Apabila mesin basuh pakaian sudah lama digunakan sehingga bertahun-tahun lamanya, pasti ia sudah tidak lagi berfungsi dengan baik dan memberikan pembersihan yang maksimum.
Tahukah anda, masalah sedemikian boleh berlaku oleh kerana anda tidak pernah mencuci ‘drum’ mesin basuh anda sebelum ini? Mungkin ada juga segelintir di kalangan anda yang pernah mencuci mesin basuh tetapi terpaksa berbelanja dengan modal yang besar sehingga ratusan ringgit.
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk terpaksa berbelanja besar jika mahu mencuci ‘drum’ mesin basuh yang sedia ada di rumah anda kerana sudah ada kaedah yang lebih menjimatkan.
Bukan itu sahaja, kaedah ini juga amat mudah untuk dilakukan, menarik bukan? Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ di mana-mana cawangan kedai ECO Shop di seluruh Malaysia.
IKLAN
Bagi anda yang kali pertama mahu mencuci mesin basuh di rumah, anda disarankan untuk menggunakan dua paket serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ tersebut dengan cuma berharga RM4.80 sahaja untuk kedua-duanya.
Lihatlah hasilnya, segala kesan kekotoran terlihat setelah anda menggunakan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini pada mesin basuh. Ini terbukti serbuk pencuci ini sememangnya amat berkesan.
IKLAN
Anda juga boleh mendapatkan serbuk ‘Washing Machine Cleaner’ ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Foto: Facebook Ceritera rakya
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
sinki tersumbat? air bertakung? sebanrnya banyak sebab tapi paling utama kebiasaanya disebabkan oleh sisa makanan yang terperangkap pada saluran terutamanya jenis yang berlemak. Macam-macam cara nak pulihkan saliran sinki yang tersumbat. Bagi yang nak mudah, mereka akan panggil plumber atau tukang paip. Dah nak kena keluar duit. Terdapat juga produk-produk dipasaran yang digunakan bagi tujuan ini. Tapi keberkesanannya boleh dikatakan hanya 30% kalau berjaya pun, perkara yang sama akan berlaku lagi tak beberapa hari kemudian.
Nak tahu tak cara paling mudah dan jimat nak selesaikan masalah ni? nah ikut langkah-langkah berikut:
KAEDAH 1 1. Keluarkan atau keringkan air yang ebrtakung didalam sinki 2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang sinki 3. Diikuti dengan secawan garam halus 4. Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan. 5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut. 6. Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa. 7. Nak lagi bersih, ambil sehiris lemon, kemudian gosok disekitar sinki untuk hapuskan kuman. Lagi best, tinggal bau yang cukup wangi!
KAEDAH 2 1. Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan. 2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki. 3. Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas. 4. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
Lihatlah hasilnya… jadi ke tak? 5. Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang extreme sikit. 6. Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki. 7. Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki. 8. Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan. 9. Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap
Dapur, selain merupakan tempat kegemaran seisi keluarga, juga dikenali sebagai jantung bagi sesebuah kediaman. Ini kerana banyak perkara penting yang terjadi di dapur. Oleh itu, dapur yang selesa, luas dan cantik sememangnya akan menjadi idaman ramai orang.
Bagi pemilik, Puan Rozie Rozaini dari Pulau Pinang, pemilihan rona putih yang digabungkan bersama aksesori emas untuk tampil lebih eksklusif. Elemen pokok-pokok hijau juga menjadikan dapur kediaman Semi D ini lebih nyaman dan sejuk mata memandang.
Dapur yang berkeluasan 338 kaki persegi ini dilengkapi dengan kaunter pulau bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan. Ruang ini juga mempunyai skylight bagi membenarkan pencahayaan natural masuk ke kawasan dapur.
Dengan berpandukan konsep inggeris kontemporari, pemilik mendapat idea melalui carian internet dan juga hasil dari perbincanganbersama suami dan kontraktor.
Menyiram, adalah perkara paling wajib dan penting untuk kelangsungan tanaman. Tapi, teknik siraman yang salah boleh menyebabkan tanaman bukan sahaja diserang penyakit, malah berisiko untuk rosak. Lebih-lebih lagi bagi tanaamn yang berbunga salah teknik siraman, boleh menyebabkan ia bukan sahaja kurang berbunga malah bunga yang mekar pun cepat layu.
Zety Roses ZR, seorang pengusaha nurseri bunga ros berkongsi tip untuk menyiram tanaman ros agar berbunga banyak dan tahan lama
Lakukan siraman 2 kali sehari di waktu pagi dan petang. Untuk cuaca paans terik, anda digalakkan untuk mealkukan siraman 3 kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang.
Untuk pastikan tanaman sihat dan membesar secara optimum, waktu siraman yang tepat juga memainkan peranan yang penting. Namun, jika anda yang mempunyai kekangan masa. sistem siraman atumatik adalah yang terbaik. Jom belajar sistem siraman pintar anjuran IMPIANA. Untuk pendaftaran, klik link yang disediakan ttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-impiana-smart-watering-system/
Cara saya siram pula memang elak kena pada bahagian daun dan bunga. Siram terus pada pangkal pokok sahaja. Ia bagi mengelak atau mengurangkan serangan kulat dan blackspot. Tambahan, bunga susah nak kembang mekar kalau terkena air yang banyak.