
Jangan renovasi dulu lepas dapat kunci rumah, ada perkara penting mesti buat. Memiliki rumah sendiri adalah impian ramai orang. Namun, apabila kunci rumah sudah berada di tangan, ramai yang terlalu teruja mahu menghias ruang kediaman hingga terlupa bahawa ada perkara asas yang lebih utama untuk diberi perhatian.
Jangan Renovasi Dulu Lepas Dapat Kunci Rumah, Ada Perkara Penting Mesti Buat
Proses masuk rumah bukan sekadar memilih perabot cantik atau langsir bergaya, tetapi lebih kepada menyelesaikan keperluan asas yang memberi keselesaan dan fungsi jangka panjang. Dengan perancangan bajet sederhana yang bijak, rumah boleh disusun atur dengan kemas dan selesa tanpa perlu berbelanja mewah.
Baca perkongsian Leeya Marlia Ramli ini sebagai panduan.
Lepas dapat rumah, jangan sibuk buat deko dulu. Selesaikan masalah masalah besar dulu. Ini antara perkara ASAS yang boleh anda ambil kira untuk bajet sederhana.
Contoh begini:
1.CEILING
Nak buat ceiling ke tak? Kalau tanya kami, kami cakap YA. Salah satu sebab, mudah nak play around dengan lighting dan kemas boleh sorok wayar. Tapi kami suggest flat ceiling saja. Moden dan tak payah kisah hal habuk.
Tapi kalau nak design ala Maharaja pun tak ada masalah asal ada pitih dan korang suka to match the concept you choose.
Kalau poket masih tak mesra, boleh sahaja pakai slab sedia ada dengan point asas tu.
Syarat: Kena terima macam mana gaya pun lampu yang dipasang. Cons dia kedudukan lampu jadi terhad. Kita tak kacau point lain dan selalunya kalau nak relocate kita akan pasang casing yang mana tidak berapa cun tapi itu saja cara sebab nak hack tak boleh dan risiko.
2. LANTAI
Kalau bajet lebih, pasang saja SPC/ Laminate/ Vynil. Tapi vinyl tak suggest dah sekarang sebab selepas beberapa ketika dia boleh terbuka dan lari daripada kedudukan asal. Untuk nilai estetika, kurang nampak rambut gugur di lantai dan lebih kemas digalakkan pakai jenis spc atau setaraf. Senonohla sikit ruang itu.
Kalau nak maintain tiles sedia ada pun tiada masalah ini lebih kepada “nilai Instagram” saja dan sesetengah orang ada allergic kaki sejuk dan merekah pijak tiles/jubin. Jadi boleh pasang.
3. DINDING
Jika ada bajet lebih sudah boleh rancang juga hendak pakai panel atau tidak untuk setengah “feature wall”. Jika rasa semak dan membazir, perlukan minimalis konsep, boleh guna cat sahaja. Penggunaan cat akan beri impak esklusif pada keseluruhan ruang. Jadi catla dinding anda ya. Kos lebih murah.
4. ELEKTRIKAL DAN SWITCH POINT
Paling mustahak. Dalam proses ni kena selesai dahulu. Kena tahu dah nak pakai saiz peti ais macam mana, pakai built in oven tak, pakai water heater ke atau ada banyak gajet ke?
Beritahu dan rancang. Sebab apa? Sebab kita nak buat marking kedudukan dan rancang supaya nanti nak pasang kabinet, nak susun atur point itu tak kacau. Dia akan molek dekat situ. Boleh sorok lebih kemas dan boleh tambah source lagi dekat DB supaya tak short bila looping atau tarik baru.
Walaupun mungkin concept dan design belum confirm, tapi kita sekurang kurangnya da aware dengan penggunaan gajet dalam rumah kita. Pihak ID mesti da dapat baca punya jadi perancangan tu penting. Jangan dah hujung hujung baru teringat nak pakai itu ini.
Kalau boleh fix pun akan tambah kos lagi. Siapa rugi? Andalah yang rugi.
5. KABINET
Ini elemen penting juga. Lagi-lagi kalau kita buat customade. Kita masuk kalau boleh kabinet seperti dapur, kabinet bilik dan kasut mesti dah tersedia. Jimat masa kita nak susun sikit sikit barang untuk pindah.
❌️Jangan kedekut labur duit sikit untuk bina customade cabinet. Sebab apa? Sebab cara hidup kita berbeza. Kabinet di reka khas untuk kesesuaian pemilik kediaman dan lifestyle. Anda boleh beritahu jenis bagaimana anda mahu.
Nak gantung lebih ke, nak jenis lipat lebih ke, suka open concept ke, nak hidden ke. Cakap saja kerja kami quote untuk korang, designkan dan akan nasihat sekiranya ia sesuai atau tidak.
Di akhirnya, apa kita mahu dan inginkan haruslah selaras dengan belanja poket yang kita ada. Jadi berbalik pada proses awal tadi, rancanglah kos anda sebelum buat renovasi. Kumpul dan simpan. Jangan nak sumbat semua alih alih ada RM2.50.
Customade cabinet boleh direka pelbagai bentuk dan rupa, ia akan menaikkan ID rumah anda sekaligus memiliki manfaat yang praktikal.
6. LANGSIR/BIDAI
Ini elemen penting juga. Mesti kena pasang dulu. Sebab apa?
1. Privacy awakla. Senang sikit nak kemas rumah masa pindah kalau dah bertutup sikit.
2. Elak rumah menjadi terlalu panas. Adanya langsir atau bidai akan memberi kesan sedikit redup dan nyaman pada ruang.
Cukuplah ENAM ini dahulu sebagai pemula ASAS nak masuk rumah. Selesai yang ENAM ini, maka langkah seterusnya bolehla memikirkan nak beli perabot apa, deko lampu apa, barang deko mana, styling vogue the vas macam mana atau bedsheet yang bagaimana.
Ini terpulang kepada poket anda nak ID selesai semua sampai cuci kaki bawa bag luggage saja atau kerja kami berhenti setakat ENAM perkara asas tadi.
Menyelesaikan keperluan asas sebelum menghias rumah bukan sahaja bijak dari sudut kewangan, malah menjamin keselesaan jangka panjang. Elakkan membelanjakan wang pada perkara yang tidak mendesak jika asas rumah belum kukuh.
Perancangan awal, kesedaran terhadap keperluan sebenar, serta kesesuaian dengan bajet mampu menghasilkan kediaman yang selesa, praktikal dan cantik mengikut kemampuan. Rumah impian tidak terbina dalam sehari, tetapi langkah bijak hari ini akan memberi manfaat untuk masa depan.
Sumber: Facebook Leeya Marlia Ramli
Baca artikel lain juga: 6 Perkara WAJIB Anda Lakukan Sebelum Masuk Rumah Baru, Bukan Sekadar Cuci Sahaja
Nak Masuk Rumah Baharu Kena Tahu 7 Tip Ni, Baru Tak Menyesal
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI