Tip cuci tingkap cermin nako, jadi bersih dan berkilat. Ramai yang masih menggunakan tingkap jenis cermin nako di kediaman masing-masing. Tidak dinafikan, tingkap jenis ini mudah memerangkap habuk dan proses membersihkannya memerlukan masa dan kesabaran kerana agak rumit.

Tip Cuci Tingkap Cermin Nako, Jadi Bersih Dan Berkilat

Kalau tingkap rumah sudah lama tidak dicuci, sebaik-baiknya ambil peluang membersihkannya sebelum tibanya bulan Ramadan memandangkan kerja ini memerlukan tenaga yang banyak.

Selain itu, kerja membersihkan tingkap cermin nako juga perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan, terutama pada bahagian tepi cermin yang tajam.

Untuk mendapatkan hasil cermin yang bersih berkilat, anda boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Zaza Zalina ini.

Tip Cuci Tingkap Cermin Nako, Jadi Bersih Dan Berkilat

Menurut Zaza, untuk mencuci tingkap cermin nako, paling penting adalah bersabar dan buat dengan tenang. Jangan tergesa-gesa kerana boleh mendatangkan kecederaan jika tidak berhati-hati.

Langkah-langkah membersihkan tingkap cermin nako:

Zaza mencadangkan agar tingkap jenis ini dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali setahun, atau lebih kerap jika kelihatan kotor.

Berikut adalah cara yang boleh dipraktikkan:

  1. Sediakan kain lap, sabun pencuci pinggan, dan air bersih. Anda juga disarankan menyediakan minyak pelincir serbaguna untuk memastikan tingkap mudah dibuka dan ditutup.

Tip Cuci Tingkap Cermin Nako, Jadi Bersih Dan Berkilat

 

Ads

2. Basahkan kain lap dan titiskan sedikit sabun pencuci pinggan di atasnya.

3. Lap keseluruhan permukaan tingkap termasuk bingkai besi dan grill. Jika kain sudah kotor, bilas dan ulang proses mengelap sehingga bersih.

Tip Cuci Tingkap Cermin Nako, Jadi Bersih Dan Berkilat

4. Setelah semuanya selesai dibersihkan, sapukan sedikit minyak pelincir pada bahagian engsel atau besi supaya tingkap tidak berkarat dan mudah digerakkan. Jika tiada minyak pelincir, minyak masak juga boleh digunakan sebagai alternatif.

Tip Cuci Tingkap Cermin Nako, Jadi Bersih Dan Berkilat

5. Hasilnya, cermin tingkap akan kelihatan bersih berkilat, manakala bingkai besi juga bebas kotoran. Selamat mencuba!

Ads

Tip Cuci Tingkap Cermin Nako, Jadi Bersih Dan Berkilat

Membersihkan tingkap cermin nako memang memerlukan kesabaran, ketelitian dan tenaga, namun ia penting untuk memastikan kediaman sentiasa bersih dan selesa. Kerja pembersihan ini sebaiknya dilakukan secara berkala, sekurang-kurangnya setiap enam bulan.

Dengan menggunakan sabun pencuci pinggan, kain lap dan sedikit minyak pelincir atau minyak masak, tingkap bukan sahaja akan kelihatan berkilat malah juga lebih mudah dibuka dan ditutup serta tahan lebih lama tanpa masalah karat. Lakukan dengan berhati-hati agar keselamatan diri terjaga sepanjang proses pembersihan.

Sumber: Zaza Zalina

Baca artikel lain juga: Tingkap Kaca Rumah Di Jerman Besar-besar, Reka Bentuk Unik, Praktikal & Bijak

Ads

Risiko Jatuh Tergelincir, Hati-Hati Berada Di Balkoni, Yard Tingkap Rumah Bertingkat!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI