Ada atau tidak di kalangan anda yang sememangnya peminat dan penonton setia filem di panggung wayang? Sudah pasati anda akan meminati dengan dekorasi ruang bilik tidur yang berkonsepkan seperti ini. 

Dekorasi ruang bilik tidur yang bertemakan konsep panggung wayang bersama sentuhan elemen filem ini akan menarik minat anda yang pastinya. Bukan itu sahaja, dekorasi ini juga boleh dijadikan sebagai sumber idea inspirasi untuk anda.

Dekorasi Ruang Bilik Tidur Dengan Bertemakan Elemen Filem & Panggung Wayang

 

Pemilihan rona hitam dan merah pada dinding ruang bilik tidur ini sangat bersesuaian dengan konsep dekorasi yang diketengahkan. Kedua-dua elemen warna ini dipadankan bagi mendapatkan hasil dekorasi yang lebih sempurna seakan seperti di panggung wayang. 

IKLAN

Di samping itu, di ruang sudut katil pula terdapat dekorasi pita filem lama sebagai hiasan yang akan lebih menyempurnakan dekorasi ruang bilik tidur tersebut. 

Dekorasi Ruang Bilik Tidur Dengan Bertemakan Elemen Filem & Panggung Wayang

Tidak lengkap rasanya dekorasi ruang bilik tidur yang berkonsepkan panggung wayang ini tanpa tontonan skrin layar berskala besar. Sebagai penyeri, sudah semestinya skrin layar bersaiz besar ala panggung wayang ini wajib ada dalam ruang bilik tidur ini. 

IKLAN

Selain itu, pemilihan ‘spot light’ juga amat penting bagi merealisasikan konsep dekorasi seperti ini di ruang bilik tidur anda. Anda kena memilih jenis ‘spot light’ yang betul dan bersesuaian dengan tema konsep ini.

Dekorasi Ruang Bilik Tidur Dengan Bertemakan Elemen Filem & Panggung Wayang

Jika anda ingin mendapatkan ‘spot light’ yang seakan sama seperti tertera dalam gambar, anda boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Dekorasi Ruang Bilik Tidur Dengan Bertemakan Elemen Filem & Panggung Wayang

Baca artikel berikutnya: Ingin Hasilkan Dekorasi Dalaman Rumah Bertemakan ‘Scandinavian’? Ini Senarai Aksesori Yang Wajib Anda Ada!

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI