Kebakaran hutan yang melumpuhkan Los Angeles sejak 6 Januari lalu dianggap antara bencana paling buruk dalam sejarah. Lebih 12,000 hektar kawasan musnah, memaksa ribuan penduduk berpindah bagi mengelak ancaman api yang marak dan sukar dikawal.
Namun, ajaibnya sebuah rumah agam di Malibu bernilai hampir AS$9 juta (RM40.5 juta) terselamat daripada kemusnahan api ini, lapor New York Post.
Menurut pemilik rumah agam tersebut, David Steiner, 64, dia terkejut melihat rumahnya masih utuh walaupun selepas api memusnahkan seluruh kediaman di kejiranannya.
“Ia satu keajaiban yang tidak pernah hilang,” kata bekas eksekutif syarikat pengurusan sisa.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, dia menyangka kediaman tiga tingkat yang kosong ketika kebakaran itu berlaku, musnah apabila seorang kontraktor tempatan menghantar kepadanya rakaman video menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi banglo dan rumah jirannya, minggu lalu.
Ads
Bahan binaan kalis api punca tak terbakar
David percaya pembinaan yang sangat kukuh menyelamatkan rumahnya daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan itu.
“Ia diperbuat menggunakan stucco (plaster berkualiti tinggi) dan batu dengan bumbungnya kalis api,” katanya.
Menurutnya, rumah itu juga mempunyai cerucuk sedalam 50 kaki ke dalam batuan dasar untuk memastikan kestabilan apabila ombak kuat menghempas tambak laut.
Ads
“Sejujurnya, saya tidak pernah menyangka dalam sejuta tahun, kebakaran hutan akan merebak sehingga ke Lebuh Raya Pantai Pasifik.
“Saya fikir, jika ada gempa bumi, ini adalah perkara terakhir yang akan musnah. Saya tidak menyangka jika berlaku kebakaran, ini akan menjadi perkara terakhir yang akan musnah,” katanya mengenai rumah seluas 4,200 kaki persegi itu dengan empat bilik tidur yang dibelinya daripada seorang penerbit.
“Reka bentuknya agak cantik. Tapi stucco dan bumbung kalis api itu sangat bagus,” kata Steiner.
Ads
Info Bahan Binaan Stucco
Stucco, atau plaster berkualiti tinggi, merupakan bahan binaan popular untuk luaran rumah yang banyak digunakan kerana beberapa kelebihannya:
Ketahanan: Stucco sangat tahan lama dan mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca, dari panas terik hingga hujan lebat. Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk iklim yang pelbagai.
Estetika: Stucco menyediakan penampilan yang rata dan seragam, boleh dicat dalam pelbagai warna dan boleh dibentuk ke dalam berbagai tekstur, dari yang halus hingga kasar, memberi keunikan pada bangunan.
Insulasi Termal: Stucco bertindak sebagai penebat yang baik, membantu mengekalkan suhu dalam rumah agar lebih sejuk di musim panas dan lebih hangat di musim sejuk, yang dapat mengurangkan kos penggunaan tenaga.
Penyerapan Bunyi: Stucco juga memiliki sifat penyerapan bunyi yang cemerlang, menjadikan rumah lebih senyap dan tenang, terutamanya di kawasan yang bising.
Pemasangan yang Mudah: Walaupun memerlukan kemahiran tertentu dalam pemasangannya, prosesnya secara amnya adalah cepat dan stucco mengering dengan cepat, membolehkan proses pembinaan berjalan lancar.
Kos Efektif: Dibandingkan dengan bahan luaran lain seperti batu atau bata, stucco dianggap lebih berkos efektif, terutama kerana jangka hayat yang panjang dan keperluan penyelenggaraan yang minimal.
Rintangan Api: Stucco mempunyai rating rintangan api yang tinggi, yang menjadikannya pilihan yang aman dalam hal keselamatan.
IMPIANA : Mungkin selepas ini pemilik kediaman boleh mempertimbangkan bahan binaan kalis api ini sebelum membina rumah.
Tip dekorasi ruang solat di rumah, selesa dan tenang. Mewujudkan ruang solat atau surau di rumah adalah langkah yang sangat baik untuk memudahkan keluarga beribadah dalam persekitaran yang peribadi dan selesa.
Bukan itu sahaja, dengan adanya ruang solat sendiri rumah, anda dan keluarga boleh beriabadah dengan tenang tanpa gangguan malah ia juga boleh digunakan oleh seisi keluarga untuk belajar mengaji dan memplejari ilmu agama bersama-sama. Ruang solat anda juga akan kekal bersih daripada sebarang kotoran.
1. Pilihan Warna Tenang
Gunakan warna yang menenangkan seperti hijau daun, biru lembut atau krim untuk cat dinding atau perabot. Warna-warna ini membantu mewujudkan suasana yang damai dan fokus.
2. Pencahayaan
Pastikan ruang solat mempunyai pencahayaan yang mencukupi, tetapi tidak terlalu terang atau terlalu malap. Lampu dengan cahaya lembut atau lampu dinding yang boleh dilaraskan dalam keamatan boleh menjadi pilihan yang baik.
3. Letak Karpet atau Sejadah
Sediakan karpet atau sejadah yang selesa untuk solat. Pilih bahan yang lembut dan mudah dibersihkan. Anda juga boleh memilih sejadah dengan motif atau warna yang sesuai dengan estetika ruang solat.
4. Susun Atur Mudah dan Tertib
Pastikan ruang solat mempunyai susun atur yang bersih dan teratur. Elakkan daripada meletakkan barang atau hiasan yang berlebihan di dalam ruang. Ruang yang ringkas dan minimalis akan membantu anda fokus semasa beribadat.
Laraskan hiasan bilik solat mengikut keperluan untuk beribadah. Contohnya, tambah tempat menyimpan Al-Qur’an atau peralatan ibadah lain secara tersusun dan mudah dicapai.
5. Tambah Tumbuhan Hijau
Tumbuhan hijau di surau dapat menambahkan kesegaran dan rasa semula jadi. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga dan sesuai ditanam di dalam rumah dengan pencahayaan yang terhad.
6. Hiasan Dinding
Pasang hiasan dinding yang bermakna seperti kaligrafi Islam, ayat al-Quran, atau gambar semula jadi yang tenang. Ini bukan sahaja menambah estetika, tetapi juga menerapkan nilai-nilai rohani dan Islamik.
25 Oktober 2018- Ford Motor Company dan rakan penegar rasmi tempatannya iaitu Sime Darby Auto Connexion Hari ini melancarkan Ford Ranger baharu yang merupakan sebuah trak pikap lebih mantap menerusi rangkaian model dengan teknologi, ciri keselamatan dan kemudahan yang terkini pada kelasnya. Ranger baharu ‘Built Ford Though’ ini dibina dengan keupayaan mengharung laluan lasak yang sememangnya dapat memenuhi keperluan tugas dan gaya buat mereka yang aktif dan sukakan aktiviti mencabar.
Melibatkan 9 varian berbeza iaitu Varian XL, XLT, XLT+,Wildtrak dan yang paling ditunggu-tunggu Ranger Raptor yang akan di lancarkan pada acara kuala Lumpur International Motor Show 2018, November depan. Dengan pelbagai ciri terkini dan rangkaian kuasa generasi baru , ia mampu menawarkan menjadi tarikan utama kepada pengguna di pasaran” kata Pengarah Urusan pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Comapny, Truong Kim Phong.
Rangkaian Kuasa Termaju untuk Prestasi Terbaik, Teknologi Canggih
Ford Ranger menawarkan tiga rangkaian kuasa diesel untuk lebih versatil dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Enjin ini termasuklah 2.0L Single-Turbo dan 2.0L Bi-Turbo, selain enjin Duratorq 2.2L. Enjin diesel generasi baru Ford menggunakan material-material termaju dengan binaan yang sofistikated. Kompak, ringan, berkuasa dan efisien, enjin ini tampil dengan ciri suntikan terus bahan api rel sepunya, satu pancarongga pengambilan dan pacuan talisawat-dalam-minyak utama.
Enjin diesel 2.0L Bi-Turbo generasi baharu dipasang secara eksklusif pada varian Wildtrak 4×4 dan dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan untuk menawarkan kuasa tork, fleksibiliti, senyap dan pemanduan yang lebih selesa. Enjin 2.0L Bi-Turbo memanfaatkan pengecasan turbo secara berjujukan untuk menawarkan respon lebih baik, pemanduan dan kecekapan yang maksimum. Sepasang pengecas turbo digunakan untuk prestasi dan kecekapan maksimum. Pengecas turbo geometri boleh ubah diaplikasikan untuk menawarkan maklum balas pendikit yang lebih baik dan menghapuskan jeda dengan cara mengili dengan pantas pada kelajuan rendah. Unit kedua ialah pengecas turbo geometri tetap dengan kapasiti laluan lebih tinggi untuk menjana kuasa dan prestasi maksimum.
Dengan kuasa tork 500Nm dari serendah 1,750rpm, enjin Bi-Turbo menawarkan julat tork yang lebih baik menerusi kotak gear 10-kelajuan nisbah pendek. Ia mengurangkan jurang kuasa dan pecutan untuk membuatkan usaha mendaki laluan bukit yang curam dan licin dengan lebih mudah. Model Wildtrak yang didatangkan dengan pilihan enjin baharu tetap mampu menawarkan keupayaan mengangkut beban dan menunda sehingga 3,500kg yang terbaik dalam kelasnya.
Enjin turbo tunggal 2.0L boleh didapati pada varian Wildtrak 4×2 dan Ranger XLT+ baharu. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan termaju Ford untuk menawarkan kuasa 180PS dan tork 420Nm yang mengagumkan. Varian XL dan XLT menggunakan enjin turbodiesel 2.2L yang menawarkan kuasa 160PS/385Nm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi manual dan automatik enam kelajuan.
Lebih Lasak, Pintar
Ciri Bantuan Pra Pelanggaran Ford yang menggunakan Sistem Brek Kecemasan Autonomi Inter Urban (AutonomousEmergencyBraking) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki ada dipasang pada Ranger baharu. Sistem yang direka untuk mengesan pejalan kaki dan kenderaan serta memastikan Ranger berhenti sepenuhnya demi membantu mengelak pelanggaran dari arah belakang dan pejalan kaki. Sistem ini berfungsi pada kelajuan 3.6km/j ke atas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan Untuk Cantik Semata, Rupa-Rupanya Ini Fungsi Pam Tandas 2 Butang! Mangkuk tandas dengan dua butang pam semakin popular di kalangan pengguna tandas di Malaysia dan negara-negara lain. Ini bukanlah sekadar trend reka bentuk, tetapi sebenarnya ada alasan yang praktikal dan persekitaran di sebalik penggunaan dua butang pam ini.
Di banyak negara, termasuk Malaysia, sistem tandas tradisional yang hanya mempunyai satu butang pam sering kali menyebabkan pembaziran air kerana ia membuang jumlah air yang sama untuk setiap jenis pembuangan, sama ada kecil atau besar. Sistem ini tidak membenarkan penyesuaian berdasarkan keperluan sebenar, yang akhirnya menyumbang kepada penggunaan air yang tidak efisien.
IMPIANA akan jelaskan fungsi dan kelebihan sistem dua butang pam pada mangkuk tandas:
1. Konsep Dwi-Fungsi
Mangkuk tandas dengan dua butang pam memperkenalkan konsep dwi-fungsi yang membolehkan pengguna memilih antara dua jumlah air yang berbeza bergantung kepada keperluan mereka.
Sistem dua butang pam direka untuk mengoptimumkan penggunaan air dalam tandas:
Butang Kecil: Butang ini digunakan untuk mengeluarkan jumlah air yang lebih kecil (3 liter). Ia sesuai untuk membasuh air kencing atau ketika hanya memerlukan sedikit air. Butang Besar: Butang ini digunakan untuk mengeluarkan jumlah air yang lebih besar (6 liter). Ia biasanya digunakan untuk membasuh air besar.
Penggunaan dua butang ini membolehkan pengguna memilih jumlah air yang diperlukan, dengan itu mengelakkan pembaziran air.
2. Kelebihan Penjimatan Air
Penggunaan air adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan sumber semula jadi. Dengan adanya sistem dua butang pam, pengguna dapat mengurangkan penggunaan air secara signifikan. Ini amat penting di kawasan yang menghadapi masalah kekurangan air atau untuk mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari. Penggunaan sistem ini juga selaras dengan amalan pengurusan sumber alam yang lebih baik, membantu menjaga kelestarian alam.
3. Reka Bentuk dan Keselesaan Pengguna
Selain daripada aspek penjimatan air, sistem dua butang pam juga menawarkan kemudahan kepada pengguna. Dengan memudahkan pemilihan jumlah air yang diperlukan, pengguna tidak perlu lagi risau tentang menggunakan terlalu banyak atau terlalu sedikit air. Sistem ini juga sering diintegrasikan dengan reka bentuk moden, menjadikannya lebih estetik dan mudah digunakan.
Semoga bermanfaat!
IMPIANA: Jangan sesekali tekan kedua-dua butang serentak kerana pam tandas akan cepat rosak, di samping berlaku pembaziran air.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.