Dekorasi farmhouse adalah gaya hiasan dalaman yang terinspirasi daripada reka bentuk dan suasana rumah-rumah lama di ladang atau kawasan desa.
Sebagaimana perkongsian facebook yang dikenali sebagai Celagi Kotej meraih perhatian ramai. Ramai yang memuji deko dan susun atur rumahnya yang kelihatan aesthetic dengan tema putih. Malah ada yang mengimpikan memiliki rumah sebegini.
Ruang dapur, ruang tamu dan makan begitu kemas susun aturnya. Seimbang cara susunannya.
Lihat cara wanita cantik ini menghias rumahnya. Sangat hebat! Nak tahu cara susunanya ikuti lanjut caranya dekorasinya.
Bahagian hadapan rumah
Ads
Ruang tamu dengan tema putih dan hitam dengan pencahayaan yang sempurna.
Ads
Rak perkakasan memasak di susun dengan teratur.
Apa yang pasti, gabungan warna dalam rumah ini memberikan pandangan visual yang sangat cantik dan menenangkan.
Selain memiliki empayar perniagaan kukuh di Malaysia, antara usahawan berjaya Malaysia, Dato’ Azril Mohd Radzi rupa-rupanya makin rancak menceburi bidang hartanah.
Dato’ Azril mendedahkan dia bakal menerima kunci rumah di Maida Vale di London dan berada di sana selama sebulan. Teruja berkongsi khabar gembira itu, bapa kepada dua anak ini memuat naik gambar dirinya di hadapan sebuah kediaman di sana pada hujung Mac lalu.
Ujarnya, “Alhamdulillah satu lagi investment saya untuk anak-anak nanti kalau nak sambung belajar di UK. Rumah ni dah lama saya beli dan baru sempat ambil kunci baru ni.
Setelah sebulan berada di London, akhirnya rumah ni sempat saya siapkan interiornya. Lepas ni kalau nak ke Europe, inshaAllah rumah ni akan jadi transit untuk kami sekeluarga.
Rumah ni saya berikan nama The Estate London sebab seiring dengan series hartanah-hartanah lain yang saya buat ‘short term rental’.
The Estate London terletak di West London dan mampu memuatkan sehingga 10 orang tetamu pada satu masa.”
Bercerita lanjut mengenai rumah tersebut, Dato’ Azril menambah, “Rumah ini didatangkan dengan 4 bilik dan ‘walking distance’ ke Portobello Market, Queen’s Park, Maida Hill, Nothing Hill dan Little Venice.
Berdekatan dengan masjid hanya 20 meter dan banyak restoran halal sekitar Harrow Road jarak kurang 100 meter dan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan uber.
Rumah ini juga berhampiran tube station Queen’s Park & Westbourne Park, penginap boleh ke sentral London dengan menaiki underground hanya beberapa minit.
Doakan series The Estate saya, The Estate Hulu Rening dan The Estate Batang Kali inshaAllah hujung nanti The Estate Batang Kali akan beroperasi dan tahun depan The Estate Setiu, depan Pantai Penarik di Kampung Mangkuk Terengganu pula akan beroperasi.”
Alhamdulillah, tumpang bangga dengan pencapaian Dato’ Azril.
Lebih bermakna, isteri tercinta juga kini hamil anak ketiga! Beberapa hari sebelum menyambut Syawal, Dato’ Azril berkesempatan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah.
Mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu, Datuk Azril dan Datin Balqish dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sarra Ayesha dan Umar Mateen yang masing-masing berusia lima dan empat tahun.
“A house that make you feel at home”. Definisi rumah bagi pemilik kediaman ini. Begitulah seharusnya pengertian bagi sesebuah kediaman, mampu membuatkan penghuninya rasa tenang dan bahagia apabila berada di rumah sendiri.
Saat pertama kali IMPIANA melihat dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Puan Roszita Md Khairi ini laman media sosialnya, hati sudah terpesona. Memang cukup indah dan mendamaikan konsep dekorasi yang dipilih baik di dalam rumah mahupun di laman.
Sungguh pemilik mempunyai citarasa yang tersendiri dalam menghias rumah banglo berkeluasan 3,200 kaki persegi yang terletak di Johor ini. Malah walaupun tanpa latarbelakang dalam bidang hiasan dalaman, setiap cetusan idea dekorasi rumah hanyalah daripada kreativiti pemilik sendiri dan gandingan hebat suami yang handal bertukang. Hasilnya, memang cukup sempurna.
