
Renovasi kediaman tanpa ‘hacking’ pada dinding, hasil memang ‘wow.’ Ubah suai rumah sering menjadi pilihan pemilik kediaman untuk memberikan suasana baru yang lebih selesa dan menarik. Namun, salah satu cabaran yang biasa dihadapi dalam proses renovasi adalah sekatan untuk tidak melakukan kerja-kerja ‘hacking’ atau memecahkan dinding.
Renovasi Kediaman Tanpa ‘Hacking’ Pada Dinding,Hasil Memang ‘Wow’
Teknik renovasi tanpa ‘hacking’ memberi kelebihan kerana ia lebih selamat, menjimatkan kos, dan mempercepatkan tempoh siap kerja. Bagi penambahan sistem pendawaian elektrik, lampu, aircond mahupun paip air, semua elemen tersebut boleh disembunyikan di sebalik kabinet bina dalam, siling plaster, atau panel partition tanpa menjejaskan reka bentuk dalaman.
Selain itu, pemilihan konsep seperti moden farmhouse yang menggabungkan unsur kayu dan rotan dapat memberikan sentuhan elegan tanpa perlu mengubah struktur asal rumah. Penggunaan aksesori seperti kabinet TV, almari pakaian bina dalam, langsir, serta perabot khusus juga membantu mencipta suasana yang lebih eksklusif dan selesa.
Berikut perkongsian daripada Jangoks ID
Syukur ke hadrat Ilahi, satu lagi projek ubah suai dan dekorasi kediaman jenis townhouse di Rawang berjaya kami siapkan dengan jayanya. Rumah Selangorku bersaiz 1000 kaki persegi ini telah kami transformasikan dengan konsep moden farmhouse yang digabungkan dengan elemen kayu dan rotan sebagai sentuhan utama.
Cabaran utama projek kali ini ialah kami tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja hacking pada dinding. Namun begitu, pasukan Jangoks ID tetap kreatif dalam menyembunyikan pemasangan tambahan seperti pendawaian elektrik dan sistem paip di sebalik kabinet serta panel partition.
Berikut hasil kerja yang telah berjaya disiapkan:
Skop kerja yang dijalankan:
Kerja Renovasi:
*Pendawaian elektrik lengkap untuk seluruh rumah termasuk pemasangan aircond
*Plaster ceiling dan cat keseluruhan rumah
*Pemasangan pintu sliding untuk dapur basah dan kering
*Pemasangan tingkap baru di bahagian yard
*Pemasangan panel partition di bilik utama
*Grill keseluruhan rumah
Kerja Dekorasi Dan Perabot:
*Rekaan dalaman menyeluruh termasuk perabot lengkap setiap ruang
*Pemasangan langsir dan bidai seluruh rumah
*Kabinet dapur basah dan kering menggunakan material blockboard formica serta kemasan top quartz stone
*Pintu poket (pocket door)
*Kabinet TV
*Almari pakaian bina dalam di bilik utama dan bilik kedua
*Kabinet kasut
*Pemasangan lantai SPC
*Wainscoting
*Cermin custom-made
*Karpet seluruh rumah
*Pelbagai aksesori hiasan lain seperti yang tertera dalam gambar
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hasnah atas kepercayaan sepenuhnya yang diberikan kepada kami untuk menguruskan keseluruhan projek ini.
Sumber: Jangoks ID
Baca artikel lain juga: Jangan Renovasi Dulu Lepas Dapat Kunci Rumah, Ada Perkara Penting Mesti Buat
Beli Rumah Hantu, Pemilik Buat Renovasi Sampai Jadi Lawa
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI