Boleh dikatakan setiap kediaman pasti mempunyai sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk yang digunakan dan ianya akan dipasang 24 jam sehari secara berterusan. Ini tip penting yang boleh dijadikan panduan supaya peti sejuk tahan lama, tak mudah rosak serta dapat jimatkan bil elektrik bulanan.
1. Label Star-Rating &Teknologi Inverter
Disarankan beli peti sejuk yang mempunyai label penggunaan elektrik cekap star-rating yang baik, dan lebih baik lagi jika ada teknologi inverter. Inverter berfungsi untuk mengawal penggunaan motor peti sejuk secara automatik dan seterusnya akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik untuk peti sejuk tersebut.
2. Kedudukan Peti Sejuk
Kedudukan peti sejuk perlu strategik dan terlindung daripada cahaya matahari ataupun peralatan sumber haba seperti cerek, periuk nasi dan dapur memasak. Pendedahan pada cahaya matahari akan menyebabkan peti sejuk berkerja lebih keras untuk memastikan suhu di dalam ruang simpanan berada dalam keadaan optimum.
Pastikan juga peti sejuk diberikan ruang pengudaraan yang mencukupi; sebaik-baiknya jarakkan peti sejuk (10-30 cm) daripada dinding di bahagian belakang, tepi dan atas.
Ads
3. Jangan Masukkan Makanan Panas
Penting, elakkan memasukkan makanan yang masih panas ke dalam peti sejuk. Ia boleh merosakkan thermal fuse dan menyebabkan compressor bekerja keras. Sekaligus mengakibatkan peti sejuk gagal berfungsi.
4. Kurangkan Kekerapan Buka-Tutup
Kurangkan kekerapan buka-tutup pintu peti sejuk. Peti sejuk yang terlalu kerap dibuka akan menyebabkan udara sejuk kerap keluar dan meningkatkan suhu peti sejuk. Ini juga meningkatkan beban kerja peti sejuk tersebut.
5. Tetapkan Suhu Optimum
Tetapkan suhu peti sejuk pada suhu yang optimum; suhu yang sesuai bagi ruang biasa adalah sekitar 2-8 ºC, manakala suhu ruang sejuk beku adalah sekitar -18 ºC. Kecekapan suhu di dalam ruang simpanan amat penting bagi memastikan makanan yang disimpan berada dalam suhu yang tepat bagi mengelak pembiakan bakteria.
6. Ada Ruang Aliran Udara
Jangan terlalu penuhkan peti. Pastikan ada ruang untuk aliran udara didalamnya. Tetapi, pada masa yang sama, jangan biarkan peti sejuk terlalu kosong pula. Jika tiada barang untuk disimpan dalam peti sejuk, letakkan sahaja beberapa bekas kosong. Ini akan mengurangkan aliran keluar udara sejuk.
Ads
7. Wangikan Peti Sejuk
Akhir sekali, cuci peti sejuk sekurang-kuranya 1-2 minggu sekali. Keluarkan semua bahan, dan bersihkan. Kemudian, langkah terakhir, titiskan sedikit asen vanilla di atas kain bersih dan lap keseluruhan permukaan dalam peti sejuk. Tutup dan biarkan 30 minit sebelum masukkan semula barang untuk disimpan.
Semoga Bermanfaat!
Ads
IMPIANA: Jadi jika nak peti sejuk di rumah tahan lama, tak mudah rosak dan dapat jimatkan bil elektik bulanan, ikut tip yang dikongsikan ini.
Siapa kata rumah sewa tak boleh bergaya? Dengan strategi yang smart dan bajet, ruang sewa boleh tukar jadi ‘aesthetic’ tanpa ubah suai kekal. Tak perlu drilling, tak perlu gaduh dengan tuan rumah — yang penting, vibe tetap on point!
‘Peel & Stick’ Hero
Gunakan wallpaper atau vinyl lantai jenis tampal — mudah pasang, mudah cabut, tak rosak permukaan asal.
Rak Terapung Tanpa Paku
Guna command hooks atau rak bebas (freestanding). Boleh susun buku, pokok kecil atau lilin hiasan — terus nampak Pinterest-ready!
Langsir Boleh Bikin Magik
Tukar langsir lama kepada warna neutral atau earth tone — ruang terus rasa luas & tenang.
Lighting Main Peranan Besar
Pasang lampu LED strip bawah kabinet atau lampu meja unik — mood lighting bagi kesan mahal walau bajet ciput.
Aksesori Kecil, Impak Besar
Cushion sarat corak, throw blanket lembut, pasu pokok hijau — semua ni bagi ‘jiwa’ pada ruang.
Seni Dinding Tanpa Paku
Gunakan frame ringan + tape dinding khas. Atau gantung kain bercorak (tapestry) — seni terus hidup!
Warna & Bau
Letak diffuser dengan bau cozy (vanilla, lavender), pilih palet warna senada — otak rileks, mata pun suka.
Kesimpulan
Rumah sewa atau milik sendiri, yang penting rasa ‘home’. Dengan deko bijak, gaya tetap boleh meletup tanpa sentuh deposit!
Tip ‘spring cleaning’, elak jadi ‘hoarder’. Apa itu ‘spring cleaning’?Spring cleaning adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada aktiviti membersihkan rumah secara menyeluruh, biasanya dilakukan pada musim bunga.
Tradisi ini selalunya melibatkan pembersihan yang mendalam dan decluttering untuk mengeluarkan habuk, kotoran, dan barang-barang yang tidak diperlukan. Kebiasaannya tradisi ini dilakukan sebelum masuk ke tahun baru. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa dan sihat untuk semua penghuni rumah.
1) Pembersihan Secara Menyeluruh
Ini termasuk membersihkan semua permukaan seperti lantai, dinding dan perabot. Ini juga termasuk membersihkan kawasan yang mungkin diabaikan setiap hari, seperti di belakang almari atau sudut bilik.
2) Decluttering
Pilih barang yang tidak lagi digunakan atau tidak lagi perlu dibuang atau didermakan. Ini membantu mengurangkan kekusutan dan menjadikan bilik kelihatan lebih kemas.
3) Membersihkan Tekstil
Seperti mencuci langsir, membersihkan permaidani, dan mencuci selimut atau bantal. Ini penting untuk mengeluarkan habuk dan kotoran yang tersekat.
4) Penyelenggaraan Secara Berkala
Periksa dan bersihkan peralatan rumah seperti penyaman udara, kipas atau penapis udara. Memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
5) Penyusunan Semula
Selepas membersihkan dan mengemas, susun semula ruang penyimpanan untuk memaksimumkan ruang dan menjadikan item lebih mudah diakses.
IMPIANA: ‘Spring cleaning’ bukan sekadar aktiviti pembersihan biasa, tetapi juga peluang untuk memberi perhatian tambahan kepada rumah anda dan mencipta persekitaran yang lebih bersih, selesa dan menyegarkan untuk didiami.
Pernah tak anda terfikir kebaikan besi magnet sehinggakan anda belanja sedikit wang untuk gunakan di dalam rumah dan bantu urusan seharian anda di dalam rumah. Ianya amat praktikal di setiap ruang rumah anda.
IMPIANA bantu anda bagaimana nak guna bar magnet dengan selamat dan praktikal.
1) Gantung pisau memasak di dapur
Jika sudah rosak atau hilang rak simpanan pisau, apa kata lekatkan pisau memasak anda di ruangan dapur yang dekat dengan singki serta dapur memasak. Gunakan bar magnet untuk gantung pisau memasak, ianya amat praktikal dan memudahkan tugas memasak anda. Akan tetapi, pastikan tempat anda gantung pisau dan bar magnet jauh daripada kanak-kanak dan hanya mudah dicapai oleh orang dewasa sahaja.
2) Depot simpanan peralatan bertukang/DIY
Bar magnet juga berupaya untuk memegang peralatan pertukangan anda. Ia juga merupakan solusi bijak kepada simpanan dalam toolbox yang kadangkala boleh membuatkan barang anda rosak sebab bertimbun dengan peralatan yang lain. Teknik susunannya anda boleh rujuk gambar di bawah ini.
3) Susun peralatan kosmetik
Di meja solek juga bar magnet boleh membantu anda. Susunkan secara teratur segala peralatan penjagaan wajah anda di bar magnet. Jika dahulu anda guna masa yang banyak untuk cari semula segala pin rambut, twizzer, pengetip kuku dan pelbagai lagi. Mungkin sudah tiba masa untuk guna magnet sebagai tempat gantung dan jimat masa mencari.
4) Gantung bekas rempah
Tahukah anda bekas simpanan rempah ratus banyak ambil ruang simpanan pantri di dapur? Alternatifnya adalah gantung secara menegak segala bahan rempah yang disimpan dalam balang kecil di atas bar magnet. Konsepnya sama seperti lekatkan pisau di dapur, jika pisau boleh, balang mini rempah ratus pun boleh juga.
5) Post-it-Note di Peti Sejuk
Peti sejuk merupakan tempat terbaik untuk anda tinggalkan pesanan untuk ahli rumah yang lain. Kalau di rumah sewa, selalu akan ada pesanan bayar sewa rumah dari ketua rumah, lain pula kisahnya jika di rumah keluarga, kaum ibu selalu tinggalkan pesanan seperti ‘keluarkan ayam dari peti sejuk beku’ untuk lembutkan ayam bila ibu pulang dari kerja. Semuanya terjadi dengan penggunaan magnet sebagai bahan pelekat untuk anda gantung mesej yang ditulis atas kertas di peti sejuk.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...