Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan. 

Jika siaran episod Impiana Makeover Ruang Selebriti sebelum ini, kita telah menyaksikan pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa khas buat pengurusnya.

Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya

Bagi episod ketujuh rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kali ini pula telah menyaksikan pelakon terkenal, Vanidah Imran sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini. 

Bintang filem The Red Kebaya ini juga telah sama membuat satu langkah kelainan dengan memutuskan untuk menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa tersebut kepada pengurusnya yang lebih mesra disapa Kak Su. 

Jelas Vanidah, hadiah pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan buat Kak Sue setelah berkhidmat sebagai pengurusnya selama 14 tahun. 

IKLAN

Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya

Dalam episod kali ini, ruang tamu dan makan di kediaman pengurusnya telah dipilih sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada.

Ketika sesi temu bual perbincangan oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan pemilihan perabot sofa yang berwarna terang untuk tampak kelainan pada ruang dalaman kediaman tersebut.

Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya

IKLAN

Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Vanidah Imran? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand. 

Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

IKLAN

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Vanidah Imran Hadiahkan Dekorasi Makeover Istimewa Buat Insan Yang Paling Berjasa, Terukir Senyuman Kegembiraan Di Wajah Pengurusnya

Baca artikel berikutnya: Episod Keenam Impiana Makeover Ruang Selebriti, Izreen Azminda Berpuas Hati Miliki Sofa Tahan Lasak & Berkualiti Tinggi

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI