Tip basuh cadar dan tuala putih ini perlu dipraktik sekiranya banyak menggunakan warna ini.
Tak dinafikan cadar putih yang dibentang pada katil memang akan buat bilik nampak lebih kemas dan cerah. Sebab itu ramai yang suka pilih warna ini. Begitu juga dengan tuala. Nampak bersih saja.
Tapi satu masalah bila menggunakan fabrik warna putih ini adalah lama kelamaan warnanya akan jadi sedikit kekuningan atau off white. Bukan saja cadar atau tuala, pakaian pun sama.
Jika suka menggunakan cadar warna ini di rumah sebaiknya kena tahu cara betul mencucinya selain cara mengembalikan keserian warna putih ini. Antaranya boleh gunakan tip yang dikongsikan oleh Zaza Zalina ini.
Tip basuh cadar, tuala putih supaya putih sekali, kembali berseri
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih.
Ads
Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip. Kaedah mudah untuk elakkan air karat menjejaskan pakaian warna putih adalah dengan menggunakan tuala tangan kecil.
Cara elak kain cucian kuning akibat air karat
Masukkan tuala kecil ke dalam tempat letak sabun. Jadi sebelum air sampai ke kain cucian ia terlebih dulu ditapis.
Dapatlah mengurangkan air karat terus mengalir ke kain cucian. Alhamdulillah dah tiada kotoran itu lagi.
Ads
Tip cadar putih bersih berseri
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri. Cuma bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya. Ia akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Kaedah cucian putihkan kembali baju putih yang dah kuning
Selain itu jika ada pakaian warna putih yang semakin kuning cara untuk memutihkannya kembali adalah dengan merendamnya dengan Clorox kemudian cuci dengan sabun. Letak sedikit nila, Insya-Allah pakaian putih akan kembali putih berseri.
Memiliki lantai yang cantik dan menarik seringkali menjadi impian setiap pemilik rumah kerana ia ada auranya yang tersendiri dalam memastikan ruang dalaman nampak hebat, tetapi bagaimana kalau ia tidak dijaga dengan elok dan tidak tahan lama.
IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk menjaga lantai rumah dengan sempurna agar ia kekal lama dengan modal yang rendah serta hanya menggunakan segala peralatan yang sedia ada dalam rumah.
Perahan Lemon
Anda boleh menjimatkan penggunaan cecair cucian lantai dengan membuat sendiri air cucian agar lantai anda kekal bersih sepertimana ia dipasang mula-mula dahulu.
Bahan-bahannya:
1 biji lemon
1 jug air paip
1 sudu sabun serbuk
Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahah di atas iaitu air perahan limau bersama sabun serbuk serta air paip ke dalam baldi.
Mop kawasan rumah anda seperti biasa.
Semburan air untuk menyapu pasir
Selalu apabila kita menyapu lantai, pasti sukar untuk memerangkap pasir halus yang melekat di celahan celahan lantai vinyl flooring rumah anda.
Cara-caranya:
Semburkan sedikit air paip ke atas penyodok penyapu. Ia bertindak sebagai pelekat untuk memerangkap butir kecil pasir dan memudahkan proses pembersihan.
Selepas disembur dengan sedikit air, sapu pasir tersebut ke dalam penyodok seperti biasa.
Hilangkan Bau Hapak Pencuci Hampagas
Masalah biasa yang dihadapi oleh setiap orang ketika mengemas rumah menggunakan vacuum adalah bau hapak habuk yang terperangkap dalamnya. Sama juga keadaannya apabila tidak disedut oleh vacuum, kotoran micro boleh merosakkan lantai rumah anda.
Gunakan serbuk kayu manis untuk menyegarkan udara yang dikeluarkan oleh mesin tersebut agar udara rumah anda bebas daripada bau busuk hapak.
Cara-caranya:
Ambil sedikit serbuk kayu manis, letakkan di hadapan hos penyedut vacuum dan biarkan ia menyedutnya untuk membebaskan haruman kayu manis di sekeliling rumah.
Kilatkan lantai rumah
Tips ini amat sesuai untuk lantai di bahagian dapur yang menggunakan jubin. Kalau tidak dibersihkan dengan betul, seperti tertumpah air berperisa, pasti akan membuatkan lantai anda melekit dan berbau.
Pasti lantai melekit membuatkan anda berasa tidak selesa.
Bahan-bahanya:
1 Penutup pencuci lantai
Cuka
Air Panas
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam baldi dan mop pada lantai jubin dapur anda.
Kesannya akan membuatkan lantai jubin anda kembali berkilat seperti baru dipasang semalam.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Situasi kepala gas berbunyi dan berbau selalu terjadi bila tukar tong gas baru. Memang panik dibuatnya! Lebih-lebih lagi bila hanya berseorangan di rumah, tiada bantuan suami yang boleh diminta tolong.Dalam keadaan ini sebenarnya mak-mak tak perlu panik. Apatah lagi takut nak ‘sentuh’ tong gas, risau meletup, terbakar dan sebagainya.
Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini.Perkongsian tip oleh Iman Sulaiman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
“Nak juga kongsi ilmu berguna terutamanya buat surirumah. Jangan tau memasak je bila berlaku masalah macam ni tak tau nak buat ape.Nak pulak berlaku waktu seorang diri di rumah dan tong gas cuma ade satu je.Masalahnye apabila masukkan kepala gas ke tunku tapi gas berbunyi mengeluarkan gas. Jangan panik dan benda ni simple je.
Caranya:
1. Mula-mula cabut kepala gas dan keluarkan getah seperti dalam gambar, guna besi keras.
2. Kemudian terbalikkan getah.
3. Selepas itumasukkan semula, dah settle. Boleh memasak semula.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu panik lagi bila dengar bunyi gas berdesir. Rupanya dengan hanya mengeluarkan gegelung getah, terbalikkan dan masukkan semula dah boleh selesai masalah.Ikut tip yang dikongsikan ini dah tak bau gas lagi dan boleh memasak semula seperti biasa.
Kita memang tidak akan lupa untuk periksa tarikh luput susu, roti, telur dan barang make up. Tapi malang sekali, kita tidak langsung memberi perhatian kepada beberapa barang dan peralatan lain yang juga mempunyai “expired date”. Walhal, ada antara barang dan peralatan yang dah expired tu di gunakan terus menerus tanpa rasa risau risikonya kepada kesihatan.
Jadi, bagi anda yang dah baca artikel ni Impiana WAJIB kan anda untuk periksa 20 barang dan peralatan yang ada di sekeliling anda.
1. BANTAL 2-3 tahun
Bantal bila mencecah usia 2-3 tahun tempohnya mula menjadi tempat pembiakkan bakteria dan kuman. Secara tidak langsung ia menjadi antara punca utama kesihatan anda. Walaupun semahal mana pun bantal yang anda beli, bila dah sampai tempoh usia 2-3 tahun, bentuk nya sudah tidak sama. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan lain pula seperti sakit tengkuk dan tulang belakang.
2. SELIPAR 6 bulan
Selipar adalah habitat paling sempurna dan terbaik untuk fungus. Walaupun tempoh luputnya 6 bulan, saat pertama kali selipar anda jejak ke tanah ia telah menjadi habitat fungus berbahaya. Oleh itu, pastikan selipar anda dibasuh secara kerap untuk menyingkirkan kulat yang melekat pada selipar. Cukup tempoh 6 bulan, ia perlu diganti baru.
3. SPAN MANDI 2 minggu / SHOWER POUF 6 bulan
Lagi satu habitat terbaik untuk bakteria dan kulat adalah pada span mandian dan Shower pouf. Hari-hari anda sental badan untuk menyingkirkan bakteria, sudah pasti bagi bakteria yang telah berjaya disisihkan pada badan anda akan melekat pada span mandian tadi. Jadi, cara terbaik adalah ganti span mandian setiap 2 minggu sekali atau rendam shower pouf anda di dalam air yang panas menggelegak untuk memusnahkan bakteria.
4.TUALA 1-3 tahun
Bila kondisi tuala yang lembap dan tidak diurus rapi, ia menjadi habitat sempurna untuk bakteria. Walaupun anda membasuh tuala secara kerapa 2 hari sekali atau 1 minggu sekali, masalah bakteria tidak dapat diselesaikan
5. BERUS GIGI 3 bulan
Kebiasaanya, anda akan menggantikan berus gigi apabila kelihatan bristles atau berusnya mula mengemabang. Salah tu, sebaiknya ia digantikan setiap 3 bulan atau lebih baik setiap kali anda pulih dari batuk dan selsema. Jika tidak, masalah atau penyakit yang sama akan berulang lagi kerana bakteria yang menjadi punca batuk dan selsema tadi melekat pada berus gigi anda.
6. HYDROGEN PEROXIDE 2 bulan
Selepas anda membuka botol yang mengandugi hydrogen peroxide, hanya 2 bulan sahaja kandungan aktif dalam cecair ini akan aktif. Selepas 2 bulan, ia akan menjadi cecair atau air biasa. Namun bagi hydrogen peroxide yang tidak digunakan lagi dan masih tertutup rapi, ia mampu bertahan lebih dari tempoh 1 tahun
7.SIKAT RAMBUT 1 tahun
Sikat sebaiknya dicuci dengan air panas 1 minggu sekali dan di ganti setiap 1 tahun. Namun tidak bagi sikat rambut yang menggunakan material semula jadi seperti kayu, buluh dan sebagainya. tempoh expired untuk sikat jenis ini lebih cepat iaitu 1-10 bulan sahaja
8. MINYAK WANGI 3-4 tahun
Perfumes atau eau de parfum yang mengandungi essential oil hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara. Namun bagi Eau de toilette, di dalam kondisi botol yang kedap udara ia mampu bertahan 4 tahun. Bila perfume atau minyak-minyak wangi ini menjangkawi tempoh lebih dari yang ditetapkan, baunya sudah tidak sedap dan akan mengakibatkan masalah kulit pada si pemakai
9. PUTING KANAK-KANAK 2-5 minggu
Puting jenis getah WAJIB digantikan setiap 5 minggu. Tak kesahlah sama ada ia jarang digunakan atau masih dalam keadaan elok, Puting yang diperbuat dari getah mudah menjadi habitat kepada kuman
10. CHILD CAR SEAT 6-10 tahun
Selepas tempoh 6 hingga 10 tahun, sturktur car seat anak anda mula rosak terutamanya pada bahagian span. Ini bermakna, ia bukan sekadar tidak memberi keselesaan kepada anak anda, malah tidak selamat. Disamping itu juga, span yang telah mencecah usia lebih 6 tahun mula menjadi habitat bakteria dan ulat terutamanya apabila ada makanan yang tumpah. Lap sahaja tidak memadai sedangkan anda tidak pasti kondisi di dalam span.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.