
Idea Barang Rumah Cikgu Suka, Sesuai Dijadikan Hadiah HARI GURU, Harga Jimat Bajet! Setiap kali tibanya sambutan Hari Guru di sekolah, bukan sahaja anak-anak, mak ayah juga pasti teruja dalam meraikannya. Ia masa untuk mendidik anak-anak agar menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang telah mengajar mereka. Salah satunya dengan memberi hadiah sebagai penghargaan buat guru.
Namun demikian buntu juga untuk memikirkan hadiah yang sesuai diberikan buat cikgu-cikgu ini. Selain, kad ucapan dan barangan keperluan untuk kegunaan di sekolah seperti, pen, marker, kertas putih A4, barangan rumah juga ada yang sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan digemari oleh cikgu-cikgu ini. Paling penting harganya berpatutan dan jimat bajet.
Boleh berikan kepada semua cikgu-cikgu di sekolah, cikgu yang mengajar mengikut matapelajaran mahupun guru kelas. Semuanya bergantung pada ‘poket’ dan bajet yang mak ayah ada.
Ini antara hadiah yang boleh dipertimbangkan bukan sahaja praktikal namun boleh guna lama.
1. Diffuser + Essential Oil
Bagi cikgu relaks dan tenang lepas seharian kerja. Bau lavender, peppermint atau eucalyptus memang popular.
2. Set Mug Cantik + Teh/Kopi
Pilih mug dengan design simple tapi classy. Banyak yang dijual di pasaran di kedai Eco pun ada. Kena pandai pilih. Boleh juga tambah uncang teh atau kopi tempatan yang sedap.
3. Mini Potted Plant / Pokok Hiasan
Pilih Pokok kecil macam kaktus, snake plant, aloe vera, Spider plant, ZZ Plant atau succulent dengan pasu yang comel. Pokok ni senang jaga dan cantik letak dekat meja guru.
4. Set Tuala Tangan / Tuala Muka Berkualiti
Pilih warna neutral, kain lembut dan tebal – nampak eksklusif walaupun simple.
5. Scented Candle / Lilin Wangi Kecil
Boleh pilih bau yang menenangkan contohnya vanilla, lavender, rose, atau sandalwood.
6. Set Pinggan / Cawan Ceramic Handmade
Unik dan berguna – boleh cari set 2 atau 4 biji untuk hadiah.
7. Planner Rumah / Weekly Menu Board
Sesuai untuk cikgu yang suka organize. Ia praktikal dan nampak aesthetic.Boleh juga sertakan pen comel dan sticky notes.
Kalau nak lagi personal, boleh letak kad ucapan tulis tangan dan balut kemas-kemas. Kalau cikgu tu perempuan, boleh pilih warna lembut macam pastel atau earthy tone. Kalau lelaki, pilih design yang simple dan elegant.
8. Magnet Peti Ais
Boleh cari ‘Fridge magnet’ dengan kata-kata motivasi atau ucapan hari guru untuk cikgu.
Mesti Baca: 8 “Indoor Plant” Terbaik Yang Mudah Di Jaga
Baca Lagi Di Sini: Hanya Tanam Indoor Plant Ini Berkesan Tapis Udara Berhabuk Dalam Rumah
Artikel Menarik: Tip Basuh Cadar Dan Tuala Putih Supaya Tak Jadi Kuning
IMPIANA: Semoga bermanfaat dan memberi idea buat mak ayah yang ingin menghadiahkan cikgu-cikgu sempena hari guru. Paling penting, ikut lah bajet yang ada. Bagi hadiah bukan satu kewajipan namun sekadar penghargaan buat cikgu yang bertungkus lumus mengajar anak-anak kita.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI