“A house that make you feel at home”. Definisi rumah bagi pemilik kediaman ini. Begitulah seharusnya pengertian bagi sesebuah kediaman, mampu membuatkan penghuninya rasa tenang dan bahagia apabila berada di rumah sendiri.
Saat pertama kali IMPIANA melihat dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Puan Roszita Md Khairi ini laman media sosialnya, hati sudah terpesona. Memang cukup indah dan mendamaikan konsep dekorasi yang dipilih baik di dalam rumah mahupun di laman.
Sungguh pemilik mempunyai citarasa yang tersendiri dalam menghias rumah banglo berkeluasan 3,200 kaki persegi yang terletak di Johor ini. Malah walaupun tanpa latarbelakang dalam bidang hiasan dalaman, setiap cetusan idea dekorasi rumah hanyalah daripada kreativiti pemilik sendiri dan gandingan hebat suami yang handal bertukang. Hasilnya, memang cukup sempurna.
Konsep Rumah ‘Mediterranean Style’
Bagi pemilik, ruang balkoni dibina tidak begitu besar bertepatan dengan rumah berkonsep ala ‘Mediterranean Style’. Malah konsep dekorasi juga mengikut citarasa sendiri asalkan sedap mata memandang. Malah menggandingkan konsep baru dan lama untuk dekorasi rumah.
“Rumah kami ni boleh dikatakan ala Mediterranean style. Jadinya balkoni kami tak seluas balkoni rumah-rumah di Malaysia,”
“Mempunyai konsep deko yang sedap di mata saya memandang. Saya follow trend tapi tidak sampai terlampau mengikut sangat. Nak kata “old school” saya ni boleh lah jugak. Saya suka mix old and new but definately no for modern concept,” ujarnya.
‘Grill’ kerawang besi di gerbang pintu masuk utama dihasilkan oleh suami pemilik yang cukup kreatif dan pandai bertukang sendiri.Ruang balkoni berkonsep ‘Mediterranean Style’.Ruang makan dan ruang tamu kediaman.
Ads
Perancangan Masa Hadapan
Spesifikasi ruang kediaman ini mempunyai 6 bilik, 6 bilik air, ruang laundry, pantry dan 1 ruang dapur. Perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk membuat ‘outdoor kitchen’ untuk kegunaan apabila berkumpul seisi keluarga.
“Saya hanya ada 1 kitchen sahaja sebab dulu fikirkan membazir ada dry kitchen. Buat cantik-cantik tapi tak guna. Cuma sekarang plan nak buat outdoor kitchen untuk family buat BBQ atau steamboat. Tapi ini perancangan projek akan datang. Perlahan-lahan kami buat, sebab kami buat sendiri. Saya design dan suami yang bertukang,” ujarnya.
Ads
Kabinet dapur serba putih dengan kemasan ‘Quartz Stone’ pada kaunter top.
Pantry dengan konsep rak terbuka, memudahkan pemilik melihat stok makanan yang ada.Ruang laundry yang direka dan dihasilkan sendiri oleh pemilik.Tingkat atas kediaman.
Ads
Tingkat 2 merupakan ‘favorite spot’ yang menempatkan ruang bacaan dengan percikan rona lebih ceria.
Percikan rona lembut menjadi pilihan di bilik tetamu.
Laman indah dihiasi pepohon menghijau menjadi ruang santai ketika minum petang.
Tahniah buat pemilik sekeluarga yang berjaya menjadikan “A House That Make You Feel At Home”. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain dalam mendekorasi rumah sendiri.
Nama Pemilik:Roszita Md Khairi & Azman Jamaludin Jenis Kediaman: Banglo 2 Tingkat Usia Kediaman: 5 Tahun Lokasi: Johor Keluasan Kediaman: 3200 kaki persegi Spesifikasi Ruang: 6 bilik + 6 bilik air dan 1 dapur Konsep: Mediterranean Style
Harga hand-sanitizer bukan sahaja makin meningkat, malah kehabisan stok. Tidak kurang juga ramai yang mengambil kesempatan ini untuk menjual hand-sanitizer secara atas talian. Kita yang terdesak pun beli, tanpa mengambil kira kandungannya sahih atau tidak.
Seperti perkongsian artikel sebelum ini, cucian menggunakan sabun dan air adalah lebih berkesan mencegah jangkitan wabak COVID-19. Hand-sanitizer alkohol ni digunakan apabila terdesak sahaja. Tapi, ada berita baik untuk anda yang ada sumber daun sirih.
Melalui perkongsian SURYA.co.id, Ketua departemen Farmasetika Fakultas Farmasi Unair, DR Retno Sari MSC APT bahawa pembuatan hand-sanitizer tanpa alkohol dan etanol telah digunakan ketika berlakunya penyebaran selsema burung 2006.
