Mesti ada di kalangan anda yang merupakan peminat setia dan pencinta warna hijau gelap atau lebih dikenali sebagai Emerald Green.
Memang tidak dapat disangkalkan lagi, pemilihan dekorasi yang bertemakan warna ini boleh membuatkan dekorasi kediaman anda tampak lebih elegan yang pastinya.
Bukan itu sahaja, dekorasi yang bertemakan rona Emerald Green ini juga mampu dan membolehkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik dan lain daripada yang lain.
Selain itu, pemilihan rona hijau gelap ini juga mampu mewujudkan suasana yang lebih mewah di samping gaya yang lebih anggun akan terserlah. Menarik bukan? Jangan ada yang silap sangka, walaupun warna Emerald Green ini dikategorikan sebagai antara warna yang gelap namun ia bukan lah pemilihan warna yang salah atau kurang sesuai untuk dekorasi rumah.
IKLAN
Ini kerana, rona hijau gelap atau Emerald Green ini sebenarnya boleh memberikan impak yang sangat besar terhadap dekorasi ruang dalaman kediaman rumah anda.
Jadi, mari kita lihat beberapa idea dekorasi yang bertemakan rona Emerald Green boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada anda semua.
IKLAN
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pembasmi Semut Dan Lalat “Homemade” Guna Cuka Dan Sabun Pencuci . “DI MANA ADA GULA, DI SITU ADA SEMUT.” Peribahasa ini sangat sinonim dengan kehidupan kita seharian kan. Ini bermakna ceruk mana pun kita duduk, selagi ada sumber makanan, semut akan datang. Plastik makanan nak-nak gula yang belum buka pun semut boleh masuk.
Kita pun beli lah bekas kedap udara yang mahal-mahal untuk simpan gula. Tiba-tiba terlupa nak tutup pulak kan.. dah ada road tour baru untuk semut. Macam-macam produk dah digunakan untuk mencegah dan menghapuskan semut. tetapi masih tidak berjaya. Kenapa perkara ini berlaku?
1. Semut dapat kesan sisa makanan terutamanya gula walaupun saiz nya hanya sebesar habuk.
2. Semut akan merembeskan bahan kimia untuk satu perjalanan yang baru. Jadi apabila ada makanan yang di kesan, semut akan pulang ke sarang dan inform koloni dia. Nanti ramai-ramai semut ke tempat makanan yang baru dijumpai tadi dengan menggunakan laluan yang telah ditinggalkan kesan kimia.
3. Anda tak musnah atau ambil tindakan terhadap semut yang kelihatan berseekoran. Tahu tak, sebenarnya mereka sedang mencari makanan baru untuk dijamu koloni. lain kali. musnahkan segera.
4. Segera musnahkan koloni semut yang dijumpai. Kalau tidak, jumlah koloni bakal berkembang biak pulak kalau tindakkan segera tak diambil.
Untuk membantras semut di dalam rumah, anda boleh cuba resepi yang dikongsikan oleh yatieimra di Facebooknya
Bahan-bahan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Cara-cara:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
Cara menggunakan spray:
1. Spray di kawasan laluan semut secara kerap. Memang lepas spray, kimia yang dihasilkan oleh semut akan hilang, tapi semut akan hasilkan laluan lain.
2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak.
3. Jadikan semburan untuk mencuci dapur selepas masak
4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).
5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)
6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.
Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih.
Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.
1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.
Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.
2. PERABOT KELABU.
Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.
3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.
Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.
4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.
Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.
5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.
Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.
6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.
Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.
7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.
Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.
8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.
Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.
9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.
Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, ruang tamu adalah tempat yang paling sibuk di dalam kediaman. Di ruang tamu lah tempat untuk beristirehat, menonton TV, bermain dan sebagainya. Bila dah jadi macam ni, isu rumah berselerak dan keselamatan lah menjadi keutamaan. Bagi memastikan ruang tamu anda selesa dan menjadi sebahagian play area untuk anak-anak, ini perkara yanag WAJIB di teliti:
BENTANG KARPET
Karpet ini bukan sahaja memberi keselesaaan kepada si cilik ketika bermain di ruang yang disediakan, malah ia sebagai sistem “zone” yang memisahkan ruang bermain dan bahagian yang lain. Pilih permaidani yang berwarna warni atau mempunyai karekter yang diminati oleh anak anda
Nota: Jangan pilih karpet dari jenis berbulu kerana ia mudah memerangkap habuk. Sebaiknya pilih jenis rug atau tatami yang mudah di cuci dan dibersihkan
SEDIAKAN RUANG PENGSTORAN
Sesetengah ruang di dalam kedaiman anda, mempunyai potensi sebagai ruang bermainan seperti di bawah tangga. Oleh itu sediakan kemudahan seperti bekas simpanan permianan atau rak untuk memudahkan anak anda menyimpan perminan. Disamping itu juga, kanak-kanak lebih cenderung bermain di tempat simpanan perminannya sahaja. Jadi secara tidak langsung, ia mampu mengelak ruang tamu anda dari berselerak dengan permainan
KESELESAAN OPTIMUM
Letak beberapa biji kusyen, floor pillow atau bean bag untuk menjadi tempat “landing” si cilik sambil bermain di sudut yang telah dipilih menjadi play area. Dah penat bermain, mesti mereka nak rehat seminit dua sebelum bangun semula dan teruskan bermain. Kanak-kanak kan suka berimagenasi, sementara mereka mencari idea, boleh baring atau duduk santai jika kemudahan tersebut disediakan
KELENGKAPAN
Menambah kemudahan dan keselesaan saat bermain di ruang atau sudut khas, sediakan kerusi atau meja mengikut kesesuaian saiz si cilik. Nanti, tak adalah permaian bersepah atas meja. Secara tidak langsung, ia lebih menggalak anak anda berfikir secara kreatif
DINDING MENCONTENG
Elak dinding anda menjadi tempat lakaran seni si cilik? Ini yang anda perlukan. Sediakan sebuah dinding padu, menjadi papan hitam sebagi ruang ekspirasi. Boleh guna cat atau pelekat “chalk board” yang banyak terdapat di pasaran. Jika anak anda masih kecil dan belum berminat untuk menconteng atau melakar, boleh gantikan dengan didning berwarna warni atau “Buzy board”
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.