Apabila berhadapan dengan situasi di mana ular masuk ke dalam rumah, penting untuk bertindak dengan tenang dan berhati-hati. Ular boleh menjadi berbahaya dan beracun, jadi langkah-langkah yang betul perlu diambil untuk memastikan keselamatan diri dan keluarga.
Kalau ular masuk rumah JANGAN buat perkara ini
Tapi sekiranya tetap berlaku kejadian rumah dimasuki ular, sebaiknya kita ikut saranan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.
Jika ular masuk kediaman JANGAN :
Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.
Cuba menghalau menggunakan peralatan.
Apa yang anda perlu lakukan?
1. Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan .
2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.
3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.
Ads
4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.
5. Kurangkan bergerak di hadapan ular.
6. Kenal pasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.
7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.
Supaya haiwan ini tidak masuk di rumah atau berlindung di kawasan kediaman kita ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan;
1. Bersihkan longgokan sampah
Elak kawasan rumah sama ada dalam atau luar rumah ada longgokan sampah, barang-barang terbuang, daun kering dan sebagainya. Lokasi ini berpotensi jadi tempat perlindungan ular. Tempat sejuk dan kering begini memang jadi kesukaan haiwan ini.
2. Pangkas tanaman yang merimbun
Tanaman merimbun seperti pandan berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa kita sedari. Jika ada tanaman begini, kemaskan jangan biar merimbun. Tebas juga semak samun yang ada sekitar rumah.
Ads
3. Tutup lubang yang ada di rumah
Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuannya untuk menghalang ular dari masuk rumah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.
4. Pastikan rumah sentiasa harum
Sifat ular tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria baunya. Bila deria bau ular tercemar, ia akan sukar untuk mengesan keadaan persekitarannya .
5. Bersih dari tikus dan katak
Ular bukanlah binatang yang bersarang. Ia akan beralih mencari tempat yang ada sumber makanannya, jadi pastikan kediaman anda tiada ada stok makanan ular seperti tikus dan katak. Lagi banyak tikus dan katak di kediaman, lebih lama ulara akan berada di situ. Bila sumber makanan dah habis, baru ular berpindah ke tempat lain.
6. Pelihara kucing
Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.
Ads
7. Gertak ular
Ular akan terasa terancam apabila ia diganggu. Bila terlalu kerap ancaman, ia akan tidak berasa selesa dan akan segera kaluar dari kawasan rumah. Gunakan alat seperti mesin rumput, blower dan sebagainya di kawasan yang anda rasa berpotensi menjadi kawasan perlindunggan dan sarang ular. Itu antara kaedah untuk gertak ular yang mudah untuk anda cuba.
8. Tabur sulfur/ belerang
Ada orang kata petua ini hanya mitos namun ada juga yang kata berkesan. Tabur saja keliling kediaman dengan serbuk belerang ini. Ia boleh dibeli di kedai hardware tapi ketika menabur pakai sarung tangan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.
IMPIANA : Menghadapi ular di dalam rumah boleh menjadi pengalaman yang menakutkan, tetapi dengan mengikuti langkah-langkah yang betul dan mengelakkan tindakan yang berisiko, anda boleh menguruskan situasi dengan lebih baik dan memastikan keselamatan semua orang di dalam rumah.
DIY ‘hallway’ ala hotel, nampak macam mahal tapi mampu milik. Bagi yang berkemampuan, tentu tiada masalah. Boleh sahaja upah untuk mendapatkan hasil seperti yang diharapkan.
Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai bajet yang sedikit terhad namun masih ingin ‘mencantikkan’ kediaman mengikut cita rasa yang diinginkan, anda boleh sahaja membuat sendiri. Hanya beli barang-barang yang diperlukan dan kemudian anda bolehlah mula berkarya.
Berikut perkongsian Nika Shamsudin Moga ia bermanfaat untuk semua.
Hasil DIY hallway ala hotel. Semua buat sendiri dengan husband. Nampak macam mahal tapi mampu milik. Kita transform jadi mewah.
Saya tukang design, cari idea, measuring, cari barang, buat kira-kira dan tukang pasang. Suami potong kayu dan cat. Sepakat membawa berkat. (Semua deko di dinding hasil kami bertukang berdua).
Tak sangka deko bajet DIY tapi “Luxury Look” dapat perhatian ramai. Ramai tanya wall art frame (4 biji frame) tu beli kat mana? Saya tak beli. Semua saya buat sendiri. Cantik memang cantik tapi makan masa yang lama nak siapkan 1 frame tu. 5-7 hari baru siap. Tahap kesabaran kena tinggi tapi hasilnya boleh tidur sambil berguling.
Tip:
*Nak nampak rumah mewah, guna lampu yang betul. Pencahayaan yang baik sangat penting untuk naikkan seri dekorasi rumah. Rancang dengan baik pencahayaan. Tak semestinya mahal baru mewah. Mulakan dengan lampu/pencahayaan.
*Lampu di rumah saya semuanya kombinasi di antara lampu Warm White dan Cool White untuk nampak mewah dan kena pada color scheme dan tema Modern Minimalist.
Setiap pasangan suami isteri yang telah mendirikan rumah tangga bersama sudah pastinya akan menghadapi transisi perubahan fasa hidup masing-masing.
Bukan itu sahaja, setiap pasangan suami isteri yang telah berkahwin juga bakal mengalas tanggungjawab besar untuk melayari bahtera perkahwinan yang bahagia dan harmoni.
Namun begitu, apabila berbicara soal tanggungjawab antara pasangan suami isteri dalam menguruskan rumah tangga, ia sering menjadi satu isu topik yang hangat di kalangan masyarakat sekeliling.
Menerusi program rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di saluran TV3 sebelum ini, telah membincangkan serta mengupaskan isu tersebut bersama tetamu jemputan iaitu Perunding Motivasi, Encik Amin Idris.
Ketika sesi perbincangan bersama hos rancangan program bual bicara berkenaan, Encik Amin telah menjelaskan perkara tersebut bersama para penonton.
Jelasnya, ada terdapat beberapa sudut perpektif yang berbeza mengenai soal tanggungjawab pasangan suami dalam menguruskan kerja rumah.
“Isu ini kita kena lihat dari tiga sudut dimensi yang berbeza. Pertama, dari sudut budaya, adab dan masyrakat, kedua pula dari sudut undang-undang dan yang ketiga adalah dari segi agama.
“Sebelum kita nak sentuh tentang tanggungjawab isteri ni, kita kena sentuh dahulu bab mengenai tanggungjawab seorang suami. Untuk maklumat semua, suami ni ada tiga benda kewajipan yang dia kena buat iaitu ‘Makan’, ‘Malbas’ dan ‘Mataab’.
“Istilah ‘Makan’ ni bukan seperti tingkah laku makan itu tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab suami untuk menyediakan tempat tinggal untuk isteri, mana ‘Malbas’ pula tanggungjawab menyediakan pakaian dan ‘Mataab’ menyediakan makanan.
“Sebab itu haram hukumnya seorang suami guna duit isteri untuk bayar bil eletrik, haram ambil duit isteri untuk bayar duit kereta. Itulah dia kewajipan seorang suami,” jelasnya.
Dalam pada itu, Encik Amir Idris berkata manakala dari sudut agama pula, kesemua para ulamak mengatakan pendapat bahawa golongan para isteri ini tidak wajib untuk menjalankan tanggungjawab mengemas rumah.
“Dalam bab agama, semua majoriti para ulamak dan juga empat mazhab mengatakan isteri tidak wajib menguruskan kerja rumah. Namun demikian, perbincangan itu agak sukar untuk ditentukan kerana terdapat berbeza pandangan antara mazhab,” katanya lagi.
Ingin ikuti perbincangan lanjut mengenai topik ini? Sila tonton video penuh pada pautan di bawah:
Sumber: YouTube Wanita Hari Ini, TV3
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
DIY kabinet dapur lama usia 10 tahun guna empat bahan, terus nampak macam baru. Jangan buang ya kabinet dapur lama. Bila kita ‘mekap’ sikit kabinet lama ini, terus nampak macam kabinet baru.
Modal yang diperlukan pun tidaklah banyak. Hasilnya tentu memuaskan hati. Sayang kalau nak dibuang sedangkan kabinet dapur itu masih elok dan kukuh. Hanya ‘rupa parasnya’ sahaja yang nampak buruk.
Berikut dikongsikan projek DIY menukarkan kabinet dapur lama berusia 10 tahun menjadi kabinet dapur baru seperti yang dikongsikan oleh Sha Liya
KEADAAN ALMARI ASAL:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Cabut semua drawer, keluarkan pemegang pintu dan skru.
2. Guna spray paint (MR.DIY) untuk pemegang pintu dan skru.
*Pastikan semua permukaan dispray dan biarkan ia kering.
*Sebelum guna spray, lapik dahulu sebab kalau terkena lantai memang susah nak tanggal.
3. Guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu yang ingin dicat.
4. Lap semua habuk kesan dari kertas pasir terlebih dahulu.
5. Sapu satin glo Nippon Paint pada permukaan warna kuning sebagai base.
*Sapu dua layer. Pastikan lapisan pertama kering sebelum sapu lapisan kedua.
6. Sapu Glitter Gold Nippon Paint pada bahagian kuning itu.
*Pastikan yang satin glo kering dulu sebelum apply Glitter Gold Nippon Paint. Boleh skip step ini kalau nak finishing yang tiada glitter.
7. Sapu Nippon Timber Finish pada seluruh kawasan permukaan yang lain.
*Yang ini kita buat 1 layer sahaja sebab satu layer pun sudah cantik. Terpulang kalau nak buat 2 layer, bergantung kepada finishing yang kita nak.
*Jangan sentuh bahagian yang disapu cat timber finish itu selagi belum kering sebab kotoran mudah melekat pada permukaan itu.
8. Selepas semua sudah kering, bolehlah pasang semula pemegang pintu dan drawer.
Barangan elektronik seperti peti sejuk ini walaupun sudah lama digunakan dalam satu jangka tempoh masa yang lama, ia masih boleh berfungsi dengan baik jika...