Mesin dryer baju memang memudahkan kerja rumah, terutama bila cuaca tak menentu atau bila kita nak baju cepat kering. Tapi, bila mesin dryer tiba-tiba tak panas mesti kerja rumah bertambah sebab nak kena sidai baju di luar rumah pula.

Kalau anda alami situasi ini, jangan risau. Jom kita faham dulu sebab-sebab mesin dryer tak panas dan bagaimana untuk baiki supaya kembali berfungsi dengan baik.

Mesin ‘Dryer’ Baju Tak Panas? Punca Dan Cara Baikinya

1. Masalah Pada Pemanas (Heating Element)

Heating element ialah bahagian yang memanaskan udara dalam mesin dryer. Kalau rosak atau putus, udara yang keluar tak akan panas langsung. Biasanya, heating element ni boleh rosak sebab lama digunakan atau kena habuk.

Cara baiki:

Ads
  • Periksa heating element dan ganti kalau perlu.

  • Boleh minta tolong yang pakar kalau tak biasa buat sendiri.

2. Filter Kotor dan Tersumbat

Filter yang tersumbat dengan habuk atau serat kain boleh halang aliran udara panas. Bila udara tak lancar keluar, mesin dryer akan jadi sejuk dan kurang efektif.

Cara baiki:

  • Bersihkan filter selepas setiap kali guna.

  • Guna vacuum untuk buang habuk yang tersangkut dalam filter.

3. Masalah Termostat

Termostat kawal suhu dalam mesin dryer. Kalau rosak, mesin mungkin tak dapat panas sebab suhu tak dikawal dengan betul.

Cara baiki:

Ads
  • Periksa dan gantikan termostat yang rosak.

  • Minta bantuan juruteknik kalau tak yakin.

4. Isu Kabel atau Bekalan Elektrik

Kadang-kadang masalah datang dari kabel yang longgar atau bekalan elektrik yang tidak stabil. Ini boleh buat heating element tak dapat tenaga yang cukup.

Cara baiki:

  • Pastikan kabel disambung dengan betul.

  • Periksa soket dan suis kuasa.

5. Ventilation Blockage (Halangan Sistem Pengudaraan)

Sistem pengudaraan yang tersumbat boleh buat udara panas tak keluar dengan baik dan menyebabkan dryer tak panas.

Ads

Cara baiki:

  • Bersihkan saluran udara keluar dryer dan pastikan tiada debu yang menghalang.

Tips Penjagaan Mesin Dryer Supaya Sentiasa Berfungsi Baik

  • Bersihkan filter setiap kali guna.

  • Jangan overload mesin dryer.

  • Pastikan saluran udara sentiasa bersih.

  • Lakukan servis berkala dengan teknisyen profesional.

IMPIANA : Mesin dryer yang berfungsi dengan baik bukan saja jimat masa tapi juga jimat tenaga elektrik. Jadi, kalau mesin dryer anda tak panas, boleh cuba periksa dan baiki segera supaya kerja rumah jadi lebih mudah dan efisien.

Mesti Baca: Lipat Beg Plastik Setiap Kali Dapat Supaya Lebih Senang Simpan. Ini Caranya
Baca Lagi Di Sini: Cara Mudah Lipat ‘Non Woven Bag’, Elok Kemas Jimat Ruang!
Artikel Menarik: Cara Paling Mudah Nak Jimat Ruang Untuk Simpan Toto Dan Comforter

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI