Penyewa Sanggup Bayar MAHAL, Bila Rumah Ada 4 Perkara Ini. Memiliki rumah untuk disewakan mampu menjadi pendapatan pasif buat pemilik kediaman. Namun demikian, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan supaya rumah yang ingin disewakan mempunyai nilai tambah dan mampu mendapat pulangan sewa yang berpatutan serta lumayan.
Selain lokasi rumah yang strategik, ada beberapa perkara yang membuatkan penyewa ‘tak berkira’ dan sanggup membayar mahal.
Perkongsian daripada Perunding Hartanah Firdaus Zainal ini boleh dijadikan panduan.
Rahsia yang saya pakai hingga penyewa sanggup bayar RM1000 untuk duduk 1 bilik.
Nak sewakan rumah bukannya mudah. Lebih-lebih lagi dalam kondo kita sahaja ada beratus-ratus tuan rumah yang beli rumah mereka untuk di sewakan.
Kadang korang mesti pelik, kawasan rumah dah strategik dah. Nampak macam ada potensi untuk letak harga mahal. Tapi nak dapatkan orang bayar rm1200 untuk rumah pun susah. Apa tah lagi untuk bayar rm1000 untuk dapat bilik sahaja.
Ini saya share 4 tips yang korang boleh guna pakai supaya penyewa sanggup bayar mahal:
1🔺INTERNET
– Sediakan internet wifi dekat dalam rumah. Zaman sekarang internet dah jadi benda paling wajib kena ada. Tapi, pastikan lah internet tu laju, jangan slow macam kura-kura pulak.
2🔺FULLY FURNISHED
– Sekarang semua benda orang nak mudah. Pindah masuk rumah pun orang nak mudah. Bila kita dah sediakan rumah fully furnished, tak adalah menyusahkan penyewa nak kena beli wardrobe, beli katil, beli tilam, dan sebagainya.
3🔺DESIGN
– Bila nak hias rumah, pastikan design dalam rumah dan bilik adalah design yang moden. Bukan design yang asal boleh ataupun bermacam-macam warna dekat dinding, sampai pening penyewa tengok. Bak kata omputeh, “less is more”.
Ads
4🔺WASHING MACHINE
– Bila ada washing machine dekat rumah, tak ada lah menyusahkan penyewa untuk pergi ke dobi dan habiskan duit. Dekat situ pun dah banyak jimat duit diorang kan. Kalau ada dryer, lagi bonus untuk rumah korang.
Saya pakai 4 elemen ni je dalam rumah sewa saya.
Dan memang result yang saya dapat memang memberangsangkan dan membanyakkan duit rental saya. Hehe
Saya tak paksa untuk korang ikut tips saya ni. Tapi kalau ikut, saya pasti korang boleh naikkan harga bilik dan penyewa pun sangat happy untuk bayar lebih.
Ads
Nota premium:
Bila dah buat design premium dan cantik-cantik ni susah jugak ye. Saya ingatkan lepas penyewa habis kontrak, boleh lah saya tengok muka penyewa yang baru. Rupanya sampai ke sudah muka sama sebab penyewa asyik nak sambung kontrak je. Haha!
Info Ektsra!
1. Pastikan ‘fully furnished’ namun mengikut kesesuaian penghuni di dalam rumah sewa. Sebagai contoh penghuni 5-6 orang, jangan beli peti sejuk 1 pintu. Mudahkan penyewa, jangan beli mesin basuh manual sebaliknya beli mesin basuh automatik.
2. Boleh tambah ‘Monthly Cleaning’. Sebagai contoh harga sewa termasuk cuci bilik air dan dapur sebulan sekali. Selain memudahkan penyewa, malah rumah yang disewakan juga terjaga bersih.
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika tahu langkah yang betul untuk memulakannya. Malah jika ikuti cara yang tepat, kerja mengecat jadi lebih efisien malah hasilnya pun lebih cantik dan memuaskan. Taklah comot, bercapuk mahupun tidak sekata sapuan cat tersebut.
Ikut langkah memulakan proses mengecat ini.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana dikuatiri cat akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan sapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. Jadi tidaklah cepat penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan ke bawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai terperangkap.
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In
Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlu kan ruang yang cukup dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk
Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda
Sila lihat balik di dalam peti sejuk anda ada sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat
Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk memang akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu ,mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi seelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk
Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisien dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilik peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk yang berteknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Guna bahan dapur ini untuk polish perabot kayu dengan mudah. Perabot memang mudah melekat habuk nak-nak yang dah lama tak dibersihkan. Perkara ini biasanya berlaku kepada perabot kayu.
Jika tidak dibersihkan, habuk-habuk itu akan terus melekat dan menyebabkan permukaan perabot menjadi kusam dan kedam. Permukaan yang licin dan berkilat pon boleh jadi kusam disebabkan oleh habuk yang melekat lama.
Kebiasaan untuk mengilatkan semula perabot kayu adalah dengan menggunakan polish atau sapukan lagi sekali kemasan cat kilat. Sebeanrnya, ada cara lebih mudah, cepat dan jimat iaitu dengan menggunakan 2 bahan dapur sahaja.
Bahan-bahan:
1.5 cawan minyak kelapa (sebagai pilihan anda boleh guna minyak zaitun)
1 cawan perahan jus lemon
Cara-cara:
1. Campurkan kedua-dua bahan dan kacau rata.
2. Celupkan kain atau tuala bersih kedalam campuran. Tak perlu terlalu basah tapi anda perlu pastikan minyak dan jus lemon dicelup sama rata kerana minyak dan jus tidak akan sebati.
3. Lap kain yang telah dibasahkan tadi pada permukaan perabot.
4. Jika terdapat kotoran degil, lakukan sentalan lembut untuk elak permukaan kayu tercalar
5. Gunakan kain atau tuala kering dan bersih untuk lap keseluruhan perabot selepas di sapu sebatian lemon dan minyak tadi.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.