Tinggal di kuarters syarikat atau pun kuarters kerajaan bukanlah penghalang untuk berdekor atau menghias kediaman sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga. Asalkan di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Pokok pangkalnya terletak pada individu itu sendiri.
Ini dibuktikan oleh wanita ini yang mendiami kuarters polis empat bilik di Pulau Pinang. Kediaman ini dihias sebaik mungkin persis rumah sendiri. Dekorasinya simple dan menarik dengan penggunaan perabot yang minimal dan ringkas reka bentuknya.
Pemilik memilih tema putih yang mendominasi keseluruhan kediaman yang membuatkan ruang kelihatan luas dan lapang.
Memandangkan penghuni kediaman kuarters bila-bila masa boleh berpindah mengikut arahan pengurusan maka pemilihan perabot yang ringkas, kecil dan ringan adalah pilihan bijak. Ini kerana proses pemindahan akan lebih mudah dan cepat. Pemilik juga memilih set meja makan yang sesuai dengan dekorasi kediaman. Secara keseluruhan dekorasi kuarters ini walaupun ringkas tetapi menarik dan begitu selesa buat wanita ini sekeluarga.
Tip dekorasi putih ala Scandinavian
Perabot kebiasaannya ringkas, kecil, ringan dan berpotongan minimalis.
Elakkan perabot berkerawang, bulky dan terlalu menonjol.
Gunakan fabrik polos dan bercorak ringkas. Less is more.
Anda boleh gabungkan dengan pemilihan lampu berpotongan ringkas. Elakkan chandelier seperti di hotel 5 bintang.
Hiasan dinding juga mampu menyerlahkan lagi dekorasi, piluh yang ringkas, abstrak atau corak geometri.
Boleh juga ingin menggabungkan elemen kayu, cermin dan besi.
Kombinasi warna putih dan warna-warna pastel sangat digalakkan.
Kadangkala apabila terlalu penat, kita terlepas pandang ataupun lupa mahu mengasingkan pakaian putih dengan yang berwarna. Sudahnya, warna luntur pada baju putih dan mungkin tidak boleh dipakai lagi. Tetapi, sebelum anda buang baju yang terjejas itu, cuba dahulu beberapa tip IMPIANA ini mudah-mudahan ia dapat mengembalikan keaadan asal pakaian tersebut.
1. Rebus pakaian
Merebus pakaian yang terkena warna luntur sejurus selepas anda menyedarinya akan mengurangkan risiko warna tersebut untuk kekal pada pakaian. Lagi cepat, lagi bagus.
tetapi bergantung pada jenis material pakaian juga. Jika jenis yang nipis dan kurang tahan, lebih baik anda rendamkan sahaja dalam air panas selama beberapa minit.
2. Perahan lemon/limau
Selain itu, boleh juga cuba untuk rendamkan pakaian terjejas kedalam campuran air panas dengan perahan lemon. Bergantung pada tahap kerosakan yang berlaku, perahan lemon perlulah dibancuh sesuai dengan kekotoran.
3. Bahan peluntur
Letakkan 1 sudu sabun basuh baju kedalam baldi kemudian isi air mengikut kesesuaian. Ambil peluntur sebaiknya yang berperisa lemon, dan tuang sebanyak 5 penutup botol kedalam baldi tadi.Kacau campuran sehingga rata dan rendamkan baju terjejas kedalam baldi tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya untuk beberapa jam sebelum dibasuh dan dibilas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mengelakkan baju daripada berbau hapak adalah penting untuk memastikan pakaian sentiasa segar dan selesa dipakai.
Bau hapak biasanya disebabkan oleh kelembapan yang terperangkap, bakteria dan cara penyimpanan yang tidak sesuai.
Untuk menjaga kualiti pakaian dan kebersihan diri, beberapa langkah pencegahan boleh diambil.
Berikut adalah beberapa cara yang efektif untuk memastikan baju anda kekal wangi dan bebas daripada bau yang tidak menyenangkan.
Segera Keringkan Baju:
Pastikan baju dikeringkan secepat mungkin selepas dibasuh. Jangan biarkan baju basah dalam mesin basuh terlalu lama kerana kelembapan boleh menyebabkan bau hapak.
Guna Air Panas:
Jika material kain bersesuaian, gunakan air panas semasa mencuci baju untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan.
Jangan Penuhkan Mesin Basuh:
Muatan mesin basuh yang terlalu penuh akan menghalang air dan detergen daripada mengalir dengan baik lalu menyebabkan baju tidak dicuci dengan bersih.
Tambah Cuka Putih atau Baking Soda:
Tambahkan secawan cuka putih atau sedikit baking soda ke dalam mesin basuh semasa mencuci untuk membantu menghilangkan bau.
Gunakan Detergen yang Sesuai:
Pilih detergen yang mempunyai formula anti-bakteria atau yang bersesuaian untuk kesegaran berpanjangan.
Keringkan di Tempat Terbuka dan Berangin:
Keringkan baju di tempat yang mendapat aliran udara yang baik. Jika boleh, jemur di bawah cahaya matahari kerana sinaran UV membantu membunuh bakteria.
Jangan Biarkan Baju Basah Bertimbun:
Jangan biarkan baju yang basah atau lembap bertimbun dalam bakul pakaian kerana ia akan cepat berbau hapak.
Gunakan Pelembut Fabrik:
Pelembut fabrik boleh membantu memberikan bau yang lebih segar pada baju.
Pastikan Mesin Basuh Bersih:
Bersihkan mesin basuh secara berkala untuk mengelakkan kotoran dan bakteria yang boleh menyebabkan bau pada baju.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh mengurangkan kemungkinan baju berbau hapak dan memastikan pakaian anda kekal segar dan bersih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mekap bilik air guna cat epoxy dan wallpaper lantai, tak perlu ‘hack’ mozek tandas. Selalu ramai yang memilih untuk ‘hack’ atau memecahkan mozek/jubin tandas yang ingin dilakukan proses renovasi.
Tentunya proses ini memerlukan kos yang agak tinggi kerana bukan mudah untuk menyiapkan kerja-kerja memecahkan jubin lama tersebut. Tahukah anda bahawa ada cara yang lebih mudah, jimat dan mudah untuk mengubahsuai tandas anda tanpa perlu memecahkan mozek/jubin asal tandas.
Berikut langkah demi langkah untuk mengubahsuai tandas tanpa perlu memecahkan mozek/jubin lama.
GUNA CAT EPOXY IAITU CAT KHAS UNTUK MOZEK/JUBIN.
CAT TERUS MOZEK. BOLEH GUNA PRIMER TERLEBIH DAHULU.
LAPISAN PERTAMA CAT DIGALAKKAN UNTUK CAT TIGA LAPISAN UNTUK PASTIKAN CAT TAHAN LAMA.
LAPISAN PERTAMA CAT, DIGALAKKAN UNTUK CAT TIGA LAPISAN UNTUK MEMASTIKAN CAT TAHAN LAMA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.