
Anak-anak sememangnya perlu di galakkan membaca. Namun adakala pening juga kita hendak menyusun segala koleksi buku yang ada. Jadi apa kata kita curi ruang untuk membentuk mini perpustakaan yang menarik bagi anak-anak ini membaca dan menjadikan ia sebagai sebahagian daripada budaya hidup mereka. Ruang yang kecil boleh dijadikan sudut bacaan yang menarik dan rapi. Bahkan anda tidak perlu membeli banyak kabinet membaca hanya sekadar untuk menggalakkan anak anda mengamalkan sikap membaca. Simple-simple je di IMPIANA
RUANG KECIL DAN COMEL BUAT KANAK-KANAK PRA SEKOLAH
SUDUT MEMBACA BERSAMA YANG MENARIK
CURI SUDUT KECIL DI BELAKANG KATIL, IDEA YANG MENARIK
SUDUT KAMAR PUN NAMPAK MENARIK ..
RINGKAS DAN MENARIK LENGKAP DENGAN BANTAL DAN TILAM
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
BILA WARNA CINTA DAN KASIH MEMBELAI KAMAR

Kasih dan sayang, dua rencah yang salin mendukung. Menuai kasih dan sayang umpama bayangan keindahan syurga di dalam imaginasi kita. Rasa itu bukan sebarangan dan warnanya juga bukan mudah kita zahirkan. Namun pereka sedaya mampu bermain dengan imaginasi dan gerak hati , rasa dan pengalaman yang telah lalu untuk meluahkan apakah yang dinamakan romantisme. Sentuhan yang memberi kesan mendalam di jiwa dan rasa yang menjadi bekalan dalam ingatan sehingga ke akhir hayat.
Suasana syahdu, hening, senang dalam kebahagiaan dizahirkan dengan rona pastel. Lembut membelai dan umpama suara yang berbisik lembut melagukan kata cinta di telinga. Rona pastel mempunyai kekuatan tersendiri. Ia lebih indah jika sinar semula jadi yang tersimbah di jendela, kita tapis dengan fabrik telus pandang seperti sheer curtain. Selaras dengan ronanya yang lembut, cahaya yang menghidupkan serinya juga perlu lembut membelai. Selalunya dalam menata hias ruang agar sedap mata memandang, teknik suai padan harmoni dipraktikkan. Padanan kontra hanya menjadikan suasana nampak lebih aggresif, lasak dan lincah.
Uniknya di sini, padanan kontra rona pastel sesama pastel menjadikan suasana ruang kamar tentunya lebih indah dan menarik sekali bak sebuah pesta. Bahkan menyerlahkan kreativiti pereka dan memberi kelainan yang tidak pernah kita sangka biar pun ia sangat kontra. Umpama satu keajaiban dalam dunia warna yang membangktikan kesyahduan. Cukup dua atau tiga warna, ruang mampu berubah rupa dalam sekelip mata. Pilihan terbaik untuk kamar beradu yang kini merupakan ruang privasi bagi tuan rumah melepaskan lelah, berehat atau menyendiri serta beribadat. Pilihan terbaik untuk mahasiswa, warga emas dan si anak kecil. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ungu yang unggul

Ungu, warna seksi dan misteri. Bukan ramai di kalangan kita yang berani menggunakan warna ungu kepada ruang kediaman. Mungkin dirasakan terlalu dramatik dan payah untuk dipadankan dengan wanra lain. Tetapi ada juga konsep yang menggunakan banyak rona seumpama ini. Ia bukan sahaja nampak eksotik tetapi cukup berani dan menyerlahkan perbezaan pandangan mereka terhadap warna. Apakah kehebatan rona ini sehingga ia dilihat sebagai satu godaan yang telah menjadi identiti kepada seseparuh konsep?
Jika dilihat ungu selalunya menjadi rona pilihan konsep maharani dan timur tengah. Dunia mewah dengan aksesori berkilauan, seni bia megah dan kilauan kristal yang bergemerlapan menjadikan ia sebagai satu pilihan warna mewah. Bahkan rangkaian warnanya juga begitu luas. Dari ungu biji kundang sehingga membawa ke ungu belerang ke ungu kebiruan. Manakala sebuah lagi pilihan adalah ungu sejati ke arah ungu ke merah jambu dan kemerahan.
Pertembungan antara dua warna juga antara sebab ia boleh dipecahkan kepada beberapa rangkaian biasan. Dari ungu pucat, ke krim , ke ungu warm, ke ungu gelap anda sendiri rambang mata melihat pilihan dalam 2 , 3 cabang karakter warna ini. Uniknya mood ungu ini juga bagaikan berubah-ubah berdasarkan ruang . Ruang tamu menyerlahkan suasana mewah dan eksotik. Kamar beradu pula menyatakan suasana romantis dan ruang makan menyuarakan gaya elegan , warm serta rileks.
Tidak hairan jika pereka suka bermain ilham dengan karakter ungu.
Nilai maskulin selalunya dilihat pada ungu gelap yang lebih padu, elemen seksi menggoda yang lebih banyak elemen merah atau merah jambu. Manakala imej moden yang mempunyai biasan kebiruan atau biru belerang dan yang romantis lebih kepada ungu samar. Keindahannya luar biasa jika dipadankan dengan emas. Manakala ungu boleh berubah menjadi rona moden bila diganding dengan perak. Manakala nampak sweet dengan aksesori putih. Juga dilihat mewah dengan aksesori hitam atau pun kayu gelap. Simple-simple je di IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
6 Cara Kreatif Kegunaan Papan Hitam Dan Kapur Di Rumah

Penggunaan papan hitam serta kapur putih di sekolah mungkin sudah lapuk tetapi jika kombinasi ini diaplikasikan dalam dekorasi rumah pasti ianya memberi manfaat yang besar kepada seluruh ahli keluarga.
Ilham dekorasi papan hitam dan kapur ini boleh dimanfaatkan oleh ibubapa serta anak kerana si ibu boleh mencatat perkara utama untuk dilakukan dalam sehari seperti tugasan mengemas rumah, pembelian barang dapur manakala bapa pula boleh mencatat segala bil-bil yang tertangguh dan si anak boleh mengekspresikan cetusan idea mereka di dinding yang spesifik untuk mereka.
Untuk merealisasikan idea ini, anda boleh mendapatkan cat papan kapur (bukan cat kapur) di mana-mana outlet barangan perkakas rumah yang berhampiran.
Antara ruangan yang strategik untuk anda tepek cat papan kapur ini adalah seperti di ruangan dapur, bilik tidur anak dan ruang tamu.
Di dapur, selain daripada menyenaraikan segala barangan keperluan yang akan dibeli, anda juga boleh menetapkan tempat meletak peralatan memasak yang sepatutnya kerana dengan ini, anda tidak lagi tersalah letak kuali serta sudip.
Di ruang tamu pula, cat ini berfungsi sebagai salah satu cara untuk kita meninggalkan mesej kepada ahli keluarga yang lain selepas anda keluar dari rumah seperti tugasan membersihkan rumah, keluarkan makanan sejuk beku dari peti ais dan sebagainya. Malah anda juga boleh lebih kreatif dengan menjadikan papan kapur ini sebagai buku menu famili anda untuk seminggu. Setiap ahli keluarga bolehlah menulis menu yang diingini agar semua ahli keluarga diberi notis awal hidangan makan malam.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI