Dalam kehidupan berjiran, toleransi dan komunikasi adalah asas utama keharmonian. Namun, tak dinafikan kadangkala timbul isu yang boleh mengganggu ketenteraman. Salah satunya apabila jiran membina tembok atau struktur kekal tanpa memaklumkan kepada jiran sebelah terlebih dahulu.
Apa yang perlu anda tahu?
Tanah & Sempadan
Setiap pemilik rumah mempunyai hak ke atas sempadan tanah milik mereka. Walaupun jiran membina di atas tanah sendiri, apa-apa struktur seperti tembok, pagar atau dinding tinggi perlu mengambil kira kesan kepada rumah sebelah, terutama dari segi akses cahaya, saliran air, dan keselamatan.
Perlu Keizinan
Ads
Jika tembok dibina betul-betul di sempadan atau berkongsi struktur dengan rumah jiran, undang-undang dan pihak berkuasa tempatan biasanya mensyaratkan persetujuan atau sekurang-kurangnya pemberitahuan kepada pemilik rumah bersebelahan.
Lapor Kepada Pihak Berkuasa
Jika jiran membina tanpa kebenaran atau melanggar pelan asal bangunan, anda boleh membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran. Mereka boleh melakukan pemeriksaan dan mengambil tindakan jika berlaku pelanggaran undang-undang bangunan.
Risiko & Kesan
Ads
Pembinaan tembok tanpa perbincangan boleh cetus konflik. Lebih buruk, jika berlaku kerosakan atau kebocoran air akibat pembinaan, jiran tersebut boleh dipertanggungjawabkan secara undang-undang.
Nasihat Profesional
Jika keadaan menjadi rumit, dapatkan khidmat peguam hartanah atau mediator komuniti. Ini boleh membantu menyelesaikan isu dengan lebih harmoni.
Kesimpulan:
Sebagai jiran, saling menghormati dan berkomunikasi adalah kunci segalanya. Membina tembok tanpa berbincang bukan saja menjejaskan hubungan, malah boleh timbul isu undang-undang. Rancang dan bincang dahulu demi kesejahteraan bersama.
Pernah terbayang tinggal dalam rumah tradisional Melayu yang penuh nilai sejarah, tapi dengan sentuhan moden yang cukup selesa? Inilah yang ditawarkan oleh Asthana Tela, sebuah kediaman unik yang kini berdiri megah di Batang Kali, Selangor.
Asalnya dibina di Kuala Terengganu pada tahun 1879, rumah ini telah dipindahkan dan dipulihara dengan penuh teliti. Apa yang menarik, Asthana Tela mengekalkan elemen asal Rumah Limas Bungkus, gaya seni bina Melayu klasik yang dipengaruhi sentuhan kolonial Belanda dan British. Struktur bertiang, peleh berbentuk bilah pedang dan ukiran kayu halus menambah nilai artistik rumah ini.
Transformasi rumah ini tak terhenti pada struktur semata-mata.Ruang dalaman rumah ini direka oleh firma IDent-3 yang diasaskan oleh Nik Ida Juliana. Pereka bijak menggabungkan keindahan pertukangan kayu tradisional, seperti dinding ukiran gaya Janda Berhias, dengan perabot moden bergaya klasik.
Menariknya, gabungan ini menjadikan ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan seimbang antara elemen lama dan baru. Pencahayaan semula jadi dan aliran angin masuk melalui panel kayu berukir mencerminkan bagaimana seni bina Melayu dahulu mementingkan pengudaraan semula jadi yang sesuai dengan iklim tropika.
Di ruang utama Rumah Ibu, susun atur terbuka menampilkan gabungan estetika kolonial dengan elemen moden. Bilik utama dilengkapi dengan katil empat tiang berukir dan bilik mandi moden yang dihias dengan jubin mozek hitam dan putih menyatu gaya tradisi dan kontemporari secara harmoni tanpa menjejaskan keaslian bentuk dan susun atur asal.
Susun atur terbuka dan penggunaan panel kayu berukir bukan sekadar cantik, tapi bijak dari segi pengaliran udara, sesuai dengan iklim Malaysia yang panas lembap. Tambahan seperti anjung dan bilik mandi moden pula diserap masuk tanpa menjejaskan keaslian asal rumah ini.
Asthana Tela bukan sekadar rumah, tapi lambang warisan budaya yang hidup dan bernafas dalam gaya hidup moden. Ia membuktikan bahawa rumah tradisional Melayu boleh jadi lebih dari sekadar tempat tinggal ia boleh jadi karya seni yang praktikal dan memukau.
Reka bentuk dalaman: IDent-3 Fotografi: The Space Storyteller
IMPIANA: Memang cantik senibina rumah tradisional Melayu yang dinamakan “Ashtana Tela” ini.Satu kebanggaan apabila ia berjaya dipertahankan dan dipulihara demi warisan budaya dan sejarah Melayu buat generasi kini.
Dari luar, kediaman ini kelihatan seperti rumah teres biasa. Namun sebaik melangkah masuk, kediaman tiga tingkat milik Mohd Shafiq Hafifi dan Nurul Ain Fatizah di Cyberjaya ini memukau dengan gaya Modern Farmhouse yang tenang, kemas dan penuh karakter.Lebih menarik, dekorasinya bukan hasil kerja pereka dalaman terkenal tetapi lahir daripada inspirasi sendiri, digarap dengan penuh teliti.
Memilih konsep modern farmhouse sebagai pilihan utama, rumah berusia lebih kurang 10 tahun ini tampil elegan dan hangat dalam tona off-white yang mendamaikan. Struktur rumah yang unik, dengan susun atur ruang mengikut tingkat memberi kelebihan privasi buat setiap ahli keluarga, menjadikan kediaman ini benar-benar praktikal dan menyenangkan.
Mendapat inspirasi daripada Instagram dan Pinterest, pemilik menyusun sendiri dekorasi setiap sudut rumah. Dalam menghias rumah, pemilihan warna cat bukan sekadar soal estetika, ia mencerminkan personaliti dan mencipta suasana dalam kediaman. Bagi Ain, warna daripada Nippon Paint menjadi nadi utama dalam transformasi ruang yang selesa dan menenangkan.
Nippon – Hush White. Warna putih suam ini menjadi latar sempurna yang tidak terlalu terang, tetapi cukup neutral untuk memberi rasa lapang dan bersih. Ia digunakan digunakan pada dinding kediaman yang memberi kesan lebih luas dan moden.
Nippon – Tinted Glass. Warna ini membawa warna lembut yang menenangkan, pemilik gunakan untuk kabinet tv di ruang tamu. Ia memberi nafas segar tanpa terlalu menonjol.
Nippon – Impression. Melalui koleksi Impression Series, Ain memilih kod khas yang memberikan kemasan lebih mewah dan tahan lama pada kabinet rona hijau pada ruang dapur kering. Warna ini karakter pada ruang, menjadikan ruang dapur kelihatan lebih eksklusif.
Nippon – Walden White- Digunakan pada kemasan kabinet dapur basah ( bahagian atas)
“Untuk jubin pada ruang dapur basah kami terpikat dengan rekaan oleh Jubin Cantik. Kami pilih kemasan mozek corak mini chevron- white ( untuk dinding) berbanding herringbone kerana coraknya lebih ringkas, kemas dan bersifat evergreen, tak lapuk ditelan trend, tetap timeless untuk jangka masa panjang. Manakala untuk lantai, kami pilih lantai mozek corak Basketweave.
Bagi lantai di bahagian ruang makan kami menggunakan SPC (stone plastic composite dengan rona kayu yang cerah,” cerita Ain.
Gabungan material dalam kediaman ini bukan saja praktikal, tapi juga menaikkan elemen estetika. Table top kabinet hijau menggunakan kemasan marble yang mewah, manakala untuk dapur basah pula,quartz stone yang tahan lasak. Kabinet hijau dan ruang workstation pula diperbuat daripada kayu nyatuh yang kukuh dan tahan lama. Unit kabinet dapur basah menggunakan MDF, sementara base unitnya pula dilengkapi dengan material melamine. Kabinet TV di bahagian bawah turut menggunakan MDF bagi memberi kemasan moden dan kemas secara keseluruhan.
Renovasi pula dilakukan secara berperingkat, selari dengan bajet sekitar RM100,000 termasuk perabot. Antara ruang yang menjadi tumpuan ialah ruang makan, tempat utama untuk keluarga berkumpul dan mencipta kenangan bersama.
Tidak semuanya mudah. Pemilik turut berkongsi cabaran seperti kesilapan memilih kontraktor pada awalnya. Namun, pengalaman itu menjadi pengajaran penting: jangan hanya tertarik dengan harga murah, sebaliknya ambil masa untuk membuat kajian dan semak testimoni sebelum membuat keputusan.
Buat mereka yang ingin melakukan makeover kediaman dengan bajet sederhana, Ain menasihati: “Lakukan ikut kemampuan. Fokus pada apa yang anda mahukan dan jangan terburu-buru. Yang penting, rumah itu menggambarkan diri anda dan memberi rasa bahagia setiap kali melangkah masuk.
Nama Pemilik: Mohd Shafiq Hafifi dan Nurul Ain Fatizah
Usia Kediaman: Lebih kurang 10 tahun
Konsep Hiasan Dalaman: Modern Farmhouse
Lokasi: Cyberjaya
Keluasan Kediaman: 3,300 kaki persegi
Nama Pereka Hiasan Dalaman: Diri sendiri – diinspirasikan dari Instagram dan Pinterest
Anggaran Kos Renovasi/Ubah Suai Rumah: RM100,000 termasuk perabot
Jenis Kediaman: Teres 3 Tingkat ( Intermediate)
Spesifikasi Ruang Kediaman: 4 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, gim mini, taman belakang, dapur kering dan basah, ruang dobi serta kawasan kanak-kanak
Bayangkan hari-hari tua yang damai dalam rumah yang tenang, selamat dan selesa, inilah impian setiap insan yang bakal bersara. Namun, keselesaan itu bukan datang sendiri. Ia perlu dirancang dari awal, terutama dalam memastikan rumah yang didiami mesra warga emas.
Dengan perubahan kecil tapi bermakna seperti lantai anti-gelincir, laluan mesra kerusi roda dan tandas duduk yang mudah diakses, sebuah rumah boleh menjadi tempat perlindungan terbaik untuk hari tua dan bebas risiko.
Berikut ialah ciri-ciri penting rumah untuk warga emas:
Elakkan tangga. Rumah tanpa aras memudahkan pergerakan dan mengurangkan risiko jatuh.
Direka luas supaya kerusi roda boleh masuk dan keluar dengan mudah. Tiada halangan di laluan.
Terutama di bilik air dan dapur, lantai perlu tidak licin.
Perlu dipasang di tempat strategik seperti bilik air, tepi katil dan tempat duduk untuk membantu bangun atau duduk.
Elakkan perabot yang terlalu rendah atau tinggi kerana menyukarkan pergerakan.
Tandas duduk lebih selesa dan selamat. Ruang mandi tanpa tab membolehkan akses mudah dan mengelakkan risiko tersandung.
Pasang CCTV, interkom atau aplikasi pemantauan supaya ahli keluarga dapat pantau keadaan dari jauh.
Elakkan terlalu banyak pokok hiasan atau taman yang memerlukan penjagaan rapi. Pilih tumbuhan yang mudah dijaga.
Kesimpulan:
Kesimpulannya, merancang rumah mesra warga emas bukan sekadar soal keselesaan, tetapi juga soal keselamatan di usia emas. Dengan ciri-ciri yang praktikal dan mesra pengguna seperti lantai tidak licin, laluan luas, tandas duduk serta sokongan keselamatan moden, warga emas dapat terus hidup berdikari, selesa dan tenang di rumah sendiri.
Rumah yang sesuai bukan sahaja memudahkan rutin harian, malah memberi ketenangan fikiran kepada ahli keluarga. Inilah pelaburan terbaik untuk masa depan yang lebih bermakna.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...