Kebiasaanya, Ramai antara kita yang akan menukar set cadar yang digunakan setiap 1 minggu sekali. Ia bertujuan untuk memastikan nikmat tidur sempurna di samping mencegah kehadiran bakteria. Tapi adakah sarung bantal anda pun hanya perlu ditukar seminggu sekali?
Menurut Australian Cleaning Expert, Shannon Lush, Sarung bantal perlu ditukar lebih kerap. Berapa kekerapan yang perlu anda lakukan untuk tukar sarung bantal?
2 hari sekali
Terkejut? Kenapa?
“Sarung bantal harus ditukar setiap 2 hari sekali tanpa gagal” Ulas Shennon Lush kepada akhbar news.com.au
Ads
“Hal ini disebabkan oleh bahagian kepala dan muka anda adalah yang paling kotor berbanding bahagian lain anggota badan walaupun kita telah lakukan cucian setiap hari”
Bahagian kepala tanpa kita sedar merupakan tempat yang paling banyak terkandung kulit mati. Kotoran pada kepala yang melekat pada sarung bantal juga merupakan antara punca wujudnya blackhed.
Ads
Dengan iklim Malaysia pula yang lembap sepanjang tahun, lebih kerap sarung bantal dan cadar katil perlu ditukar. Bagi mereka yang kuat berpeluh dan tidak memakai baju ketika tidur, anda lah penyumbang utama kepada pembiakan bakteria di atas katil. Ia boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dengan lebih cepat, tungau, kulat dan pelbagai lagi yang tidak baik untuk kesihatan kulit anda kelak.
Ads
Anda lebih kerap dan galak memperuntukkan produk kecantikkan dan penjagaan kulit, tapi ada satu benda yang paling penting dan ringkas anda abaikan. Sarung bantal dan alas cadar.
Dah buat treatment mahal-mahal di spa, balik rumah anda dengan selesanya memeluk bantal dan ada tu yang cium macam dapat candu tanpa hiraukan kebersihannya.
Lebih mengejutkan, Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Australian Cleaning Expert, hanya 42% manusia yang dikaji akan menggantikan set cadar dan sarung bantal mereka 1 minggu sekali. Selebihnya 36% setiap 2 minggu sekali dan 15% 1 bulan sekali. Ini bermakna, sebersih mana dan cerewet anda kepada kebersihan, jika anda tidak menukar set cadar anda seminggu sekali dan sarung bantal 2 hari sekali anda bukan lah seorang yang pembersih.
Warna bukan hanya sekadar pengalaman visual. Ia dilihat sebagai salah satu bentuk komunikasi yang membolehkan manusia menyerlahkan personaliti dan perwatakan. Selain itu, warna juga merupakan salah satu cabang psikologi yang boleh mempengaruhi mood dan emosi seseorang. Sudah tentu saja, reaksi terhadap setiap warna adalah subjektif bergantung kepada individu, tetapi secara umumnya, beberapa jenis warna menghasilkan tindak balas yang lebih spesifik. Warna-warna hangat seperti merah, kuning dan oren boleh menghasilkan perasaan panas atau agresif, manakala warna sejuk seperti hijau dan biru boleh menenangkan atau melambangkan melankolik.
Warna yang dipilih untuk setiap ruang dalam rumah akan mencerminkan keperibadian anda. Walaupun kebanyakan dari kita mungkin tidak menghabiskan banyak masa berfikir tentang warna cat dinding dan menganggap ianya perkara yang remeh, sebenarnya pemilihan warna yang tepat boleh memberi kesan kepada mood dan perasaan kita setiap hari. Tidak perlu bimbang dan terlalu mengejar trend semasa untuk mempunyai rumah yang indah. Trend atau gaya hiasan dalaman akan sentiasa datang dan pergi. Pemilik kediaman yang bijak akan memastikan proses pemilihan warna cat dinding dan aksesori dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar ruang kelihatan sepadan dengan personaliti serta gaya hidup seseorang..
BIRU
Warna ini boleh menurunkan tekanan darah dan menstabilkan pernafasan, oleh kerana itu biru dianggap warna yang menenangkan, santai dan tenang. Paling sesuai digunakan di bilik tidur dan bilik mandi, biru pastel cantik apabila dipadankan dengan warna warm agar ruang tidak kelihatan terlalu ‘sejuk’.
MERAH
Merah melambangkan keyakinan, kegembiraan dan tenaga. Pilihan yang sesuai jika anda ingin membangkitkan keseronokan, terutamanya pada waktu malam. Penggunaan warna ini di ruang tamu atau ruang makan, dapat merangsang perbualan ataupun perasaan lapar. Di pintu masuk pula, merah boleh memberikan impak dan first-impression yang berkekalan.
KUNING
Kuning memberi perasaan gembira dan bahagia ibarat cahaya matahari yang bersinar. Ia adalah pilihan yang sangat baik untuk dapur, ruang makan dan bilik mandi, di mana ia dapat menaikkan semangat. Dalam ruangan yang kecil pula, penggunaan warna kuning dapat memberikan perasaan luas dan mesra. Walaupun kuning merupakan warna ceria, ia bukan satu pilihan yang baik untuk skim warna utama. Kajian menunjukkan bahawa orang akan lebih cenderung untuk hilang sabar di kawasan yang dipenuhi kuning.
HIJAU
Hijau menenangkan dan menyejukkan mata. Menggabungkan kualiti menyegarkan biru dan keriangan kuning, hijau adalah warna yang sesuai untuk mana-mana bilik di rumah. Hijau juga mempunyai kesan menenangkan apabila digunakan sebagai warna utama untuk menghias. Ia juga dipercayai dapat membantu dalam isu kesuburan.
UNGU
Ungu yang gelap akan menjadikan ruang tampak kaya, dramatik dan sofistikated. Ia juga dikaitkan dengan kemewahan dan kreativiti yang dapat merangsang imaginasi. Bagi ungu yang lebih lembut seperti lavender pula, ia membawa kualiti yang sama seperti warna biru muda. Memberi ketenangan dan kenyamanan.
OREN
Warna ini membangkitkan semangat dan merupakan warna bertenaga. Walaupun bukan idea yang baik untuk ruang tamu atau untuk bilik tidur, warna ini mungkin sesuai digunakan pada ruang yang memerlukan produktiviti. Warna oren akan membawa keluar semua emosi yang anda perlukan ketika sedang bekerja mahupun bersenam. Dalam budaya masyarakat purba, oren dipercayai boleh membantu menyembuhkan paru-paru dan meningkatkan tahap tenaga.
NEUTRAL (PUTIH, HITAM, KELABU DAN COKLAT)
Warna-warna ini merupakan asas bagi semua teknik menghias rumah. Warna hitam yang digunakan dalam kuantiti yang kecil sesuai menjadi accent ruang. Malah, ada pakar berpendapat bahawa setiap bilik memerlukan sentuhan hitam kerana warna ini dapat memberikan ruang lebih karakter. Putih pula sudah sinonim dengan kesucian dan kebersihan. Menjadikannya warna pilihan selamat bagi mereka yang masih tidak berani bermain warna. Kelabu klasik, elegan dan sesuai dipadankan dengan semua warna. Sesiapa yang sukakan kelabu adalah seorang yang bijak dan berdisiplin. Warna coklat pula mewakili alam sekitar, keselamatan dan kepuasan. Sesiapa yang memilih coklat cenderung untuk sukakan alam semula jadi, kesederhanaan dan keselesaan.
Jangan lupa temui kami 5 Ogos ini, hari Ahad untuk mengetahui warna diri anda. Hanya di MisFit 2018 bertempat di PWTC.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
3 Jenis Daun Ini Mampu Cegah Kehadiran Tikus Dalam Kediaman Anda, kalau tak percaya cuba tanam atau simpan daun-daun ini.
Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman. Pelbagai langkah sama ada dari segi penggunaan racun perangkap telah dilakukan. Bukan nya makin berkurangan malah semakin banyak. Kalau nak guna racun pulak, bila si tikus mati di tempat-tempat tersorok dah susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah. Tapi ada 3 bahan alami ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus ke kediaman anda.
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum diletakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran Cik Ti di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran Cik Ti di rumah kan?
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluannya. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Kebanyakan kita pastinya pernah menghadapi masalah tahi cicak yang memenuhi sudut pintu dan celahan tingkap. Amat menjengkelkan dan naik kembang tekak bila tengok lama-lama kan? Sememangnya sudah menjadi kemestian untuk dibersihkan, walaupun tahu tahi cicak akan berkumpul semula dicelah-celah tingkap tadi. Bukan mudah nak bersihkan, lebih-lebih lagi yang sudah mengeras kerana dibiar lama.
Buat pemilik rumah yang sudah buntu macam mana nak kurangkan masalah jelek ini, wanita ini ada kongsikan tips dan panduan membasmi tahi cicak dengan hanya menggunakan tiga bahan. WOW!
Tak mahu berperang dengan cicak, lebih baik cari jalan elak dari cicak buat onar di tepi tingkap dan lantai. Kita buat spray penghalau.
Bahan-bahan yang diperlukan ;
– 1/3 Cuka makan
– 1/3 Air
– 1/3 Cecair pencuci pinggan
Campurkan kesemua bahan tadi mengikut nisbah yang ditetapkan di dalam botol spray. Kemudian semburkan pada kawasan yang selalu menjadi pusat perkumpulan cicak. Selain cicak, gabungan bahan tersebut juga boleh digunakan untuk menghalau semut. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.