Kalau anda tinggal di rumah atau apartmen yang mempunyai bilik air bersaiz kecil, ruang di atas tangki tandas biasanya dibiarkan kosong begitu saja. Tapi siapa sangka, ruang kecil itu sebenarnya boleh jadi spot paling praktikal untuk tambah storan dan dekorasi bergaya!

  1. Fungsi Berganda: Storan & Hiasan

Naik Taraf Bilik Air Dengan Rak Terbuka, Simple Tapi Wow!

Rak terapung bukan sahaja berfungsi sebagai tempat simpanan, tetapi juga boleh menjadi elemen dekoratif. Anda boleh susun tuala, tisu gulung, bakul rotan atau botol wangian supaya semuanya nampak lebih tersusun dan kemas.

 

  1. Sentuhan Estetik

Naik Taraf Bilik Air Dengan Rak Terbuka, Simple Tapi Wow!

Ads

Penggunaan warna neutral seperti putih, kayu terang, dan elemen hijau daripada tumbuhan tiruan memberi sentuhan ‘spa vibes’ yang menenangkan. Anda juga boleh tambah bingkai gambar kecil atau tulisan motivasi untuk suasana lebih cozy.

  1. Jimat Ruang Tanpa Renovasi

Naik Taraf Bilik Air Dengan Rak Terbuka, Simple Tapi Wow!

Tanpa perlu ubah suai bilik air, idea rak gantung ini cukup membantu menjimatkan ruang. Sesuai sangat untuk mereka yang sukakan gaya minimalis dan kemas.

  1. Mudah DIY

Naik Taraf Bilik Air Dengan Rak Terbuka, Simple Tapi Wow!

Ads

Nak pasang rak ni pun bukan susah! Boleh buat sendiri dengan kos rendah, sama ada guna rak kayu biasa atau bracket besi untuk gaya lebih industrial.

Kesimpulan:

Rak terbuka atas tandas bukan sekadar cantik, tapi sangat praktikal. Ruang kecil pun boleh jadi menarik asalkan bijak susun dan hias. Jom cuba idea ini di rumah anda!

Mesti Baca: Nak Makeover Bilik Air? Ini 7 Perkara Yang Anda Wajib Tahu
Baca Lagi Di Sini: Makeover Sendiri Bilik Air Dengan Bajet Tak Sampai RM500, Hasilnya Diluar Jangkaan!
Artikel Menarik: Makeover Bilik Air Cantik Dalam Masa 4 Jam, Tak Perlu Pecah Jubin Lama

Ads

IMPIANA: Menarik idea makeover bilik air ini, terus berwajah baru. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain yang berhasrat untuk make over bilik air di rumah.

Sumber: shahira.ilyana

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI