Kediaman mewah Brad Pitt dipecah masuk, perompak bawa lari barangan berharga. Kediaman mewah milik bintang Hollywood, Brad Pitt di kawasan elit Los Feliz, Los Angeles, dilaporkan dipecah masuk oleh perompak pada malam Rabu lalu.

Kediaman Mewah Brad Pitt Dipecah Masuk, Perompak Bawa Lari Barangan Berharga 

Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku apabila tiga individu tidak dikenali memanjat pagar hadapan sebelum menceroboh masuk ke rumah bernilai kira-kira AS$5.5 juta (bersamaan RM23.3 juta) itu melalui tingkap.

Suspek kemudiannya dipercayai menggeledah bahagian dalam rumah tersebut dan melarikan beberapa barangan berharga. Bagaimanapun, nilai kerugian keseluruhan masih belum diumumkan.

Pihak Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) kini giat menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di sekitar kawasan kejiranan berkenaan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Difahamkan, Pitt tiada di rumah ketika kejadian kerana sedang berada di luar negara bagi tujuan promosi filem terbaharunya bertemakan sukan Formula 1 yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Ads
Kediaman Mewah Brad Pitt Dipecah Masuk, Perompak Bawa Lari Barangan Berharga
Foto: Agensi

Setakat ini, wakil rasmi pelakon berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan insiden tersebut.

Untuk rekod, kejadian ini turut menambah bilangan selebriti ternama yang menjadi sasaran kumpulan penjenayah termasuk pasangan Nicole Kidman dan Keith Urban serta Tom Hanks dan Rita Wilson yang juga mengalami kejadian serupa baru-baru ini.

Ads

Sumber: Sinar Harian (Agensi)

Baca artikel lain juga: Jin BTS Beli Kediaman Baru Di Hannam The Hill, Seoul, Secara Tunai, Cecah Lebih RM54 Juta

Ads

Rumah Mewah Jungkook BTS Diceroboh, Wanita Warga China Ditahan

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI