Ads

Minyak Tumpah Atas Karpet, Bersihkan Guna Tepung Lagi Berkesan

Minyak tumpah atas karpet kalau tak dibersihkan dengan cara yang betul memang akan meninggalkan kesan yang nyata serta melekit bila dipijak. Ia juga akan meninggalkan bau apatah lagi minyak yang tumpah itu adalah bekas gorengan ikan atau ayam.

Ramai yang akan menggunakan untuk membersihkan karpet dengan kotoran sebegini tapi sebenarnya ada satu lagi kaedah lebih berkesan yang boleh kita gunakan.  Caranya adalah dengan menggunakan tepung.

Langkah bersihkan minyak tumpah pada karpet

1. Mula-mula, taburkan tepung pada permukaan karpet yang terkena tumpahan minyak (boleh guna apa-apa jenis tepung).

2. Selepas itu, biarkan saja, tunggu sampai tepung menyerap minyak.

Langkah demi langkah bersih karpet guna tepung

Ads

3. Kemudian, kais tepung yang yang sudah terserap minyak dengan menggunakan senduk atau sudip dan terus buang.

4. Akhir sekali, bersihkan lebihan tepung yang tak terserap minyak dengan menggunakan penyapu atau lebih mudah, sedut dengan pembersih vakum. Siap.

Ads

Inilah hasilnya

Tip berkesan bersih minyak tumpah pada karpet

INFO

Selain minyak, tepung juga berkesan untuk membersihkan cecair seperti minyak dan kicap pada lantai. Kaedahnya sama cuma taburkan tepung pada cecair yang tumpah dan biarkan ia meresap pada tepung.

Ads

Kemudian boleh bersihkan gumpalan tepung dengan cara mengelap menggunakan kain. Cara ini lebih bersih dan mudah berbanding menggunakan mop.

Anda mungkin berminat dengan

Sumber: Ruri_Ferori via Lemon8

Mesti Baca: Karpet Baru Tumpah Kuah Kacang, Rendang, Mee Kari, Apa Nak Buat? Cuba Cara Ini!

Baca lagi: Hilangkan Kesan Dakwat ‘Permenant Marker’ Pada Perabot, Dinding & Karpet

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Dari Memori Ke Kanvas, ‘Fragments Of A Season’ Raikan Seni Kontemporari...

Seni bukan sekadar elemen yang mengisi ruang kosong pada dinding. Dalam sesebuah kediaman, karya seni mampu mencetuskan gelora emosi, menghidupkan suasana dan menjadi sebahagian...