Cara hasilkan hand-sanitizer ekstrak daun sirih
Bahan-bahan:
50gm daun sirih
200ml air bersih
satu sudu jus limau nipis/lemon
Cara-cara:
1. Cuci bersih daun sirih, kemudian tos dan keringkan dari air
2. Potong kecil daun sirih
3. Didihkan 200ml air
4. Masukkan 50gm daun sirih ke dalam air yang sedang menggelegak
5. kukus daun sirih tadi selama 30 minit dengan api kecil
6. Selesai, saring dan masukkan ke dalam botol
7. Masukkan jus limau nipis ke dalam air sirih dan goncang sebati (jus limau nipis digunakan untuk mengurangkan aroma sirih dan bagi mengelak air menjadi keruh untuk tempoh 2-3 hari)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dewasa ini bagaikan satu trend bagi mereka yang melancong atau bercuti untuk memilih homestay berbanding menginap di hotel. Ia mungkin disebabkan harganya yang lebih murah tambahan dengan tawaran service yang menarik dan lokasi lebih dekat dengan pusat aktiviti. Sebagai bonus, dekorasi yang mempunyai konsep yang tersendiri antara tarikan utama dan sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ingin merasai suasana yang disajikan.
Seperti The Ridgehill Manor yang terletak di Bukit Rimau Shah Alam. Ia murapakan sebuah banglow yang kini menjadi homestay atau event space yang mengetengahkan gaya atau konsep rustic European. Ciri-ciri eropah klasik jelas dapat dilihat pada bahagian fasad mahupun dekorasi dalamannya.
Mempunyai keluasan 8000 kaki persegi, The Ridgehill Manor dilengkapi dengan 6 bilik tidur, 5 bilik mandi, ruang tamu, attic, dapur dan laman yang luas. Ini menjadikan a mempu memuatkan lebih 16 orang dalam satu masa untuk menginap di kediaman ini. Laman nya yang luas juga sesuai diadakan sebarang majlis terutamanya kenduri kahwin dan majlis keraiaan.
Setiap perincian dan pemilihan perabotnya mengetengahkan ciri-ciri Eropah klasik. Ia amat sesuai bagi anda yang tidak berkesempatan untuk mengembara namun ingin merasai suasana berada di dalam sebuah banglow era Eropah klasik
Untuk lihat lebih perinci dekorasi banglow ini, sila tonton video 360 darjah yang telah disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tahukah kamu semua? Sebenarnya, sudu dan garfu ini, telah ada sejak dulu lagi, malahan, sebelum zaman teknologi ada lagi. Sudu dan garfu ini adalah peralatan makanan yang kita semua akan cari apabila hendak makan. Tidak kisahlah di restoran mahupun di rumah. Jadi, pada hari ini, saya akan menceritakan sedikit demi sedikit tentang sudu garfu ini.
SUDU
Hampir semua orang telah menggunakan sudu untuk sesuatu yang berkaitan dengan makan. Sudu digunakan untuk mendapatkan makanan yang sukar digenggam dan dicapai dengan tangan. Tidak seperti pisau dan garpu, yang mengandungi kepingan, sudu semula jadi boleh dibuat daripada barangan yang terbentuk secara semula jadi seperti cangkerang atau batu.
Walaubagaimanapun, bukti arkeologi mendedahkan bahawa sudu telah digunakan untuk tujuan keagamaan seawal 1000 SM di Mesir purba. Sudu ini dibina daripada gading, kayu, batu permata, dan batu tulis, dan ia dihiasi dengan hiasan dan hieroglif. Sudu yang diperbuat daripada tembaga dan perak di seluruh empayar Yunani dan Rom masih digunakan sehingga kini.
GARFU
Garfu pula, seperti sudu dan pisau, dianggap tidak bergaya pada abad keempat, dan digunakan secara eksklusif oleh golongan bangsawan semasa zaman Byzantine. Walau bagaimanapun, garfu menjadi lebih popular kerana saiz dan reka bentuknya mendapat sokongan daripada setiap kumpulan yang berbeza. Dari segi reka bentuk, garfu telah mengalami beberapa semakan. Pada mulanya, garpu hanya mempunyai dua batang (cabang), kemudian tiga batang, dan akhirnya empat batang, yang kini menjadi standard untuk menghidang dan mengambil makanan.
Jadi, secara kesimpulannya yang boleh saya nyatakan disini adalah, semua orang di dunia ini, tidak kisahlah zaman sekarang atau zaman dahulu, kesemuanya memang sudah menggunakan sudu dan garfu.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.