Jumlah mereka yang menyewa kediaman pada hari ini masih lagi tinggi. Ia berikutan harga pasaran rumah yang membebankan masyarakat kita untuk membeli kediaman sendiri. Jadi, pilihan yang terbaik adalah dengan menyewa.
Walaupun menyewa, keinginan dan niat untuk mendekor kediaman sentiasa menjadi halangan. Ia disebabkan oleh peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik seperti tidak boleh mengecat, memaku, menebuk lubang dan sebagainya.
Namun, itu bukanlah halangan kerana penyewa punya pilihan yang lain. Oleh itu, IMPIANA mencadangkan beberapa item dekorasi yang boleh anda terapkan di dalam rumah tanpa melanggar sebarang terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pemilik.
Gunakan langsir yang bercorak
Kebanyakan rumah pada hari ini sudah dilengkapi dengan rel langsir yang mana penyewa hanya perlu mencangkukkan langsir bercorak pilihan anda. INGAT, pastikan anda memilih warna yang sesuai mengikut tema warna dinding rumah.
Troli hidangan
Solusi terbaik untuk mereka yang cemerkap, anda boleh gunakan troli ini sebagai elemen hidangan buat tetamu serta membantu anda menjaga kebersihan terutamanya daripada lauk yang berkuah tumpah ke atas lantai. Bayangkan hidangan lazat anda yang disediakan di dapur, diarak dengan megah dari dapur ke meja makan ruang tamu. Selain itu juga, troli hidangan ini boleh berfungsi sebagai rak hiasan atau meja konsol
Ads
Wallpaper mudah tanggal
Cat antara perkara yang paling tidak diendahkan oleh pemilik. Walaupun sudah beberapa kali bertukar penyewa, rumah yang disewakan tetap begitu. Walaupun ada tawaran dari penyewa untuk mengecat kediaman tapi perlu di tolak harga sewaan bulanan, ada pemilik tidak sanggup kerugian. Apa kata gunakan wallpaper yang mudah untuk ditanggalkan, hasilnya anda tidak perlu membazir tenaga mengecat rumah sewa kerana bila sampai masa untuk anda angkat kaki, anda perlu tepekkan semula dinding kediaman menggunakan warna yang sama seperti warna asal.
Lapisan bercorak
Untuk penyewa yang tidak mahu membazirkan tenaga menggantung serta membuat lubang untuk menggantung langsir pada tingkap, apa kata tampal sahaja film cermin bercorak ke atas tingkap rumah anda. Pastikan pilihan anda itu berupaya melindungi privasi tanpa menghalang kemasukan matahari pada waktu siang.
Ads
Lampu lantai
Pencahayaan tidak mencukupi. Nak letak lampu disiling tidak dibenarkan melakukan sebarang ubah suai. Apa kata, lengkapkan kediaman anda dengan tambahan lampu lantai. Lampu sebegini boleh diubah alih mengikut kesesuaian. Anda tidak perlu pening kepala nak drill dinding, gantung lampu bagai, nanti nak pindah, satu kerja nak tampal balik dinding yang ditebuk. Kalau dapat pemilik baik hati, tidak mengapa. Kalau jenis cerewet dan tidak mahu pulangkan deposit, anda sendiri yang rugi. Sentiasa bijak dalam mendekor.
Ads
Lampu Chandelier
Jika anda perasan, di tengah ruang tamu utama terdapat cangkuk khas. Ianya sama ada digunakan untuk menggantung kipas ataupun lampu. Jika kediaman anda sudah menggunakan air-conditioner, mungkin anda boleh gantikan bahagian siling yang kosong dengan meletakkan lampu chandelier sebagai hiasan utama. Jangan risau, anda tidak akan pening untuk mengalihkannya di kemudian hari apabila berpindah ke rumah baharu nanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Guna tuil jenis pemegang lebih praktikal berbanding tombol pintu, doktor ini kongsi faktanya. Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya.
Rupa-rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibu bapa kita pun akan selesa.
Walaupun menyusun frame gambar pada dinding kelihatan mudah tetapi sebenarnya ia tidaklah mudah seperti yang disangka. Adakalanya kita nampak seolah dinding tersebut tidak balance dengan saiz gambar, ada yang kelihatan tidak proportion dengan perabot dan sebagainya. Kata kuncinya ialah saiz frame dan teknik menyusun frame mestilah betul dan tepat. Sebab itulah jika anda pergi ke bilik pameran sesuatu syarikat dekorasi, anda nampak ruangnya kelihatan cantik dan sudah pasti anda tertarik bukan. Dan apabila ingin melakukan trik yang sama pada kediaman, hasilnya tidak sama dan seolah-olah anda buntu apa yang tidak kena.
Di sini Impiana senaraikan beberapa trik susunan frame yang boleh anda ikut. Hasilnya dinding anda kelihatan lebih menarik dan ceria.
Sama ada anda menggunakan frame yang bersaiz kecil atau besar, asalkan teknik perletakan frame adalah mengikut susunan yang telah disediakan, dinding anda pasti kelihatan seimbang dan harmoni dengan perabot. IMPIANA mencadangkan peletakan ini sesuai diaplikasikan pada ruang tamu kerana ia juga boleh menjadi fokal point pada ruang yang paling penting untuk kediaman ini. SELAMAT MENCUBA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Span cucian pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya, selagi tidak lunyai selagi itulah kita akan menggunakanya. Tahukah anda sebenarnya betapa kotornya span cucian itu setelah banyak kali digunakan. Kita sering gunakan ia untuk membersihkan kotoran pada pinggan, namun walaupun dari mata kasar kita lihat span dan sabun dapat bersihkan kotoran pada pinggan mangkuk tetapi kuman akan terlekat pada span. Menurut kajian dari Jerman, kuman yang ada pada span telah digunakan seminggu boleh mencapai hampir 5 trillion jumlah kuman.
Jadi bagaimana untuk mengekalkan kebersihan span anda?
Anda hanya perlu rendamkan span anda kedalam air panas selepas digunakan.
Perah pastikan span anda betul-betul kering setelah digunakan.
Gunakan sabun pencuci pinggan yang mempunyai pati lemon.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.