Bagi pemilik, ruang balkoni dibina tidak begitu besar bertepatan dengan rumah berkonsep ala ‘Mediterranean Style’. Malah konsep dekorasi juga mengikut citarasa sendiri asalkan sedap mata memandang. Malah menggandingkan konsep baru dan lama untuk dekorasi rumah.
“Rumah kami ni boleh dikatakan ala Mediterranean style. Jadinya balkoni kami tak seluas balkoni rumah-rumah di Malaysia,”
“Mempunyai konsep deko yang sedap di mata saya memandang. Saya follow trend tapi tidak sampai terlampau mengikut sangat. Nak kata “old school” saya ni boleh lah jugak. Saya suka mix old and new but definately no for modern concept,” ujarnya.
Spesifikasi ruang kediaman ini mempunyai 6 bilik, 6 bilik air, ruang laundry, pantry dan 1 ruang dapur. Perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk membuat ‘outdoor kitchen’ untuk kegunaan apabila berkumpul seisi keluarga.
“Saya hanya ada 1 kitchen sahaja sebab dulu fikirkan membazir ada dry kitchen. Buat cantik-cantik tapi tak guna. Cuma sekarang plan nak buat outdoor kitchen untuk family buat BBQ atau steamboat. Tapi ini perancangan projek akan datang. Perlahan-lahan kami buat, sebab kami buat sendiri. Saya design dan suami yang bertukang,” ujarnya.
Tahniah buat pemilik sekeluarga yang berjaya menjadikan “A House That Make You Feel At Home”. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain dalam mendekorasi rumah sendiri.
Nama Pemilik:Roszita Md Khairi & Azman Jamaludin Jenis Kediaman: Banglo 2 Tingkat Usia Kediaman: 5 Tahun Lokasi: Johor Keluasan Kediaman: 3200 kaki persegi Spesifikasi Ruang: 6 bilik + 6 bilik air dan 1 dapur Konsep: Mediterranean Style
Sedap mata memandang dan cantik dekorasi rumah yang dihias sendiri oleh Dya Zakira dan suami. Cukup minimalis, kemas dan teratur susun atur perabut dan sesuai dengan keluasan rumah. Begitu juga dengan pemilihan warna dan aksesori kediaman.
“Alhamdulillah 2024 genap setahun kami huni #rumahkecilku #syurgaku Main deco-deco bersama suami ,suka tengok dalam FB rumah deco cantik-cantik untuk cari idea dekorasi ,jadi tercipta lah deco minimalis rumah kami,”ujar Dya Zakira.
Menariknya, segala dekorasi rumah adalah idea bersama suami isteri, tanpa mengupah mana-mana pereka hiasan dalaman. Namun, pemilik menjadikan dekorasi Pereka Hiasan Dalaman terkenal, Anis Syuhada sebagai sumber inspirasi dan idea mereka suami isteri dalam menghias rumah.
Barang-barang dekorasi dan aksesori rumah pula kebanyakkan dibeli dari Shoppe, IKEA dan SSF.
Dalam menyusun atur dekorasi rumah, pemilik berpendapat jika memiliki keluasan yang kecil, mengurangkan barang-barang yang tidak perlu dan mempunyai kabinet untuk meletak barang-barang kecil seperti kuali, periuk dan sebagainya membuatkan perkakasan dan barangan nampak lebih rapi tersusun.
Pemilik juga mempunyai alasan tersendiri dalam mengekalkan kemasan jubin pada lantai dan memasang SPC pada ruang tertentu di rumah.
“Saya beli rumah ni, ruang tamu luar tiles dah cantik. Itu yang saya pasang SPC di dapur, tangga, bilik tetamu dan bilik anak sahaja. Bagi pendapat saya kalau buat full rumah guna SPC, ruang rumah nampak sedikit sempit berbanding pasang tiles. Mungkin sebab effect kilat tiles,”ujarnya.
IMPIANA: Memang cantik dan kemas dekorasi rumah berkonsep minimalis ini. Walaupun hanya cetusan idea sendiri, suami isteri dan bukan profesional, namun hasilnya tak kurang hebatnya. Semoga menjadi inspirasi buat penggemar konsep sebegini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!