arus sehingga 300 to 500 mA diperlukan.
Serangan jantung jika tidak dirawat serta merta boleh mengakibatkan kematian.
KESAN KEPADA SISTEM SARAF
Arus elektrik menganggu fungsi saraf terutamanya pada otak, jantung dan paru-paru.
Pendedahan kepada arus elektrik pada saraf pula berpotensi menyebabkan kerosakan saraf atau neuropati.
Arus elektrik yang melalui otak boleh menyebabkan mangsa pengsan dan tidak sedarkan diri.
Arus yang melalui jantung pula menyebabkan serangan jantung seperti diterangkan di atas.
Kesan Radiasi Haba Pancaran (Arc-flash Hazards)
Pancaran sinar cahaya (arc flash) yang terhasil daripada renjatan elektrik atau panahan petir adalah pancaran berhaba tinggi.
Pancaran haba ini boleh menyebabkan kebakaran teruk pada bahagian tubuh badan yang terdedah begitu juga pada persekitaran kawasan kulit yang berhampiran.
Kesan Panahan Petir
Panahan petir pula menyebabkan kecederan melalui beberapa cara:
Terkena renjatan elektrik dari petir secara langsung (jarang berlaku).
Melalui renjatan elektrik apabila mangsa tersentuh bahan (pengalir letrik) yang terkena petir (contoh talian telefon di rumah atau besi tempat berlindung dari hujan).
Melalui renjatan elektrik dari bumi tempat berpijak.
Kecederaan akibat kesan sampingan objek-objek berhampiran yang disambar petir.
Kecederaan akibat terpelanting apabila terkena dentuman petir atau kesan dari kesan dentuman (barotrauma).
Majoriti kecederaan berpunca daripada kesan dentuman (barotrauma) kepada persekitaran seperti pada bumi, dahan pokok dan lain-lain objek yang berhampiran.
Kecederaan yang berpunca dari panahan petir secara langsung atau kecederaan akibat kebakaran dalaman jarang berlaku.
Kematian akibat panahan petir berpunca daripada kesan renjatan kepada sistem denyutan jantung atau kerosakan pada sistem saraf.
KOMPLIKASI
Komplikasi kepada kecederaan akibat renjatan elektrik/petir bergantung kepada kecederaan yang dialami seperti yang diterangkan di atas dan dihuraikan di bawah:
Akibat bahagian tubuh yang terbakar:
Kulit – Bergantung kepada keluasan kawasan yang terbakar(body surface area) dan di mana ianya berlaku. (rujuk bahagian perawatan kecederaan akibat kebakaran)
Otot – Kematian sel otot yang teruk perlu dirawat melalui pembedahan membuang tisu-tisu yang mati malah adakalanya amputasi diperlukan.
Organ Dalaman – Bergantung pada bahagian organ yang terbakar. Kecederaan sehingga melibatkan organ dalaman biasanya berakhir dengan kematian kerana melibatakan renjatan bervoltan tinggi.
Jantung – Serangan jantung jika tidak diberi rawatan serta merta biasanya mengakibatkan kematian.
Sistem Saraf – Renjatan elektrik yang menyebabkan kecederaan otak boleh menyebabkan berlakunya kerosakan otak/saraf yang kekal dan mengakibatkan mangsanya mengalami sawan, kelumpuhan, atau perubahan personaliti
RAWATAN
Rawatan Di Rumah
Renjatan elektrik bervoltan rendah dan sekejap masa biasanya tidak menyebabkan sebarang kemudharatan atau hanya luka sedikit yang boleh dirawat di rumah.
Bagi semua renjatan bervoltan tinggi atau kecederaan yang mengakibatkan bahagian tubuh terbakar, rawatan selanjutnya di hospital perlu dilakukan.
Walau bagaimanapun, jika rawatan di rumah ini tidak berhasil, sila dapatkan nasihat lanjut untuk rawatan atau suntikan tetanus jika perlu.
Bagi semua kes ibu hamil yang mendapat renjatan elektrik, mereka perlu mendapat pemeriksaan susulan dan rawatan di hospital.
Rawatan Doktor
Semua kes renjatan bervoltan tinggi (500 volts ke atas) perlu mendapat rawatan di Unit Kecemasan di Hospital
Perkara berikut perlu diberi perhatian:
Sebarang kecederaan atau kesan terbakar pada kulitSejarah pengsan sewaktu terkena renjatanSebarang aduan kekebasan, sesemut, kelumpuhan/kelemahan pada pergerakan, penglihatan, pendegaran atau masalah bertuturSemua kes ibu hamil terutamanya jika 20 minggu keatas
Lain-lain gejala yang serius
Ujian Klinikal
Semasa pemeriksaan dilakukan, keutamaan diberi kepada berlakunya sebarang kecederaan pada organ dalaman, sistem otot/tulang, jantung dan sistem saraf.
Pegawai perubatan akan menjalankan ujian-ujian berikut berdasarkan kepada sejarah insiden yang berlaku dan pemeriksaan fizikal yang dilakukan.
Ujian ECG bagi memeriksa jantungUjian Full Blood Count bagi mengenalpasti kepekatan darah (jika berlaku perdarahan atau kemungkinan jangkitan) Ujian air kencing UFEME bagi melihat kehadiran enzim otot (myoglobinuria) bagi kecederaan otot yang serius.
Ujian X-ray sekiranya diperlukan bagi melihat sebarang kemungkinan berlakunya kepatahan semasa terkena renjatan.
CT scan jika diperlukan apabila kecederaan kepala berlaku atau mangsa renjatan separa sedar
Rawatan Kecemasan Semasa Mangsa Terkena Renjatan
Padamkan bekalan alat elektrik atau jika perlu, bekalan elektrik pada suis utama di rumah atau di tempat kerja.
Mematikan alat elektrik TIDAK memberhentikan arus elektrik.
Dapatkan bantuan kecemasan.
Dial 991 untuk ambulan dan paramedikJika bekalan elektrik tidak dapat dimatikan, gunakan objek bukan pengalir elektrik kering seperti kayu atau alas kaki getah untuk menolak mangsa dari sumber elektrik.
Pastikan berdiri di atas bahan bukan pengalir seperti alas kaki getah.
JANGAN sama sekali cuba menyelamatkan mangsa jika insiden ini berlaku di kawasan bervoltan tinggi.
Setelah dipisahkan dari punca elektrik, periksa mangsa untuk pernafasan dan denyutan jantung.
Jika tiada, lakukan CPR.
Jika mangsa mengalami luka terbakar, tanggalkan pakaian dan jiruskan dengan air mengalir sederhana sejuk hingga kesakitan hilang.
Beri rawatan kecemasan sepertimana biasa kepada luka terbakar.
Tunggu di sisi mangsa sehinggalah bantuan tiba.
Sekiranya mangsa mengalami trauma akibat terpelanting dari kawasan renjatan elektrik, pastikan tengkuk tidak digerakkan jika dikhuatiri berlaku kecederaan pada saraf tunjang.
Berikan rawatan kecemasan kepada kecederaan luka atau kepatahan yang berlaku seperti biasa.
JANGAN LAKUKAN INI
Menghampiri mangsa yang terkena renjatan bervoltan tinggi sehinggalah suis dimatikan sepenuhnya atau ada risiko letupan berlaku.
Menyapu ais, mentega, minyak atau sebarang dressing melekat pada luka terbakar.
Jangan buangkan kulit yang mati atau memecahkan lepuh pada kulit. Jangan sentuh kulit seseorang yang sedang terkena renjatan elektrik.
RAWATAN PERUBATAN SETERUSNYA
Rawatan diberi bergantung kepada keterukan kecederaan akibat terbakar (burns wound) dan jika berlaku kecederaan-kecederaan sampingan.
KECEDERAAN AKIBAT TERBAKAR (burns wound)
Minor: Rawatan krim antibiotik dandressing. Kecederaan lebih teruk mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tisu-tisu mati atau bagi tujuan skin grafting.
Kecederaan serius pada lengan, kaki atau tangan ada kalanya memerlukan pembedahan untuk membuang otot-otot yang terbakar sehinggalah kepada amputasi sekiranya diperlukanLain-lain kecederaan yang memerlukan perhatianKecederaan mata memerlukan pemeriksaan dan rawatan oleh doktor mataKepatahan memerlukan rujukan kepada doktor otopedik bagi tujuan rawatan seterusnya (splinting, casting atau pembedahan).
Kecederaan organ dalaman memerlukan pemerhatian dalam wad atau pembedahan jika diperlukan.
PENCEGAHAN
Langkah-langkah pencegahan daripada terkena renjatan elektrik bergantung kepada usia.
KANAK-KANAK DI BAWAH 12 TAHUN
Kebanyakan renjatan berlaku kerana kerosakan pada alat atau kabel elektirk. Pastikan alat-alat elektrik dan kabel elektrik dipantau untuk sebarang kerosakan dan jika perlu dibaiki atau digantikan.
Jangan benarkan kanak-kanak bermain dengan kabel dan soket elektrikHadkan penggunaan soket tambahan mengikut sukatan (diukur dalam amps) yang disyorkan oleh peralatan elektrik tersebut Perbaharui kabel lama atau soket yang tiada pembumian kepada sistem terkini (grounded 3 pronged system).
Elakkan penyambungan elektrik berdekatan kawasan basah (sinki, bilik mandi) atau dapatkan nasihat professional jika penyambungan di kawasan sebegini diperlukan.
KANAK-KANAK 12 TAHUN DAN KEATAS
Kebanyakan kecederaan berlaku akibat perbuatan berisiko dan ingin tahu kumpulan remaja.
Kejadian melibatkan remaja berlaku apabila mereka menceroboh masuk sistem janakuasa bervoltan tinggi TNB atau di landasan tren elektrik berkuasa tinggi.
Pendedahan kepada bahaya kepada perbuatan ini perlu diterangkan kepada golongan remaja di rumah ataupun di sekolah.
WARGA DEWASA
Selalulah berhati-hati dalam mengelakkan kecederaan terkena renjatan semasa berurusan dengan peralatan elektrik. Pastikan suis dimatikan sebelum melakukan sebarang aktiviti dengan sistem elektrik.
Jika tidak pasti, libatkan professional dalam sebarang sambungan di rumah. Elakkan penggunaan peralatan elektrik berhampiran kawasan basah dan jangan berdiri di kawasan berair semasa mengendalikan peralatan elektrik.
Hentikan sebarang aktiviti luar rumah ketika ribut petir. Cari perlindungan di dalam bangunan atau jika terpaksa berlindung di luar, elakkan berada di bawah pokok atau berhampiran objek besi.
Besi itu sendiri bukan satu tarikan kepada petir, tetapi ia berupaya mengalirkan arus elektrik kepada mangsa yang bersentuh dengannya.
REHABILITASI
Pemulihan daripada renjatan elektrik bergantung kepada jenis dan keterukan kecederaan yang dialami. Bagi mereka yang mengalami kecederaan pada bahagian kulit yang terbakar (superficial burns wounds), kepulihan bergantung kepada peratusan tubuh yang terbakar (body surface area) dan tahap intensitinya.
Mereka yang tiada sebarang kecederaan teruk pada bahagian yang terdedah atau terkena renjatan elektrik, pesakit akan pulih seperti biasa tanpa masalah dan tidak memerlukan rehabilitasi.
Harus diingati bahawa jangkitan kuman pada luka terbakar akibat renjatan elektrik adalah punca utama kematian bagi mangsa yang sempat dimasukkan ke hospital.
Kecederaan pada otak baik kesan langsung daripada renjatan atau kerana terjatuh atau terhantuk yang serius boleh menyebabkan kecederaan kekal pada otak yang mengakibatkan sawan, lumpuh atau perubahan personaliti.
Kecederaan akibat kepatahan tulang kerana terjatuh, terhumban dan sebagainya, dirawat seperti mana dijelaskan di bawah tajuk rehabilitasi kepatahan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Banglo Yang Dikatakan ‘Berhantu’, Akhirnya Telah Berjaya Dilelong Dengan Harga RM4.4 Juta!

Bagi anda yang menetap di sekitar kawasan perumahan Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya sudah pasti mengetahui dengan kewujudan sebuah rumah banglo besar yang sudah lama tidak berpenghuni terletak di atas bukit kawasan perumahan tersebut.
Pelbagai spekulasi cerita dari orang ramai mengenai rumah banglo tersebut sehingga ada yang mendakwa rumah tersebut ‘berhantu’ dan sangat menyeramkan.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengatakan rumah banglo yang tertera tulisan SG pada pintu pagar utama kediaman tersebut sering berlaku pelbagai kejadian mistik yang menakutkan.
Kini, akhirnya rumah banglo tersebut difahamkan telah berjaya dijual dengan harga lelongan sebanyak RM4,400,000 pada Selasa.
Meski kediaman tampak besar sehingga ada yang beranggapan ia sebagai sebuah rumah banglo, tetapi sebenarnya kediaman ini jenis rumah 2 tingkat berkembar.
Dengan nilai harga lelongan yang dijual, kediaman ini boleh dikatakan sebagai sangat murah dengan nilainya. Kerana lokasi kediaman ini strategik dan sangat berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Sejauh mana kebenaran cerita mengenai kediaman ini yang dikatakan ‘berhantu’ dan sering berlakunya pelbagai kejadian mistik, sehingga kini belum diketahui kebenarannya dan masih menjadi misteri kan?
Sumber: Facebook Muhammad Ishaq
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Sudah Bosan Dengan Tempat Peranginan Yang Biasa? Apa Kata Cuba Resort Tasik Kebun Di Serendah, Sangat Menarik!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI