Dalam dunia dekorasi, sebuah kediaman bukan sekadar tempat tinggal, tetapi refleksi jiwa pemiliknya. Itu jugalah yang ditunjukkan oleh Naa, pemilik banglo berkeluasan 1500 kaki persegi ini. Dengan konsep Transitional yang menggabungkan elemen klasik dan moden, kediaman berusia tujuh tahun ini tampil tenang, selesa dan penuh karakter.

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Cinta Pandang Pertama – Cahaya Semula Jadi

Menurut Naa, antara sebab utama dia jatuh cinta dengan rumah ini adalah lokasinya yang strategik dan bukaan tingkap besar di ruang tamu yang membenarkan cahaya semula jadi melimpah masuk. Ruang yang terang ini menjadi asas penting dalam membentuk suasana yang damai dan lapang.

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Inspirasi Dekorasi: Antara Eksperimen & Pengalaman

Ilham dekorasi diperoleh dari Pinterest dan Instagram, namun segala susun atur dan hiasan dilakukan sendiri oleh Naa, melalui eksperimen dan pengalaman. Dengan bajet renovasi sekitar RM150,000, proses ubah suai dilakukan dalam dua fasa – tiga bulan untuk fasa pertama, dan sebulan lagi untuk fasa kedua. Menariknya, ada ruang seperti bilik air dan halaman belakang yang masih dalam perancangan, menjadikan rumah ini projek yang sentiasa berkembang.

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Ads

 Ruang Pilihan: Dari Dapur Ke Ruang Keluarga

Ruang keluarga, yang asalnya dapur, menjadi tempat kegemaran Naa. Susun atur terbuka yang bersambung dengan kawasan sisi rumah menjadikannya ruang rehat untuk seisi keluarga. Ruang ini juga menawarkan pemandangan bukit-bukau hijau yang menenangkan.

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Ads

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Diy VS Barang Siap

Walaupun Naa mengupah pembuat kabinet profesional untuk kerja-kerja kabinet, kebanyakan perabot dihasilkan melalui projek upcycle daripada perabot lama. Gabungan tukang profesional dan projek DIY ini membantu mengimbangi kualiti dan kos.

Banglo 1500sqft Ini Berubah Jadi Rumah Idaman Hasil Sentuhan Kreatif Pemiliknya

Tip Ubah Suai Dengan Bajet Terhad

  • Fokus pada Elemen Berimpak Tinggi: Cat dinding baru atau lampu baharu boleh mengubah suasana ruang dengan kos rendah.
  • Upcycle Perabot Lama: Segarkan perabot sedia ada dengan cat atau upholsteri baru untuk penampilan baharu yang menjimatkan.
  • Beli Barangan Terpakai: Platform seperti Carousell, Facebook Marketplace atau kedai perabot terpakai menawarkan barang unik pada harga berpatutan.

 

Ads

Kesilapan Jadi Pengajaran

Pada awalnya, Naa kerap membeli barang hiasan tanpa memikirkan fungsinya, menyebabkan ruang menjadi sesak dan pembaziran. Kini, Naa lebih berhati-hati, hanya melabur dalam barang yang benar-benar disukai dan mempunyai kegunaan praktikal.

Kediaman ini membuktikan, dengan rasa, usaha dan sedikit keberanian, sesiapa sahaja boleh mengubah rumah menjadi ruang impian, walaupun dengan bajet sederhana.

Mesti Baca: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal
Baca Lagi Di Sini: Kabinet Dapur Biarlah Binaannya Praktikal, Ini Layout Yang Betul Dan Ideal
Artikel Menarik:DIY Kabinet Dapur Lama Usia 10 Tahun Guna Empat Bahan, Terus Nampak Macam Baru

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI