Ruang balkoni, yard dan tingkap rumah bagi kediaman bertingkat merupakan kawasan yang sangat berisiko bagi aspek keselamatan. Penghuni kediamana jenis ini perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila berada di ruang ini. Tak kiralah penghuni dewasa mahupun kanak-kanak.
Kecuaian kecil yang berlaku boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini seperti jatuh tergelincir pada kawasan ini. Aktiviti yang sering dilakukan di ruang ini seperti menggantung tanaman pada balkoni, menyidai pakaian atau karpet di yard, mahupun mengelap cermin tingkap bilik.
1. Elak Letak Sebarang Objek
Jangan letak sebarang kerusi, bangku atau sebarang objek yang boleh dipanjat berhampiran kawasan ini. Ini kerana si kecil yang sentiasa ingin tahu mungkin memanjatnya untuk melihat keadaan di bawah rumah dan berisiko untuk terjatuh.
2. Pasang Jeriji Pada Tingkap & Sliding Door
Jika anda tinggal di pangsapuri yang tinggi atau rumah bertingkat, pastikan tingkap dan sliding door dipasang jeriji keselamatan yang mudah dibuka. Ia bagi memastikan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran, ia memudahkan pihak bomba melakukan kerja menyelamat.
3. Pastikan Benar-Benar Sihat
Jika ingin melakukan sebarang kerja pembersihan di kawasan ini, seperti mengelap habuk dan cermin tingkap, pastikan anda benar-benar sihat dan cergas untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan ini. Ini kerana, jika anda memanjat bangku atau kerusi pada kawasan tersebut dalam keadaaan tidak sihat, anda berkemungkinan pitam dan berisiko untuk jatuh.
Ads
4. Alas Stool(Bangku) & Tangga Dengan Kain Kesat
Paling penting, jika menggunakan stool (bangku) atau tangga di ruang ini pastikan ia benar-benar kukuh dan stabil. Kemasan lantai jenis jubin atau mozek kebiasaannya mempunyai permukaan yang licin dan ia berisiko untuk membuatkan stool (bangku) atau tangga tersebut bergoyang atau tidak stabil. Pastikan alas terlebih dahulu dengan kain yang kesat seperti kain lap kaki atau tuala untuk memastikan ia benar-benar stabil sebelum memanjat.
5. Pastikan Lantai Benar-Benar Kering
Sebelum melakukan sebarang aktiviti di kawasan ini, pastikan lantai benar-benar kering daripada sebarang air. Permukaan lantai yang basah sangat licin dan penghuni kediaman berisiko untuk jatuh tergelincir.
6. Pasang Gajet Keselamatan Tingkap
Akhir sekali, sebagai langkah kesematan terutamanya pada bahagian tingkap, boleh juga memasang gajet yang sesuai pada bahagian ini. Antaranya seperti berikut;
Ads
Window Stops : Digunakan untuk menghalang tingkap daripada dibuka lebih dari 4 inci.
Window Locks: Alat ini menghalang terus si kecil daripada membuka tingkap, ia berkesan untuk menjamin tingkap tertutup.
Window Guards: Ia membenarkan tingkap untuk dibuka, tetapi penggunaan ‘bar’ menghalang kanak-kanak daripada terjatuh dari tingkap. Window guards sepatutnya mempunyai ‘bar’ tak lebih daripada 4 selang beberapa inci dan sepatutnya selamat jika dipasang.
IMPIANA: Jadi bagi anda yang tinggal di kawasan kediaman bertingkat seperti pangsapuri, kondominium mahupun apartmen, pastikan ambil perhatian penting pada perkara ini dalam memastikan keselamatan setiap penghuni.
Setiap ruang yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya dirancang berbeza memandangkan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Bagi memenuhi keperluan aktiviti dalam sesatu ruangan itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah susun atur ruang, jenis perabot dan material yang digunakan. Selain itu, satu faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah penataan cahaya. Selain untuk menerangi ruang sesuai dengan aktiviti, penataan cahaya juga penting bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan bertepatan dalam ruang tersebut.
Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman. Fungsi utama ruang ini merupakan tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga selain digunakan juga sebagai tempat bersantai dihujung minggu atau berehat selepas hari yang panjang. Jadi lampu-lampu yang melengkapi ruangan ini mestilah yang dapat memenuhi kehendak dan aktiviti pengguna.
Ruang Makan
Fokus utama penataan cahaya pada ruang makan sudah tentunya pada meja makan. Sebaiknya, letakkan lampu gantung atau pendant light untuk menerangi ruang makan kediaman anda kerana selain bertindak sebagai punca cahaya, lampu gantung juga boleh menjadi titik focal untuk ruang itu.
Dapur
Sebuah dapur dengan rekabentuk yang baik biasanya akan mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan cahaya semulajadi. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber pencahayaan bagi mewujudkan keseimbangan di dapur dengan cara mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.
Bilik Tidur Bilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat selain membaca atau membuat kerja sambil berehat. Beberapa jenis lampu harus diletakkan didalam kamar, sesuai dengan kegunaan dan aktiviti yang ingin dikalukan. Downlight dan lampu meja atau floor light sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur anda.
Bilik Air Pencahayaan yang menyeluruh dan terang diperlukan untuk bilik air kerana kebanyakkannya hanya dilengkapi dengan tingkap kecil bagi tujuan pengudaraan ; menjadikannya agak sukar untuk mendapat cahaya semulajadi. Oleh itu anda disarankan untuk memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik.
Idea dekorasi bertemakan warna biru laut amat sesuai tidak kira sebesar mana pun rumah anda. Kali ini IMPIANA ingin memfokuskan idea warna rona biru untuk diterapkan dalam kediaman kecil seperti apartment. Malah ia amat sesuai dengan ruang tamu.
Warna biru dipilih kerana ianya melambangkan kelembutan serta ketenangan. Anda bayangkan pulang dari pejabat dengan stress, sampai ke rumah anda disambut dengan ketenangan sehingga terlupa sebentar tragedi di pejabat. Tambahan pula, sempit bukan menjadi isu, yang penting, idea susunan dan pilihan warna menjadi penentu.
Berikut IMPIANA kongsikan 5 tona warna menarik ini yang boleh dijadikan inspirasi. Gambar pertama menunjukkan penggunaan warna biru turquoise dengan warna putih di dinding pintu sebagai sokongan kepada dinding utama yang turut dihias dengan two seater sofa serta arm chair.
Idea kedua adalah gabungan di antara natural light cahaya matahari dan warna biru terang. Penggunaan sofa L-Shape menambahkan lagi seri kediaman ini. Untung-untung, masuk sahaja ke rumah, terus lena di atas sofa empuk ini.
Four seater sofa ini melengkapkan dinding utama setelah dinding tepi dicat warna putih dan ditatarias dengan langsir see through
Pemilihan warna biru cair amat tepat dalam menata rias ruang tamu. Dindingnya tidak dibiarkan kosong dengan hiasan dua buah rak dinding serta kabinet tv.
Sejuk mata memandang selepas melihat padanan biru cair dan putih. Alas meja bertindak sebagai jalur yang dihamparkan di atas meja amat padan dalam idea dekorasi ini. Rasanya pemilik kediaman ini memang pencinta laut biru tegar.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dekorasi rumah kecil 800 Kaki Persegi, simple dan tak banyak perabot. Jika kediaman anda mempunyai keluasan terhad, dekorasi kediaman perlulah serba ringkas. Tidak perlu letak banyak perabot dan perhiasan.
Tidak dapat dinafikan kediaman dengan keluasan terhad memerlukan kreativiti pemilik kediaman untuk menghias kediaman agar tidak nampak sempit. Elakkan daripada memilih perabotyang bersaiz besar.
Berikut dikongsikan idea menghias kediaman yang memiliki keluasan terhad seperti yang dikongsikan oleh Hafifi Damanhuri
“Berkongsi sedikit hasil deko saya dan isteri di rumah kecil. Apa yang ditunjukkan dalam gambar adalah hasil dari tangan orang yang memang tak berseni. Kami main bedal je dan hanya menggunakan socmed sebagai rujukan.
“Most of the perabot kami beli dari IKEA dan Shopee sebab design pintu rumah ni ganjil sikit, so hanya perabot yang jenis DIY je boleh lepas masuk. Rumah ni kecil je. Hanya 800 kaki persegi so tak boleh nak sumbat macam-macam nanti jadi serabut. Insha Allah bila ada rezeki kami akan extend lagi rumah ni untuk tambah bilik lagi satu.”
Hanya menggunkan langsir sahaja, pelbagai impak dan ekspresi dapat dizahirkan. Seperti contoh, rumah yang sempit kelihatan luas dengan hanya menggunkan langsir namun pada teknik yang betul.