Menerusi episod kelima rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kali ini telah merealisasikan hasrat selebriti terkenal, Raja Azura untuk memberi kejutan makeover dekorasi rumah buat suami tercinta. 

Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil makeover dekorasi di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan. 

Mahu Gembirakan Ibu Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Berjaya Realisasikan Hasrat Kak Engku

Dalam episod kali ini, Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya. 

Bagi mahu merealisasikan hasratnya itu, Kak Engku memberitahu dia menginginkan dekorasi makeover yang berkonsepkan Melayu Klasik dengan bertemakan warna terang. 

Mahu Gembirakan Ibu Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Berjaya Realisasikan Hasrat Kak Engku

IKLAN

Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa jenis Modular berbentuk ‘L’ berwarna Olive Green sebagai pilihan untuk merealisasikan konsep yang diinginkan.  

Di samping itu, warna cat bagi dinding di ruang tamu kediaman Kak Engku pula telah memilih rona Olive Green di bahagian ‘Feature Wall’ manakala Pale Green pula untuk ‘Non-Feature Wall’ 

Mahu Gembirakan Ibu Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Berjaya Realisasikan Hasrat Kak Engku Mahu Gembirakan Ibu Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Berjaya Realisasikan Hasrat Kak Engku

IKLAN

Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Kak Engku? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand. 

Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Mahu Gembirakan Ibu Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Berjaya Realisasikan Hasrat Kak Engku

Baca artikel berikutnya: Ingin Beri Kejutan Buat Suami Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Realisasikan Impian Zulin Aziz

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI