Jual beli hartanah, jangan sampai tertipu, elok dapatkan khidmat nasihat peguam/ejen hartanah. Dalam urusan jual beli hartanah, ramai yang masih belum cukup ilmu atau belum betul-betul faham tentang selok belok pembelian dan penjualan hartanah.

Sama ada anda seorang pembeli mahupun penjual hartanah, anda perlu memiliki sedikit ilmu tentang soal hartanah. Bimbang nanti akan berlaku pelbagai masalah yang mungkin tidak dijangka.

Berikut perkongsian penuh info daripada Peguambela dan Peguamcara, Hawari Hanafi

9 PENYELEWENGAN DAN KESESATAN DALAM URUSAN JUAL BELI HARTANAH

Sebagai seorang pembeli atau penjual hartanah, kita perlu waspada terhadap penyelewengan dalam urusniaga hartanah. Penyelewengan ini boleh menyebabkan masalah dan kerugian besar kepada semua pihak yang terlibat.

Berikut adalah beberapa bentuk penyelewengan yang perlu dihindari:

1. JUAL HARTANAH YANG TIDAK MEMPUNYAI GERAN

Jual beli hartanah tanpa geran adalah salah satu penyelewengan yang sering berlaku. Geran adalah bukti sah pemilikan hartanah, dan tanpa geran, pembeli mungkin tidak akan mendapat hak milik sepenuhnya atau mungkin hartanah tersebut tidak sah untuk dijual. Duit lebur!

Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Kredit foto: Pexels

2. SCAMMER JUAL HARTANAH ORANG LAIN

Tindakan menjual hartanah yang sebenarnya dimiliki oleh orang lain tanpa pengetahuan pemilik berdaftar adalah perkara yang akan berleluasa setiap kali ekonomi negara merudum dan kebiasannya dijual dengan harta yang menggiurkan. Awas juga dikala ekonomi stabil.

3. ENGGAN BUAT PENYEMPURNAAN PINDAH MILIK WALAUPUN GERAN SUDAH MEREPUT DI PEJABAT PEMAJU PERUMAHAN SUDAH 10 TAHUN

Kelalaian dan berlengah-lengah untuk membuat penyempurnaan pindah milik adalah satu bentuk “penyelewengan” kepada diri sendiri yang akhirnya menyebabkan kekecewaan dan penyelesalan di kemudian hari.Perlu juga menanggung kos hingga 10 kali ganda bila pemaju gulung tikar.

4. PUSH-PUSH PENJUAL ATAU PEMBELI MENANDATANGANI PERJANJIAN TANPA SEMPAT MEREKA PERHALUSI KANDUNGAN PERJANJIAN

IKLAN

Penyelewengan lain adalah apabila pihak-pihak yang terlibat ditipu atau dipaksa untuk menandatangani perjanjian tanpa sepenuhnya memahami terma dan syaratnya. Ini boleh membawa akibat buruk dan merugikan pihak yang tidak bersalah.

Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Kredit foto: Pexels

5. TERMA PERJANJIAN YANG BERAT SEBELAH

Penyelewengan dalam urusniaga hartanah juga berlaku apabila terma perjanjian dibuat secara tidak adil dan menguntungkan pihak satu lagi. Satu pihak mengambil kesempatan dan merugikan pihak yang satu lagi.

6. PENYALAHGUNAAN SURAT WAKIL KUASA PENUH UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN BERGANDA

Pelabur hartanah licik memanipulasi pemilik/penjual untuk menandatangani surat wakil kuasa penuh yang tidak boleh dibatalkan (Full and Irrevocable Power of Attorney) adalah tindakan penyelewengan yang serius.

7. TIDAK AMANAH DALAM URUSAN PEMBAHAGIAN DAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA

Penyelewengan dalam urusan pembahagian dan pengurusan harta pusaka adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan mengganggu keadilan bagi pihak-pihak yang berkepentingan.

8. AMBIL KOMISYEN ATAU UNTUNG ATAS ANGIN MELEBIHI HARGA JUALAN HARTANAH TANPA PENGETAHUAN PEMILIK BERDAFTAR

IKLAN

Mendapatkan komisen atau keuntungan tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada penjual adalah bentuk penyelewengan yang tidak bermoral dan melanggar integriti urusniaga hartanah.

Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen

9. PENJUAL MELETAKKAN HARGA JUALAN HARTANAH MELEBIHI NILAIAN PASARAN

Mengecilkan atau meletakkan nilai hartanah melebihi nilai sebenar adalah bentuk penyelewengan dalam urusniaga hartanah yang boleh membawa kepada ketidakadilan dalam transaksi jual beli.

Elakkan diri dan orang tersayang daripada terlibat dengan penyelewengan dan memanipulasi dan dimanipulasi dalam urusan membabitkan hartanah. Penting untuk anda sentiasa berwaspada, berhati-hati dan beretika dalam setiap urusan hartanah untuk mencegah masalah dan kerugian di masa depan.

Adalah penting untuk mendapatkan nasihat profesional dan berpengetahuan dalam urusan guaman hartanah untuk memastikan urusniaga berjalan dengan lancar dan sah. Jangan ragu untuk meminta bantuan dan khidmat nasihat daripada peguam atau ejen hartanah yang boleh dipercayai jika perlu. Khidmat nasihat itu percuma, penyesalan itu tidak percuma.

Sumber: Hawari Hanafi

IKLAN

Kredit foto (top image): Pexels

 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI