Tak semua orang ada rumah besar, tapi itu bukan alasan ruang kecil tak boleh nampak wow! Dengan trik simpanan bijak dan susun atur kreatif, rumah comel pun boleh jadi luas, kemas, dan super stylish.
Guna cermin besar untuk ilusi ruang
Letak bertentangan tingkap, terus nampak luas dan cerah.
2.Pilih perabot kaki tinggi
Senang bersihkan bawah, ruang rasa lapang, dan boleh selit storage bakul atau kotak.
3.Pasang rak terapung
Boleh letak buku, dekor, atau barang dapur tanpa makan ruang lantai.
Ads
4.Guna pintu sliding atau pintu lipat
Jimat ruang berbanding pintu biasa yang perlukan ruang bukaan.
5.Pilih warna cerah dan motif minimalis
Dinding putih, pastel atau nude buat ruang nampak lebih “lega”.
6.Gantung barang guna rail atau hook
Ads
Contohnya di dapur dan bilik air—semua barang mudah capai, tak perlu kabinet besar.
Kesimpulan:
Rumah kecil tetap boleh nampak luas dan kemas kalau pandai guna storage tersembunyi dan perabot multi-fungsi. Susun barang dengan kreatif, pastikan hanya simpan yang perlu—confirm rumah sentiasa selesa!
Cara hilangkan bau durian di rumah, mudah, dan berkesan. Musim durian dah pun tiba. Penggemar durian semestinya berlumba-lumba membelinya di sekitar gerai tepi jalan.
Tapi, tidak semua orang suka makan durian apatah lagi dengan baunya yang kuat untuk jangka masa lama. Kadang-kadang, bau durian pun boleh menjadi punca pergaduhan walaupun isu ini dianggap sebagai satu perkara normal.
Nak elak pergaduhan antara keluarga, ataupun rakan-rakan, jom cuba tip ni!
Buka semua tingkap dan pintu untuk menghirup udara segar ke dalam rumah. Kitaran udara yang baik boleh membantu mengurangkan bau durian yang kuat.
Letakkan semangkuk kecil baking soda di kawasan berbau atau di sekeliling bilik tempat meletakkan durian. Baking soda boleh menyerap bau yang tidak menyenangkan.
Sifat cuka yang berasid mampu melawan bau durian yang kuat. Campurkan cuka dan limau/lemon dengan air dalam mangkuk dan biarkan di dalam bilik yang berbau. Cuka boleh membantu menyerap bau yang kuat. Aroma segar limau atau limau pula boleh membantu menutup bau durian.
Masukkan beberapa sudu serbuk kopi ke dalam mangkuk di dalam bilik yang berbau durian. Kopi yang dikisar boleh menyerap bau yang tidak menyenangkan.
Gunakan pelembap dengan beberapa titis minyak pati untuk membantu menyegarkan udara di dalam bilik. Anda boleh gunakan bau-bauan segar seperti citrus, lemongrass, dan lain-lain.
Tip bijak simpan barang empat anak perempuan, wanita ini kongsi caranya. Membesarkan lima anak perempuan tentunya menuntut kreativiti yang tinggi dalam pengurusan ruang, terutama apabila melibatkan penyimpanan barang sekolah, pakaian, dan keperluan harian mereka.
Seorang ibu berkongsi caranya yang praktikal dan menjimatkan ruang, bagaimana dia mengatur kediamannya supaya semua anak-anaknya selesa dan barangan mereka teratur. Pendekatannya bukan sahaja menjimatkan bilik, malah memupuk sifat tanggungjawab dalam kalangan anak-anaknya.
Dalam perkongsian tersebut, ibu ini memutuskan untuk menjadikan bilik utama (master bedroom) sebagai ruang bersama untuk empat orang anak perempuannya. Manakala anak sulung diberikan bilik asing untuk privasi.
Semua barang milik keempat-empat anak tersebut disusun dan disimpan dalam bilik utama sahaja. Ini termasuk pakaian, buku sekolah, beg, dan aksesori peribadi. Walaupun berkongsi bilik, mereka tetap mempunyai ruang dan sistem tersendiri agar tidak berlaku kekeliruan atau pertindihan barang.
Antara strategi penting yang digunakan termasuklah meletakkan setiap barang di lokasi tetap mengikut anak, supaya lebih mudah dicapai dan dikenalpasti. Ini juga memudahkan rutin harian mereka, khususnya semasa bersiap ke sekolah.
Susun atur dalam bilik utama dibuat dengan teliti, mungkin menggunakan rak berasingan, laci atau label khas untuk setiap anak, agar barangan tidak bercampur. Ini mengajar mereka tentang pentingnya menyimpan barang sendiri dengan teratur dan bertanggungjawab ke atas barang masing-masing.
Manakala bilik anak sulung dijadikan ruang peribadi, mungkin kerana keperluan umurnya yang lebih matang atau kerana sudah memasuki peringkat persekolahan atau pengajian yang berbeza. Ini menunjukkan ibu tersebut peka terhadap keperluan individu setiap anak meskipun dalam ruang rumah yang terhad.
Ruang yang terhad bukanlah halangan untuk mencipta persekitaran rumah yang teratur dan kondusif buat anak-anak. Dengan pendekatan yang bijak, penuh kesabaran dan kreativiti, ibu ini berjaya memastikan semua anaknya mempunyai ruang simpanan sendiri walaupun berkongsi bilik.
Ia bukan sahaja menjadikan rumah lebih kemas, malah membantu anak-anak belajar mengurus barang peribadi dan hidup secara teratur sejak kecil. Ini adalah inspirasi buat ibu bapa lain yang menghadapi cabaran sama dalam mengurus keluarga besar dalam ruang yang sederhana.
Tip pilih jubin, jangan asal berkenan terus pilih, bukan semua jenis kediaman sesuai. Masih ramai yang tidak tahu memilih jubin yang sesuai untuk kediaman. Selalunya yang menjadi kebimbangan ialah bila kita tersalah pilih jubin. Mungkin tidak sesuai dengan konsep rumah, kurang cantik dan sebagainya.
Jubin rumah akan kelihatan cantik jika anda pandai memilih jubin yang betul-betul berkualiti dan sesuai. Seperti yang kita ketahui jubin bukan sahaja sesuai untuk lantai di bahagian ruang tamu tetapi juga menyeluruh hingga ke bilik mandi dan juga ruang dapur.
Paling penting, tentukan konsep kediaman terlebih dahulu jadi secara tidak langsung ia memudahkan anda untuk memilih warna, corak dan juga saiz jubin tersebut.
*Salah satu cara untuk melihat jubin sebelum membelinya adalah dengan berdiri dalam jarak sekurang-kurangnya satu meter untuk mendapatkan gambaran yang realistik bagi jubin tersebut.
*Pada bahagian luar atau kawasan mudah terdedah kepada kelembapan, anda boleh menggunakan jubin dengan permukaan bertekstur lebih kasar.
*Berbanding untuk kegunaan dalaman rumah, selalunya jubin daripada jenis permukaan licin dan berkilat sering menjadi pilihan.
*Bagi kediaman yang lebih kecil, pilihan jubin sederhana lebih baik berbanding bersaiz kecil atau besar.
*Jika jubin daripada jenis yang kasar selalunya mudah memerangkap kotoran dan berdaki. Oleh itu menggosok dan pembersihan secara intensif dengan teknik yang betul diperlukan bagi mengekalkan keaslian permukaan. Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya.
Paling penting untuk memilih jubin yang berkualiti, pastikan anda meminta pendapat pada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang binaan. Mereka lebih mengetahuai mengenai produk atau jenama yang lebih bagus, yang lebih mantap untuk jubin rumah anda. Paling penting kita akan tahu ‘standard’ dan ianya bermutu atau tidak.
Permukaan yang licin biasanya sesuai untuk lantai di bilik tetamu, manakala permukaan yang kasar sesuai untuk bilik air. Bagaimanapun jubin dengan permukaan yang kasar susah untuk dicuci kerana kekotoran itu susah hendak ditanggal.
Selain itu, anda juga perlu memastikan tukang yang dipertanggungjawabkan untuk memasang jubin di rumah anda juga adalah yang berpengalaman dalam pemasangan jubin. Pemilihan tukang yang berpengalaman dapat memastikan jubin dapat dipasang dengan sempurna agar kelihatan kemas dan cantik.
Jangan sesekali memasang jubin yang dikhaskan untuk dinding pada lantai kerana masing-masing ada perbezaannya. Fungsi jubin untuk dinding dan lantai tidak sama kerana seperti yang kita ketahui jubin untuk lantai lebih tahan lasak.
Teknik pemasangan jubin juga perlu diberi perhatian supaya tetap utuh dan tidak menggelembung. Jika jubin lantai sudah menggelembung, lama kelamaan ia pasti pecah dan berserpih. Jubin yang bersepah mempunyai bucu tajam dan boleh mencederakan kaki jika terpijak.
Trend bilik mandi berwarna semakin mendapat perhatian apabila pemilik kediaman mula menjadikan ruang ini sebagai sebahagian daripada ekspresi gaya hidup dan identiti rumah.