Rekaan rumah kampung melayu memang cantik kerana penuh dengan warisan budaya.
Namun, susah kita nak lihat rumah sekarang terutamanya taman perumahan yang mengekalkan rekaan konsep rumah melayu tradisional kerana rata-rata hanya mementingkan rekaan moden.
Berbeza dengan sebuah kawasan perumahan baharu dikenali sebagai Taman Camar Astana yang terletak di Bukit Katil, Melaka dan dibangunkan oleh syarikat Tri Urbanity Sdn Bhd. Rumah ini membawa konsep rumah Melayu dengan menggunakan bahan moden.
rekaan rumah
Malah, menjadi perbualan hangat netizen terutamanya dimedia sosial apabila mengetengahkan konsep rumah melayu yang jarang dilakukan oleh majoriti pembangun di luar sana.
Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, pada setiap rumah didatangkan dengan seni ukiran serta bumbung bertebar layar disertakan perhiasan di tepinya dengan sentuhan elemen kemelayuan tradisional tetapi menggunakan bahan pembinaan yang moden.
Ads
Terdapat juga tangga yang disambungkan pada bahagian depan tanah dari rumah untuk serambi atau dikenali sebagai anjung atau ruai sambil dihiasi dengan jubin bercorak dan berwarna bagi menambah ciri estetik padanya.
Selain itu, rekaan tingkap juga bakal berukir dengan menggunakan motif bunga dan kaligrafi pada bahagian atasnya kemudian miliki daun tingkap seperti bak rumah tradisional.
Kisah seorang warga Indonesia yang berjaya membina rumah banglo mewah harga RM700K di kampungnya hasil bekerja di Malaysia telah menarik perhatian ramai.
Lelaki Indonesia mampu bina rumah banglo di kampung hasil kerja di Malaysia
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di saluran YouTube Faiz Slamet, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zainal dikatakan pekerja di Malaysia sebagai pekerja kontraktor atau buruh.
Malah, isterinya juga pernah bekerja di Malaysia namun sudah pulang ke Indonesia dan tinggal di rumah banglo tersebut.
Bina rumah sekitar RM700,000 hasil kerja puluhan tahun di Malaysia
Menurut Zainal yang dihubungi secara panggilan video (kerana masih berada di Malaysia pada ketika itu) berkata, kos yang telah dihabiskan untuk membina rumah terbabit adalah sekitar 2.5 bilion rupiah bersamaan kira-kira RM700,000.
Pun begitu, wang tersebut bukanlah dikumpul dalam jangka masa dua atau tiga tahun, sebaliknya TKI (Tenaga Kerja Indonesia) itu mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina rumah berkenaan.
Reka bentuk dan bahan binaan diambil dari Malaysia
Lebih menarik lagi, Zainal turut menyatakan bahawa reka bentuk rumah banglo terbabit mempunyai ciri-ciri rekaan daripada Malaysia
Tidak hanya itu, kebanyakan bahan binaan rumah berkenaan seperti cermin tingkap, cat, tombol pintu dan lain-lain turut dibawa dari negara ini.
Jelas Faiz, video tersebut dibuat olehnya untuk memberi motivasi kepada pekerja-pekerja Indonesia yang kini berada di Malaysia untuk tidak berputus asa.
Video tersebut dimuat naik oleh Faiz pada 13 December 2022 menerusi platform YouTube, namun sehingga kini ia masih mendapat perhatian ramai.
Video berdurasi 16.48 minit itu telah meraih lebih 1.7 juta tontonan di YouTube sekali gus meraih pelbagai reaksi wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji pasangan suami isteri itu kerana hasil usaha kerja keras mereka di Malaysia berjaya membawa hasil sedemikian.
IMPIANA : Kisah ini menunjukkan bahawa impian memiliki rumah sendiri bukanlah mustahil, asalkan kita berusaha keras, mempunyai disiplin kewangan, dan berfokus pada matlamat kita.
Kali pertama berkunjung ke kediaman ini, IMPIANA cukup tertarik dengan konsep terbuka dan gaya inspirasi Moden Mediterranean yang dizahirkan. Pemilik kediaman cukup ‘berani’ dalam menampilkan kelainan dan keunikan yang tersendiri pada reka bentuk mahupun dekorasi rumah yang berkeluasan 2,000 kaki persegi ini.
Lebih istimewa, idea dekorasi hanya cetusan citarasa sendiri bersama adik tersayang yang merupakan Pensyarah Seni Bina di UNIMAS. Memang terbaik hasilnya!
Sementelah kawasan rumah yang didirikan berisiko untuk mengalami banjir, perancangan yang teliti dan sebaiknya telah diatur oleh pemilik kediaman demi merealisasikan mahligai impian dapat dizahirkan.
Menurut pemilik kediaman Yon Tania, rumah ini dibina di atas tanah pusaka yang diberikan oleh ibunya. Namun, rumah ini terletak di kawasan tanah rendah dan berhampiran sungai, jadi ia berisiko untuk mengalami banjir. Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kemungkinan tersebut, pemilik telah menambak tanah setinggi 8 kaki terlebih dahulu sebelum membina rumah impian.
“Tapak tanah rumah ini merupakan tanah pusaka pemberian mak. Terletak di kawasan rendah, berhampiran sungai dan berisiko untuk banjir. Jadi sebagai persediaan, sebelum PKP kami tambak tanah dulu dengan batu-batuan, setinggi 8 kaki sebelum membina rumah ini,”
“Hanya pada Jun 2023 kami mulakan membina rumah ini secara berperingkat dan ia siap dibina pada Jun 2024, dalam masa setahun,”ujar Yon memulakan bicara.
Melihat pelan lantai rumah ini yang bertangga dan bertingkat, pemilik mempunyai sebab tersendiri dalam memiliki rekaan ‘Sunken Living Room’ di ruang tamu. Begitu juga dengan pemilihan sofa di ruang tamu yang diperbuat daripada kemasan batu.
“Memandangkan rumah ini berisiko untuk banjir, kami membuat perancangan membina ‘sunken living room’ yang mempunyai aras lebih rendah berbanding ruang yang lain. Bahagian tempat duduk di ruangan ini juga diperbuat daripada kemasan batu dan penutup besi supaya ia tahan lasak dan tak mudah rosak jika kena air. Malah kami juga membuat ‘storage’ tambahan di bahagian tempat duduk bagi ruang penyimpanan tambahan,” ujar Yon.
Bukan itu sahaja, sebagai langkah persediaan, pemilik kediaman juga telah mengambil insurans bencana alam. Ia bagi pembayaran balik ganti rugi sehingga RM500,000 sekiranya banjir atau kebakaran rumah berlaku.
Istimewanya, ruang kediaman berkonsep terbuka tampak cukup luas dan selesa dengan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi melengkapi kediaman ini. Sekaligus menjadikan kediaman ini mesra alam tanpa bergantung kepada penghawa dingin.
“Jika diperhatikan rumah ini berkonsep terbuka, tak banyak sangat dinding. Apabila waktu siang, kami tak perlu buka lampu semuanya daripada cahaya semulajadi. Kami juga tidak memasang pendingin hawa (aircond) kerana banyak ‘folding door’ dan tingkap, jadi udara dari luar banyak masuk ke dalam rumah. Hanya dalam bilik sahaja kami pasang aircond,” jelas Yon.
Gaya hidup pemilik yang menggemari kehijauan alam semulajadi dan aktiviti bercucuk tanam menjadikan ruang kediaman ini cukup segar dengan pelbagai jenis tumbuhan hijau. Ia dapat dilihat pada taman kecil yang terletak di bahagian pintu masuk rumah, landskap indah dengan kolam air di ruang courtyard serta pelbagai jenis tanaman di laman dapur.
“Saya suka bercucuk tanam di rumah. Apabila bangun tidur melihat pokok-pokok hidup subur dan segar, cukup menenangkan hati. Ada macam-macam jenis pokok yang ditanam seperti pelbagai jenis pokok keladi, pokok kaktus, snake plant, Monstera, pokok kemboja, teratai dan sebagainya. Di laman dapur pula tanaman yang digunakan untuk masakan seperti daun kari, daun pandan, daun kunyit, pokok cili, oregano dan mint leaves,” ujar Yon.
Berkongsi perancangan masa hadapan pada rumah yang baru 5 bulan didiami ini, pemilik berkongsi impian untuk membina kolam renang serta beberapa rumah ‘homestay’ serta tapak perkhemahan di kawasan berhampiran rumahnya.
“Mengenai perancangan masa hadapan, saya berhasrat untuk membina kolam renang untuk anak-anak. Tanah pusaka ini berkeluasan hampir 8,000 kaki persegi, jadi saya juga merancang untuk mendirikan beberapa rumah ‘homestay’ dan tapak perkhemahan juga kelak,” jelas Yon mengakhiri bicara.
Tahniah buat pemilik kediaman apabila berjaya menzahirkan rumah berkonsep terbuka berinspirasikan gaya modern mediterranean yang cantik ini. Semoga menjadi panduan dan inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain.
INFO KEDIAMAN: Nama Pemilik: Yon Tania & Mohd Zuhri Usia Kediaman: 5 Bulan (Jun 2024) Konsep : Modern Mediterranean Lokasi: Hulu Langat, Selangor Keluasan Kediaman: 2,000Kps Anggaran Kos : RM350k
Jenis Kediaman: Banglo Spesifikasi Ruang Kediaman:
(Dapur kering, dapur basah, 4 Bilik Tidur, 3 Bilik Air, Family area, entrance garden, courtyard, sunken living room)
Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi rumah yang lain.
Dalam pasaran hartanah di Malaysia, terdapat dua jenis kategori lot utama untuk pemilikan hartanah, iaitu Lot Bumi dan Non-Bumi Lot.
Kedua-dua jenis lot ini memainkan peranan penting dalam sistem pembelian hartanah di negara ini, terutamanya kerana terdapat peraturan-peraturan khusus yang menetapkan syarat pemilikan berdasarkan kaum dan keperluan kuota Bumiputera.
Pemilihan antara Lot Bumi dan Non-Bumi Lot bergantung kepada keperluan serta keadaan kewangan individu. Bagi Bumiputera yang ingin memiliki rumah pertama dengan harga yang lebih berpatutan, Lot Bumi mungkin merupakan pilihan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin pelaburan jangka panjang dan tidak mahu terikat dengan sekatan pemilikan boleh mempertimbangkan Non-Bumi Lot.
IMPIANA : Secara amnya, kedua-dua jenis lot ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Memahami perbezaan antara Lot Bumi dan Non-Bumi Lot adalah langkah penting dalam membuat keputusan yang bijak dalam pembelian hartanah di Malaysia.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...