Tip penting sebelum beli peti sejuk baharu untuk kediaman. Jika anda sedang merancang untuk membeli peti sejuk baharu, sama ada untuk menggantikan yang lama atau buat pertama kali, mungkin anda rasa sedikit buntu untuk memulakannya.

Tip Penting Sebelum Beli Peti Sejuk Baharu Untuk Kediaman

Ini bukan seperti membeli pakaian yang boleh ditukar saiz jika tersilap pilih. Peti sejuk adalah pelaburan jangka panjang, dan kesilapan boleh menyebabkan kerugian ruang dan wang.

Jadi, berikut beberapa panduan praktikal untuk membantu anda membuat keputusan bijak.

Tip Penting Sebelum Beli Peti Sejuk Baharu Untuk Kediaman
Kredit foto: Freepik

Semoga proses membeli lebih mudah dan menyeronokkan!

1. Fahami Perbezaan Antara Peti Sejuk Berdiri Dan Built-In

Di kebanyakan rumah, kita sering lihat peti sejuk berdiri bebas digunakan. Namun, terdapat satu lagi pilihan iaitu peti sejuk jenis built-in yang direka khas mengikut saiz dan reka bentuk dapur anda.

Peti sejuk berdiri lebih mudah dipasang kerana hanya memerlukan ruang kosong dan sambungan elektrik. Sebaliknya, peti sejuk built-in dipasang terus ke dalam kabinet dapur dan menyatu dengan susun atur keseluruhan dapur. Ia boleh direka dengan kapasiti yang besar, bergantung pada keperluan anda.

2. Tentukan Jenis Orientasi Yang Anda Perlukan

Peti sejuk hadir dalam pelbagai bentuk dan konfigurasi. Anda boleh memilih jenis menegak dengan bahagian beku di atas atau di bawah, atau jenis melintang seperti model ‘side-by-side’. Pilihan ini bergantung kepada gaya hidup dan bagaimana anda biasanya menggunakan dapur. Pastikan reka bentuk peti sejuk tidak mengganggu aliran kerja di dapur anda.

Ads

3. Pilih Ciri-ciri Yang Betul-Betul Berguna

Luangkan masa untuk meneliti ciri-ciri peti sejuk yang sedang anda guna. Apa yang anda suka? Apa yang anda rasa kurang praktikal? Senaraikan perkara penting dan keutamaan anda. Jangan mudah terpengaruh dengan fungsi tambahan yang jarang digunakan  pastikan setiap ciri benar-benar memberi manfaat kepada rutin harian anda.

Tip Penting Sebelum Beli Peti Sejuk Baharu Untuk Kediaman
Kredit foto: Freepik

4. Ukur Ruang Dengan Tepat

Walaupun sesetengah rumah sudah ada ruang khusus untuk peti sejuk, anda tetap perlu ambil ukuran secara teliti. Ingat, peti sejuk perlukan ruang di bahagian belakang dan sisi untuk pengudaraan. Sebelum membuat pembelian, pastikan anda tahu dimensi ruang tersedia dan bandingkan dengan saiz peti sejuk yang ingin dibeli. Biarkan ada ruang lebihan sebagai langkah berjaga-jaga.

5. Utamakan Kecekapan Tenaga

Teknologi hari ini banyak menghasilkan produk elektrik yang menjimatkan tenaga. Peti sejuk yang efisien bukan sahaja mengurangkan bil elektrik, malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Pilihlah model yang mendapat penarafan tenaga yang baik serta menggunakan teknologi mesra alam.

Membeli peti sejuk bukan keputusan yang boleh dibuat secara tergesa-gesa. Dengan mempertimbangkan lima aspek iaitu jenis, orientasi, ciri kegunaan, saiz ruang dan kecekapan tenaga. Anda boleh membuat pilihan yang lebih tepat dan tidak menyesal di kemudian hari. Selamat membeli dan mendekorasi dapur anda!

Artikel Menarik: 7 Tip Penting PETI SEJUK Tahan Lama, Dapat Jimatkan Bil Elektrik!

Ads

Jangan Terus Buang Peti Sejuk Yang Telah Rosak, Boleh Dijadikan Sebagai Tempat Simpan Barang Dapur

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI