Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara. Baru-baru ini menerusi perkongsian Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 27, yang juga merupakan suami kepada penyanyi berbakat besar Shila Amzah,34 berkata, mereka sekeluarga akan berpindah ke rumah sementara selama 2 bulan.

Ia bertujuan bagi melakukan renovasi dan ubahsuai kediaman mereka terutamanya pada kemasan lantai. Rezeki pasangan ini dapat mencantikkan lantai rumah mereka yang rosak dan terbuka selepas beberapa tahun menggunakan kemasan lantai Vinyl.

“Kami nak kena pindah rumah, sebab rumah ni nak kena ‘renovate’. Ada rezeki lebih, alhamdulillah dan nak mencantikkan lantai,”

“Lantai dulu pakai Vinyl, jadi bila dah sampai masa ia terbuka (rosak) dan tak tahan. Dulu tak da modal nak pakai SPC,” jelas Ubai.

Pindah Kediaman Jenis Kondominium ‘Fully Furnished’

Proses perpindahan sementara hanya membawa barangan keperluan yang penting, dan memandangkan hanya berpindah dalam tempoh 2 bulan. Jarak lokasi pula berdekatan hanya anggaran sejauh 1.2km dari rumah sendiri.

“Maka 2 bulan lah kita berkampung disini,” jelas Ubai.

Ads

Ubai dan Shila memilih berpindah ke kondominum 3 bilik dan jenis ‘fully furnished’. Ubai turut berkongsi ‘house tour’ rumah sementara mereka yang lengkap dengan sofa, televisyen, perabot, katil, kabinet dapur, meja makan, peti sejuk, penghawa dingin dan sebagainya. Memang nampak sederhana dan selesa.

Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara

Disamping itu Ubai juga mengusik anak tirinya Seth Uwais,6 dengan mengatakan bahawa dia telah ‘menjual’ rumah mereka dan kini terpaksa tinggal di rumah yang lebih kecil, malah Seth perlu tidur di ruang dapur.

Ads

Shila mendirikan rumahtangga dengan Ubai pada 4 Ogos 2023 dan pasangan ini juga dikurniakan cahayamata perempuan yang diberi nama Rhea Akira,1.

Ubahsuai Rumah 2 Bulan, Shila Amzah & Keluarga Pindah Kondominium Sementara

Ads

 

Mesti Baca: Pintu Homestay Bergegar & Dicakar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Gangguan Mistik Di Langkawi!

IMPIANA: Tahniah Ubai dan Shila, rezeki dapat cantikkan rumah. Semoga dipermudahkan segala urusan serta proses renovasi berjalan lancar dan siap mengikut tempohnya.

Sumber: Ubaihani

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI