Baru-baru ini penyanyi Shila Amzah,33 berkesempatan bercuti ke pulau peranginan di Langkawi, Kedah bersama suami dan anak tersayang. Dalam keseronokan bercuti di Langkawi, pelantun lagu ‘Beribu Sesalan’ ini berkongsi detik cemas apabila rumah inap ‘homestay’ yang didiami diganggu makhluk halus.
Gangguan Makhluk Halus
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah,34 berkata, kejadian mistik itu berlaku di tempat penginapannya apabila dia mendengar sendiri bunyi menyeramkan pada waktu malam. Bunyi bising, gegaran dan cakaran pada pintu inap desa tersebut namun apabila diperiksa tiada sesiapa.
“Yang tidak menariknya homestay kami di Langkawi ada hantu. Boleh pula dia main cakar dan gegar pintu.
“Ubai jengah ke tingkap mahu tengok siapa kacau, sebab trip Langkawi ni ramai kan the whole team bola ada. Ada sekali pintu bergegar tapi orang nya tiada, kata Shila.
Shila ke Pulau Langkawi menemai suaminya Ubai Zulkefli yang menyertai satu perlawanan bola sepak di sana.
Ads
Tambah Shila, suami juga tidak memaklumkan kejadian sebenar insiden tersebut dan hanya menceritakan perkara tersebut keesokkan harinya.
“Ubai dengan muka seposen dia cakap dengan Sha “oh kucing je sayang,tidur la”. Esoknya kami nak ke Perlis baru dia bagitau kejadian sebenar,” ujar Shila lagi.
Nasihat Buat Pemilik Homestay
Ibu kepada Seth Uwais,5 ini juga turut menasihatkan pemilik-pemilik inap desa supaya lebih prihatin berkaitan aspek keselamatan, kebersihan dan keselesaan pengunjung terutamanya melibatkan gangguan mistik sebegini.
“Nasihat Sha kepada orang-orang yang buat homestay ni kena rajin bersihkan bilik dan “bersihkan” selalu. Sha pula mengandung dan bawa anak kecil, jadi perkara begini kena ambil kira la ya,” ujarnya.
Ads
Namun sebaliknya ketika singgah di Perlis, Shila berkongsi keterujaan pengalaman tinggal di Boutique Hotel di sana.
“But our trip to Perlis were short and sweet. Sha rasa akan ke Perlis lagi tapi kali ni untuk pergi bercuti.
Ads
Boutique hotel kami tinggal pun bersih tiptop. Seth terus boleh tidur lena, makan pun sedap dan harga sangat berpatutan! Peminat di Perlis pun sangat ramah! Thank you for making me feel so welcomed,” ujarnya.
IMPIANA: Buat pemilik inap desa semoga mengambil perhatian kes sebegini. Apa pun paling penting pastikan, rumah inap desa kita sentiasa dalam keadaaan bersih, selamat dan selesa untuk pengunjung yang datang.
Ada yang tengah berfikir untuk beli mesin basuh baru atau nak ganti mesin basuh yang lama? IMPIANA nak kongsikan kepada anda semua mesih basuh mempunyai dua jenis iaitu muatan atas dan muatan depan. Apakah perbezaan kedua-dua mesin basuh ini.
Mesin basuh muatan atas:
Kelebihan mesin basuh muatan atas ialah:-
Harganya lebih murah daripada mesin muatan hadapan.
Kurang penyelenggaraan berbanding mesin muatan hadapan, terutamanya penggantian sesendal pintu sebagaimana mesin muatan hadapan. Ia adalah kerana mesin muatan atas hanya bergantung pada graviti untuk mengekalkan air pada mesin, tidak seperti mesin muatan hadapan yang memerlukan satu pintu kedap air bagi mengelak kebocoran.
Sabun, pelembut pakaian serta cecair peluntur boleh ditambah secara terus ke dalam tab, tidak seperti mesin muatan hadapan di mana bahan-bahan cucian tersebut mestilah dimasukkan ke dalam bekas khas dan seterusnya ditambahkan ke tab cucian melalui injap kawalan soleniod.
Sesuai digunakan oleh orang bertubuh tinggi lampai kerana tidak perlu tunduk untuk memuatkan pakaian ke dalam mesin sebagaimana mesin muatan hadapan.
Kelemahannya pula ialah:-
Banyak menggunakan air berbanding mesin muatan hadapan.
Tidak sesuai untuk mencuci bantal kerana ia cenderung untuk terapung di permukaan atas tab cucian.
Tindakan agresif pemutar boleh merosakkan fabrik jenis lembut seperti sutera.
Muatan hadapan:
Mesin basuh muatan hadapan memerlukan pengguna untuk memasukkan pakaian ke dalam tab melalui pintu hadapan yang kedap air. Kesan sentalan dihasilkan melalui pergerakan tab serta tindakan graviti, sebagaimana kaedah cucian zaman dahulu dengan menghempas pakaian ke atas batu. Pergerakan tab mengangkat pakaian ke bahagian atas tab sebelum pakaian jatuh semula ke dasar tab.
Kelebihan mesin basuh muatan hadapan ialah:-
Kurang memerlukan air dan sabun berbanding mesin muatan atas.
Lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding mesin muatan atas.
Mesra orang kerdil kerana kedudukan pintu mesin yang amat mudah dicapai.
Lebih senyap serta kurang kecenderungan untuk bergegar akibat ketidakseimbangan beban pakaian.
Kelemahannya pula ialah:-
Mesin muatan hadapan lebih mahal daripada muatan atas.
Kebocoran air melalui pintu hadapan cenderung berlaku akibat sesendal pintu yang tidak tahan lama.
Pakaian yang lebih kecil seperti stokin boleh tercicir melalui ruang di celah pintu. Proses pengeluarannya memerlukan pengguna menanggalkan pemasangan mesin.
Jika tidak dimasukkan dengan sempurna, pakaian boleh tersangkut pada pintu apabila pintu terkunci, menyebabkan pakaian rosak dan boleh koyak.
Jom beli belah barang dekor, mana tahu ada yang berkenan klik sini https://invol.co/cloqny maca-macam ada.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mempunyai sebuah laman yang cantik dan indah memberi terapautik. Tapi, bagaimana pula jika tanaman yang dibiakkan diserang serangga perosak? Sebaiknya, sudah pasti kita nak elak menggunakan pencegah serangga yang mengandungi bahan kimia. Pelbagai resepi pencegah serangga perosak yang pernah dikongsikan oleh Impiana. Kalai ni, Impiana nak kongsikan resepi pencegah serangga perosak paling mudah dan wangi yang dikongsikan Kebun Pertanian
Racun organik…100% berkesan. Try la…kulit limau yang masam tu jangan buang,saya guna limau jenis keci-kecil tu yang masam…kumpul dan letak dalam botol..masuk sikit air..pastikan air masak ye..jangan ada klorin…sebab saya pernah guna air ada klorin macam kurang berkesan ..peram lama2, bila dah keluar pati tu masuk sikit je dlm bekas dan campur air..nisbah dia 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air..spray la pokok-pokok ..bena,kulat,karat daun,serangga perosak dll boleh hilang…100% organik..dan bagus utk bg nutrient pada pokok..
Kulit limau adalah bahan yang murah dan mesra alam. Limau manis mengandungi dua bahan utama yang berfungsi menyingkirkan serangga perosak. Ia termasuklah kandungan Limonene yang kebiasaanya terdapat dalam pencegah serangga komersial.
Perangkap siput dari kulit limau
Siput, perosak tanaman diwaktu malam yang aktif. Jika di waktu pagi kelihatan tanaman anda berlubang atau bagi anak benih hilang terus daunnya, ini bermakna tanaamn anda diserang siput. Kebiasaanya tanaman jenis daun lembut seperti sawi, bayam dan salad menjadi habuan perosak ini.
Nak di tangkap atau musnahkan siput perosak ni di siang hari memang sukar, kerana ia akan bersembunyi di dalam tempat yang lembap dan sejuk terutamanya di bawah daunan kering dan tanah. Cara mudah adalah dengan menggunakan kulit limau
sedaiakan satu longgok kulit limau berhampiran tanaman dan biarkan semalaman. Periksa kulit limau tadi keesokkan paginya. Anda akan dapati banyak siput perosak akan berlindung dibawah longgokkan kulit limau tadi dan musnahkan segera. Lakukan kaedah ini beberapa kali untuk melindungi tanaman anda dari seranggan siput secara bio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi yang mendiami pangsapuri, sudah pasti, ruang anjung atau balkoni menajdi tempat untuk sidai baju. Tapi, memang tak cantik pemandangan kalau ada ampaian berjuntai-juntai di balkoni. Tambahan, pemandangan cantik tidak dapat dinikmati walaupun jemuran sudah diangkat. Nordin Nj ada idea lebih bernas. Sediakan ampaian mudah alih dari rod langsir dengan modal hanya RM 25.00
lepas habis sidai baju boleh simpan balik. Barang semua ikea
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.