Cantik, cozy dan timeless dekorasi kondominium keluasan 1,257kps yang berkonsep Moden Kontemporari ini. Pemilik kediaman Noor Sabarina Kasim inginkan gaya dekorasi yang kekal relevan sepanjang zaman dan ‘first impression’ apabila kaki melangkah masuk ke rumah bagaikan vibes berada di hotel 5 bintang.
Berkongsi cerita lebih lanjut, pemilik baru sahaja berpindah masuk kediaman indah ini pada Mac 2025 yang lepas. Setelah 7 tahun tinggal di rumah sewa di Cheras yang juga jenis kondominium.
“Basically konsep rumah ni Modern Contemporary, tapi kita masukkan sedikit elemen rustic and wood, bagi memenuhi citarasa husband and wife,” jelas Sabarina membuka bicara.
Pemilik kediaman, Noor Sabarina Kasim
Keutamaan Sewaktu Dekorasi Kediaman
Setiap pemilik kediaman pastinya mempunyai ruang tertentu yang menjadi keutamaan sewaktu dekorasi rumah. Bagi Sabrina, perkara yang menjadi keutamaan dia dan suami ialah ruang tamu, ruang hadapan (entrance) dan ruang makan.
“Masa mula-mula kita cari ID, kami cakap nak utamakan living hall, entrance and also dining area.
“Bila balik rumah nak vibes ala-ala hotel, rasa cozy, spacios dan selesa.
“Dari segi warna, kami tekankan dekat ID untuk look yang nampak luas. So memang of couse lah akan memang pilih color cream, beige with the combination of wood and little bit of grey,” ujar Sabarina.
Ternyata pemilihan warna dan gabungan konsep moden kontemporari menepati citarasa pemilik sekaligus mampu menjadikan ruang tampak ‘clean look’, elegan,luas dan lapang.
Wall Panel ‘Statement’ Ruang Makan
Ruang makan kediaman ini juga tampak cukup menyerlah disamping lampu chandilier yang mewah, pemilihan wall panel yang tepat juga mampu menjadi ‘statement’ atau titik tumpuan pada ruang ini.
Ads
“Wall Panel memang custom made. Kami nak satu feature wall yang boleh jadi ‘statement’ dekat ruang dining room. Kami pilih fluted panel, panel marble look and also reflective mirror. Begitu juga pemilihan wainscoating yang simple sebagai contrast pada ruang dining area ini,” ujar Sabarina.
Praktikaliti Rekaan ‘Curvy Curve’ Pada Perabot
Menariknya, bukan sahaja pemilihan material yang menjadi keutamaan, pemilik juga mementingkan aspek praktikaliti dari segi rekaan. Rekaan bentuk ‘Curvy Curve’ dapat dilihat pada perabot seperti meja makan, kerusi meja makan dan table console yang memang dibuat khas custom made. Ia juga untuk keselamatan anak-anak yang sedang membesar.
“Kalau perasan dekat rumah ni banyak elemen ‘curvy’ seperti dekat meja makan, kerusi pun sama, kami memang minta untuk ada ‘curvy curve’.
“Dekat console table juga kami pilih ‘curvy corner’, jadi tak de lah bila anak-anak berlari terhantuk tajam,” jelas Sabarina ibu kepada 3 cahaya mata ini.
Ads
Full Height Cabinet
Selain itu, ruang penstoran maksimum juga diberi penekanan penting sewaktu renovasi rumah. Memandangkan kediaman ini tidak mempunyai ‘utility room’, pemilik meminta pihak ID membina ‘full height cabinet’ bagi memaksimumkan penstoran pada kediaman.
“Kami request dengan pihak ID untuk membuat banyak ‘full height cabinet’ seperti pada kabinet TV, dalam bilik dan dapur. Salah satunya kerana rumah ini tidak mempunyai ‘utility room’ jadi ia untuk storage, simpan banyak barang-barang,” kata Sabarina yang menjadikan ruang tamu dan master bedroom sebagai ruang favorite spot dirinya.
Menjengah ke ruang dapur, pemilik membuat kabinet dapur dengan kemasan Quartz Stone corak marble pada kaunter top dan solid plywood kombinasi rona walnut serta beige pada pintu kabinet. Rona ‘contrast’ ini dipilih supaya ruang tampak lebih luas dan lapang. Selain itu pada dapur kering, menariknya perkakasan asas seperti induction cooker, oven, hood dan peti sejuk telah disediakan oleh pihak pemaju.
Ads
Akhir kata, tiada tempat yang lebih bermakna melainkan berada di rumah sendiri. Definisi rumah buat pemilik ialah rumah seharusnya menjadi rumahku syurgaku. ‘Make your house into a home’. Rumah menjadi tempat yang selesa untuk didiami, cantik, sedap mata memandang dan selamat.
INFO KEDIAMAN:
Nama Pemilik: Noor Sabarina Bt Kasim Usia Kediaman: Mac 2025 Konsep Hiasan Dalaman: Moden Kontemporari Lokasi: Setiawangsa Keluasan Kediaman: 1,257kps Nama Pereka ID : Inspirasi Eladeko Anggaran Kos Renovasi/Ubahsuai Rumah: RM90K ++
Jenis Kediaman: Kondominium Spesifikasi Ruang Kediaman:
( Ruang Tamu, Ruang Makan, Dapur Kering, Dapur Basah, 3 Bilik tidur, 2 Bilik Air, Balkoni)
Tonton video penuh House Tour kediaman ini bersama pemilik di sini.
IMPIANA: Semoga perkongsian video House Tour Kondominium 1,257kps gaya Moden Kontemporari ini memberi inspirasi buat pencinta dekorasi kediaman yang lain untuk dijadikan inspirasi.
Bagai ada yang tidak kena, di celah-celah tata hias sofa indah di segenap ruang, munculnya sebuah peti usang dijadikan meja kopi utama? Kegilaan apakah ini? Adakah selari estetika perabot yang ada dengan sebuah peti usang ini? Apakah relevannya ia di tempatkan di situ?
Sebenarnya idea menempatkan beg atau bagasi besar, peti lama dan sebagainya merupakan salah satu idea kreatif dalam menghidupkan suasana shabby chic, yang menggunakan apa yang ada di dalam sebuah kediaman dan diganti fungsinya. Selalunya ia dicat kembali bagi memberikan satu kelainan dan ada juga yang dibiarkan bebas tampil lusuh penuh tanda tanya juga cerita.
Mungkin bagi kita ia nampak ganjil tetapi ia sebenarnya merupakan idea yang menarik malah unik. Ruang nampak tersendiri dan hadirnya objek misteri tersebut boleh juuga memancing pandangan serta menjadikan ruang penstoran jika masih boleh digunakan. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
“A house that make you feel at home”. Definisi rumah bagi pemilik kediaman ini. Begitulah seharusnya pengertian bagi sesebuah kediaman, mampu membuatkan penghuninya rasa tenang dan bahagia apabila berada di rumah sendiri.
Saat pertama kali IMPIANA melihat dekorasi rumah yang dikongsikan oleh Puan Roszita Md Khairi ini laman media sosialnya, hati sudah terpesona. Memang cukup indah dan mendamaikan konsep dekorasi yang dipilih baik di dalam rumah mahupun di laman.
Sungguh pemilik mempunyai citarasa yang tersendiri dalam menghias rumah banglo berkeluasan 3,200 kaki persegi yang terletak di Johor ini. Malah walaupun tanpa latarbelakang dalam bidang hiasan dalaman, setiap cetusan idea dekorasi rumah hanyalah daripada kreativiti pemilik sendiri dan gandingan hebat suami yang handal bertukang. Hasilnya, memang cukup sempurna.
Konsep Rumah ‘Mediterranean Style’
Bagi pemilik, ruang balkoni dibina tidak begitu besar bertepatan dengan rumah berkonsep ala ‘Mediterranean Style’. Malah konsep dekorasi juga mengikut citarasa sendiri asalkan sedap mata memandang. Malah menggandingkan konsep baru dan lama untuk dekorasi rumah.
“Rumah kami ni boleh dikatakan ala Mediterranean style. Jadinya balkoni kami tak seluas balkoni rumah-rumah di Malaysia,”
“Mempunyai konsep deko yang sedap di mata saya memandang. Saya follow trend tapi tidak sampai terlampau mengikut sangat. Nak kata “old school” saya ni boleh lah jugak. Saya suka mix old and new but definately no for modern concept,” ujarnya.
‘Grill’ kerawang besi di gerbang pintu masuk utama dihasilkan oleh suami pemilik yang cukup kreatif dan pandai bertukang sendiri.Ruang balkoni berkonsep ‘Mediterranean Style’.Ruang makan dan ruang tamu kediaman.
Perancangan Masa Hadapan
Spesifikasi ruang kediaman ini mempunyai 6 bilik, 6 bilik air, ruang laundry, pantry dan 1 ruang dapur. Perancangan masa hadapan, pemilik berhasrat untuk membuat ‘outdoor kitchen’ untuk kegunaan apabila berkumpul seisi keluarga.
“Saya hanya ada 1 kitchen sahaja sebab dulu fikirkan membazir ada dry kitchen. Buat cantik-cantik tapi tak guna. Cuma sekarang plan nak buat outdoor kitchen untuk family buat BBQ atau steamboat. Tapi ini perancangan projek akan datang. Perlahan-lahan kami buat, sebab kami buat sendiri. Saya design dan suami yang bertukang,” ujarnya.
Kabinet dapur serba putih dengan kemasan ‘Quartz Stone’ pada kaunter top.
Pantry dengan konsep rak terbuka, memudahkan pemilik melihat stok makanan yang ada.Ruang laundry yang direka dan dihasilkan sendiri oleh pemilik.Tingkat atas kediaman.
Tingkat 2 merupakan ‘favorite spot’ yang menempatkan ruang bacaan dengan percikan rona lebih ceria.
Percikan rona lembut menjadi pilihan di bilik tetamu.
Laman indah dihiasi pepohon menghijau menjadi ruang santai ketika minum petang.
Tahniah buat pemilik sekeluarga yang berjaya menjadikan “A House That Make You Feel At Home”. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain dalam mendekorasi rumah sendiri.
Nama Pemilik:Roszita Md Khairi & Azman Jamaludin Jenis Kediaman: Banglo 2 Tingkat Usia Kediaman: 5 Tahun Lokasi: Johor Keluasan Kediaman: 3200 kaki persegi Spesifikasi Ruang: 6 bilik + 6 bilik air dan 1 dapur Konsep: Mediterranean Style
Scandinavian Interior Design ini adalah rekabentuk hiasan dalaman rumah yang popular di negara-negara Eropah merangkumi negara Denmark, Norway dan Sweden. Yang menariknya tentang gaya hiasan ini, ia sebenarnya sangat popular digunakan dalam kebanyakkan dekorasi atau hiasan interior yang anda lihat pada hari ini.
Mengetahui sedikit sebanyak tentang gaya hiasan Scandinavian Interior Design, ini 10 ciri-ciri utama yang selalu digunakan.
1. Tiada Penggunaan Permaidani
Mereka tidak menggunakan karpet/permaidani, sebaliknya hanya berlantaikan kayu sahaja.
2. Cahaya dan Penyesuaian Warna
Musim sejuk sangat panjang bagi orang-orang Skandinavia, mereka lebih gemar memilih warna putih. Ini membantu ruang kelihatan cerah dan mewujudkan suasana lebih tenang.
3. Pemilihan Kayu
Kebanyakkan lantai dan dinding orang Skandinavia diperbuat daripada kayu. Selaras dengan tema mereka, kayu yang digunakan biasanya merupakan kayu ringan seperti pokok bic dan pinus.
4. Garisan
Penggunaan garisan, biasanya tidak terlalu ketara. Ia berfungsi untuk mewujudkan suasana yang lebih moden dan kelihatan tersusun.
5. Kemas dan tidak serabut
Secara tradisional, kebanyakkan rumah orang Skandinavia sangat kecil, jadi mereka menghadkan penggunan perabot dalam rumah mereka. Gunakan apa yang perlu sahaja. Konsep yang sama digunakan dalam dekorasi minimalis.
6. Penataan Lebih Ringkas
Hiasan ringkas. Kebanyakkan dinding rumah mereka kosong, kalau ada pun hanya satu atau dua perkara sahaja. Contohnya bingkai gambar. Ini mengelekkan dari kelihatan membosankan.
7. Hiasan Minimal dan Praktikal
Orang- orang Scandinavians juga gemar menyimpan benda-benda ringkas dan praktikal.
8. Cahaya semula jadi
Membiarkan sebanyak mungkin cahaya masuk ke dalam rumah, sebab itu mereka menghadkan pengguna perabot di dalam rumah. Rumah nampak lebih cerah dan terang.
9. Tumbuhan hijau
Untuk membantu menghidupkan ruang dan membawa masuk udara segar, pokok-pokok hijau juga merupakan salah satu hiasan yang digunakan dalam rumah mereka.
10. Selesa
Bukan sahaja menggunakan apa yang perlu sahaja, malah mereka mengutamakan keselesaan dalam setiap perkara yang digunakan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!