Konsep minimalis dengan warna dominan hitam dan putih menghiasi kediaman pilihan IMPIANA kali ini. Terletak di pinggir bandar, kediaman jenis pangsapuri ini di hias dengan sempurna walaupun memiliki keluasan yang terhad.

Walaupun mempunyai ruang yang terhad berkeluasan 850 kaki persegi, pemiliknya Khairi dan Nadzirah bijak menghias ruang yang ada dengan pilihan perabot dan susun atur sesuai ruang yang berkapisiti 3 bilik dengan 2 bilik air.

Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih

“Sudah lebih dari setahun kami menghuni rumah ini. Tema yang kami pilih adalah minimalis dengan pilihan warna hitam dan putih sesuai dengan warna kegemaran kami berdua. Saya dan isteri memilih warna putih dengan kombinasi warna hitam untuk rumah kami kerana dengan warna putih ia nampak lebih kemas dan teratur,” ujarnya.

Tambah Nadzirah lagi, kediamannya ini tidak menggunakan khidmat pereka dalaman, malah ia adalah hasil idea daripada dia dan Khairi sendiri. “Biasanya saya dan suami akan buat rujukan melalui internet dan juga sertai grup deko di media sosial untuk mendapatkan idea dekorasi rumah kami,”katanya.

Ruang tamu serta ruang makan kediaman ini ditatarias dengan rona putih membuatkan tetamu yang datang sejuk mata memandang. Dengan susun atur perabot yang tidak terlalu padat memberikan kesan ruang yang lebih besar pada pandangan mata. Dinding pada ruang makan tidak dibiarkan kosong, bingkai dengan kata-kata dan cermin serta tulisan khat menghiasi ruang ini selain pemilihan lampu gantung yang kontemporari.

IKLAN

Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih

 

 

Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih

IKLAN

Melihat ruang dapurnya, terdapat satu island bar ditempatkan sebagai pemisah antara dapur dan ruang makan. Walaupun ruang yang agak terhad namun seperti juga ruang-ruang lain yang ada pemilik bijak menyusun atur alatan yang ada.

Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih

Selain itu, untuk memastikan dekorasinya tahan lama, Pn Nadzirah akan menyapu dan membersihkan ruang yang berhabuk sebelum kedua-dua puteranya bangun malahan pasangan ini juga turut mengajar anak mereka menjaga kebersihan selepas bermain bagi memastikan rumah mereka sentiasa berada dalam keadaan kemas dan baik.

IKLAN

Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih

 

Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih

 

Dekor Rumah Sempit Dengan Tema Warna Hitam+Putih

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI