Sudah bosan dengan bekas tempat letak ubat nyamuk yang sedia ada di rumah anda? Atau pun, bekas yang sedia ada telah pun rosak dan tidak boleh digunakan lagi? Jangan bimbang!
Kini, sudah ada idea menarik yang boleh anda lakukan untuk bekas tempat letak ubat nyamuk di rumah anda. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh buat sendiri sahaja bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Apa yang menariknya lagi, anda boleh membuat bekas tempat letak ubat nyamuk ini dengan menggunakan barangan terpakai seperti daripada tin susu lama sahaja.
Dengan ini, anda boleh berjimat-cermat dan tidak perlu pun berbelanja besar untuk menghasilkan bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Ads
Selain anda perlukan tin susu kosong lama, anda juga cuma perlukan ‘hot glue gun’dan cat semburan untuk mencantikkan lagi bekas tempat letak ubat nyamuk anda.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Siaran episod keenam rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan pelakon popular, Izreen Azminda sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil makeover dekorasi di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Dalam episod kali ini, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Selain itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga turut menyuarakan pandangan serta kemahuannya untuk perubahan dekorasi dalaman di ruang tersebut. Jelas Izreen, untuk transformasi dekorasi dalaman ruang tamu kediamannya dia telah memilih konsep yang bertemakan ‘Industrial’ sebagai pilihan.
Di samping itu, Izreen telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua pakar pereka hiasan dalaman dari Ella Furniture yang terlibat dalam usaha memberikan hasil dekorasi makeover yang terbaik.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa ‘3 seater’ dan dipadankan dengan sofa ‘bed’ sebagai pilihan. Untuk melengkapkan lagi dekorasi makeover tersebut, Puan Ella turut mencadangkan pemilihan sofa ‘Wing Chair’ rona kelabu.
Tambahnya lagi, untuk pemilihan material sofa pula Puan Ella menyarankan jenis material ‘Look Like Leather’ . Jelasnya, ini kerana material ini mempunyai fungsi untuk tidak menyerap haba panas dan di samping itu ia juga mudah dicuci sebagai pilihan bagi set sofa di kediaman Izreen. Jelasnya, pemilihan material ini sangat sesuai buat Izreen yang sudah berkeluarga dan mempunyai ramai anak kecil di rumah.
Ini kerana, material ini mempunyai kelebihan fungsi anti-calar serta jenis fabrik yang mudah untuk membersihkan kesan kekotoran.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Izreen Azminda? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Dekorasi ruang dalaman rumah yang berkonsepkan moden ini sememangnya sering menjadi tema pilhan ramai masa kini. Mana tidaknya, dekorasi seperti ini boleh membuatkan ruang dalaman rumah anda tampak lebih elegan, mewah dan bergaya.
Buat anda yang menyukai dan mahukan dekorasi ruang dalaman rumah yang berkonsepkan moden seperti ini, ada lima perkara yang wajib anda tahu.
Ini kerana, mungkin ada segelintir di kalangan anda yang masih belum mengetahui perkara ini dan mahukan tip bagaimana untuk membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah yang berkonsepkan moden seperti ini.
Oleh itu, dalam segmen Tip Impiana episod kali ini, kami kongsikan kepada anda lima perkara yang wajib anda tahu bagi yang gemarkan dekorasi berkonsepkan moden ini.
1.Penggunaan Lampu ‘Spot Light’ Adalah Wajib
Bagi anda mahu mendapatkan lampu ‘spot light’ yang sama seperti ini, boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
2.Gunakan Aksesori & Perabot Yang Berwarna Gelap
Jika anda mahu mendapatkan perabot katil yang sama seperti tertera pada gambar di atas, boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
3.Elakkan Menggunakan Langsir Jenis ‘Rod’
4.Elakkan Pengunaan Perabot Sofa Yang Bersaiz Besar
5.Pemasangan ‘Fluited’ Di Bahagian Ruang Tamu
Jika anda mahu mendapatkan ‘fluited‘ yang sama seperti tertera pada gambar di atas, boleh sahaja mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya untuk membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah tampak lebih moden? Anda boleh tonton video penuh pada pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Mesti ramai yang ingin tahu bagaimana caranya untuk sentiasa kekalkan rumah berbau wangi dan bersih. Oleh itu, anda boleh mencuba 4 petua di bawah ini yang dijamin sangat mudah untuk dilakukan dan murah!
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan pun sentiasa ada di rumah dan boleh divariasikan untuk menghasilkan cecair wangian ini. Selepas ini, apabila anda pulang ke rumah, kurang rasa letih dah sebab boleh menghirup udara bau yang menyegarkan sepanjang masa di rumah.
-1 penutup pelembut fabrik
-10 cawan air
1. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa, sebaliknya cuba cara ini sekarang.
-1 penutup pencuci lantai
-Cuka
-Air panas
1. Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.
2. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai.
Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
-1 penutup pelembut fabrik
– Cuka
1. Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.
2. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.
Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
-1 sudu kecil teh soda bikarbonat
-1 sudu teh cuka
-1 cawan air
1. Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur.
2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.
Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Ilham Impian
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.