Kediaman indah bagaikan ‘syurga’ buat setiap penghuninya.Terpana dengan seni dekorasi kediaman dengan konsep ini yang nampak moden namun tetap mempunyai perincian elemen klasik dalam rekaan.

Setiap perancangan konsep rekaan rumah, pemilihan material mahupun perletakan susun atur digarap sempurna, hasil pemilik yang ‘berjiwa’ senibina.

Pesona Kondominium Berkonsep Neo-Colonial

Kediaman jenis kondominium dengan keluasan 2700 kaki persegi, yang terletak di aras bawah ini berjaya menjadi mahligai indah buat pemilik, Akram Frijand Ali yang juga seorang arkitek berpengalaman.

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Pemilik kediaman, Akram Frijand Ali yang juga merupakan seorang Arkitek berpengalaman.

Bagi pemilik pemilihan konsep Neo-Colonial cukup dekat dihati.Beliau inginkan konsep yang tidak terlalu moden dan pada masa yang sama ia tak terlalu klasik. Namun, elemen klasik itu tetap ada dalam rekaan di sudut kediamannya.

“Saya suka pergi (melancong) ke negara Timur Tengah dan India. Negara tersebut cukup dekat di hati.Perincian rekaan kediaman saya mahukan berinspirasikan Moghul,” ujar Akram.

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Ruang tamu kondominium ini dihias indah menepati konsep Neo-Colonial mengikut citarasa pemilik.
Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Ruang makan menempatkan 8 buah kerusi, menjadi salah satu ruang yang menjadi keutamaan ketika dekorasi rumah.

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

IKLAN

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Perletakan Kaunter Pulau memaksimumkan fungsi di ruang dapur pemilik.

Berkongsi cerita mengenai rumah kesayangan yang hampir 3 tahun menjadi tempat berteduh, keutamaan dekorasi rumah adalah ruang tamu dan ruang makan. Item dekorasi mahupun perkakasan rumah banyak dibeli dan mendapat inspirasi ketika melancong di luar negara. Kebanyakan perabot serta kemasan dinding pula ditempah khas (custom made) mengikut citarasa sendiri.

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

IKLAN
Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Bilik bacaan menjadi salah satu ruang kegemaran buat pemilik. Kipas dan lampu yang cukup artistik di kediaman ini didatangkan khas dari India.
Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Bilik tetamu berhadapan dengan laman indah, bunyi desiran air dari kolam cukup menenangkan. Ukiran istimewa pada panel katil di tempah khas mengikut citarasa pemilik.
Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Bilik air di bilik tetamu cukup indah dengan suntikan perincian rekaan gaya ‘Moghul’.

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

Laman Konsep Bali Moden

Kelebihan kediaman terletak di aras bawah, ia turut dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi. Istimewa dilengkapi buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman. Pemilihan landskap laman berkonsep Bali Moden pula cukup membuatkan saujana mata yang memandang, sekaligus melengkapkan lagi kediaman indah ini.

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Kelebihan kondominium terletak di aras bawah, dilengkapi dengan ‘private garden’ tersendiri seluas 850 kaki persegi.

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

IKLAN

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek

Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Buaian gantung disamping elemen air dengan batuan kecil ‘pebble wash’ cukup menenangkan ketika berada di laman.
Indah Pesona Neo-Colonial, Kondominium 2700Kps Milik Arkitek
Penggunanan ‘pebble wash’ pada laman berkonsep Bali Moden ini cukup mudah diselenggara.

Nama Pemilik: Akram Frijand Ali
Jenis Kediaman: Kondominium
Lokasi: Mont Kiara
Usia Kediaman: 3 Tahun
Keluasan Kediaman: 2700 + 850 (laman)kps
Spesifikasi Ruang Kediaman: 3 Bilik + 4 bilik air + Private Garden
Konsep Kediaman : Neo-Colonial
Pereka Hiasan Dalaman: @myrafeedesign
Pereka Landskap: Tiara Bali Concept

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI