
Gimik Letupan (LIMA’25) 3 Kali Lebih Kuat, Pemilik Kediaman Terkesan Tingkap Kaca & Dinding Kayu Pecah. Baru-baru ini, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 yang berlangsung pada 20-24 Mei 2025 membuka tirai dengan aksi pembukaan yang memukau oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Opening Gambit” tersebut melibatkan 25 buah aset TUDM yang terdiri daripada 6 pesawat pejuang, 5 pesawat pengangkut, 6 pesawat latihan dan 8 helikopter.
LIMA’25 Gimik Letupan 3 Kali Ganda Lebih Kuat
Namun demikian, perkongsian di Tiktok milik syedmirza4693, merupakan salah seorang pemilik kediaman yang mengalami kerosakan rumah akibat kesan gimik letupan LIMA’25 tersebut mengatakan persembahan pembukaan gimik letupan tersebut dikatakan 3 kali ganda lebih kuat dari letupan tahun sebelum ini. Ia mengakibatkan banyak rumah penduduk berhampiran yang terkesan dan mengalami kerosakan.
“Tahun ni bom 3 kali ganda lagi kuat dari tahun sebelumnya jadi effect lagi kuat,” jelasnya.
Isu Keselamatan & Risiko Pecah Rumah
Pemilik kediaman tersebut berkongsi video kerosakan rumah yang dialami iaitu cermin tingkap dan dinding kayu yang pecah susulan daripada gimik tersebut dalam penganjuran LIMA’25 kali ke17 ini. Sekali gus berkongsi kerisauan mengenai soal keselamatan dan risiko pecah rumah memandangkan kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai.
“Bukan pasal nilai kenegaraan, ini pasal keselamatan dan risiko pecah rumah itu tinggi, macam mana nak tinggal rumah untuk pi keja/urusan lain. Kawasan ni tempat tumpuan ketika LIMA,”
“Kat sini semua bekerja. Takkan nak tinggal rumah dengan tingkap terbuka. Saya bercakap pasal keselamatan rumah jika ditinggalkan dengan tingkap terbuka.. 34 tahun dah di sini, 17 kali event ni saya tengok. Tak menjadi masalah pun. Tak pernah pun orang kampung sini mempersoalkan berkaitan event ini,
“Sebab tahun ni letupan gimik tu dikuatkan. Jadinya berlaku pada tahun ini,
“Kawasan tersebut sudah menjadi tumpuan pelancong and orang datang,” jelasnya.
Harap Gimik Letupan “Opening Gambit” Dikurangkan Kekuatannya
Namun kekal positif dengan pengajuran LIMA yang diadakan setiap 2 tahun sekali, serta berharap kekuatan gimik letupan dapat dikurangkan.
“Terima kasih #LIMA2025.Menarik semua show. Alhamdulillah. Maju Langkawi. 2 tahun lagi kurangkanlah letupan GAMBIT tu selari terus dengan runaway. Inshallah lagi padu,”ujarnya lagi.
Disamping itu, pemilik kediaman juga telah membuat laporan dan masih menanti tindakan susulan daripada pihak berwajib.
“Saya dah report dan tunggu tindakan susulan. Saya pun terima ja orang komen. Jangan risau. Masih berlapang dada,” ujarnya.
@syedmirza4693 Terima kasih #LIMA2025. Menarik semua show. Alhamdulillah. Maju Langkawi. 2 tahun lagi kurangkanlah letupan GAMBIT tu selari terus dengan runaway. Inshallah lagi padu #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #foryoupage #LIMA2025 #LIMALangkawi #LangkawiAirShow #LIMAExhibition #LIMA ♬ Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain
Mesti Baca: Elak Risiko Anak Terjatuh Dari Rumah Bertingkat, Ini Tip Keselamatannya!
Baca Lagi Di Sini: Tip Tinggalkan Rumah Dengan Selamat SEBELUM Balik Kampung Beraya, Elak Tragedi Tidak Diingini
Artikel Menarik: Tutup Bekalan Elektrik Pada Mesin Penapis Air Jika tidak Digunakan Dalam Tempoh Lama
IMPIANA: Semoga dipermudahkan segala urusan buat pemilik kediaman dan segala kerosakan mendapat pampasan serta digantikan dengan lebih baik. Ada benarnya, apabila kawasan rumah menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai, apabila rumah mengalami kerosakan, perkara yang dibimbangkan adalah soal keselamatan penghuni dan pecah rumah.
Sumber: Syed Mirza4693
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI